Bantuan Sara Hidup (BSH) Mahasiswa Anak Negeri Sembilan 2023

Permohonan Bantuan Sara Hidup (BSH) Yayasan Negeri Sembilan bagi tahun 2023 telah dibuka.

Bagi Tahun 2023, Permohonan BSH Mahasiswa Anak Negeri Sembilan adalah melalui atas talian (online) di laman web Yayasan Negeri Sembilan. Permohonan BSH 2023 boleh dibuat segera.

Anak kelahiran Negeri Sembilan ( no kad pengenalan 05 /31 / 59) atau bukan kelahiran Negeri Sembilan tetapi telah menetap di Negeri Sembilan sekurang-kurangnya 6 tahun layak memohon bantuan ini selain syarat-syarat lain yang ditetapkan.

Berikut adalah maklumat lanjut bantuan yang ditawarkan dan panduan permohonan.

Apa Itu Bantuan Sara Hidup Mahasiswa Anak Negeri Sembilan?

Bantuan Sara Hidup Mahasiswa Anak Negeri Sembilan merupakan insiatif Kerajaan Negeri Sembilan dan Yayasan Negeri Sembilan untuk membantu memudahkan proses pembelajaran anak-anak Negeri Sembilan. 

Syarat-syarat Permohonan

  1. Pemohon kelahiran di Negeri Sembilan (05/59/31) DAN alamat menetap pemohon wajib di Negeri Sembilan (berdasarkan paparan kad pengenalan yang dikemukakan);  ATAU
  2. Bukan kelahiran Negeri Sembilan tetapi telah menetap di Negeri Sembilan sekurang-kurangnya 6 tahun (Sila kemukakan sijil tamat Sekolah Rendah dan Menengah).
  3. Hanya layak kepada pemohon peringkat pengajian Diploma dan Ijazah Sarjana Muda Sahaja;  DAN
  4. Hanya layak kepada pemohon Institusi Pengajian Diploma dan Ijazah Sarjana Muda (IPTA) sahaja; DAN
  5. Terbuka kepada pemohon semester 1 ke atas, Pelajar  TAHUN AKHIR TIDAK LAYAK MEMOHON;  DAN
  6. Hanya layak pendapatan isi rumah ibu dan bapa atau penjaga tidak melebihi RM4,210.00 B40 ke bawah.
  7. Muat turun borang BSH 2023 di laman web Yayasan Negeri Sembilan dan dokumen sokongan yang perlu disahkan oleh pejabat ADUN/DUN/Wakil (sila rujuk pejabat DUN berdasarkan alamat tempat tinggal pemohon).

Cara Memohon

Permohonan boleh dibuat secara online dengan mengisi borang melalui Google Form berikut;

https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLScHyGdcPAupWDrph5gVF4s5-YFb2dAnmusg5fctI9r0GHTK9A/viewform?fbzx=-8400306562941217768

Sila isi maklumat dengan lengkap dan tepat.

Muat Turun Borang Pengesahan Pejabat Dun/Pejabat Penyelaras Dun;

>>KLIK SINI<<

Muat Turun Borang Akuan Pengesahan Pendapatan

>>KLIK SINI<<

Dokumen Yang Diperlukan

Berikut merupakan dokumen yang diperlukan bagi Bantuan Sara Hidup (BSH) Mahasiswa Anak Negeri Sembilan 2023;

  1. Borang BSH 2023 
  2. Salinan Kad Pengenalan 
  3. Surat Pengesahan BELAJAR 
  4. Surat Tawaran Belajar 
  5. Akaun Bank – Penyata Slip Depan Sahaja 
  6. Sijil Berhenti Sekolah Tahun 6 dan Ting 5 (6 tahun) jika bukan lahir NS 
  7. Penyata gaji atau Surat Pengesahan Pendapatan bapa
  8. Penyata gaji atau Surat Pengesahan Pendapatan ibu 
  9. Lain – lain Sijil Kematian / Sijil Cerai D

Info lanjut

Info lanjut permohonan bolehlah melayari laman portal Yayasan Negeri Sembilan https://www.yns.gov.my/v7/ms/ 

PENAFIAN: Semua yang “kami” kongsikan di halaman ini sekadar panduan dan rujukan para pembaca di laman web ini sahaja. Kami tidak ada kaitan dengan mana-mana agensi kerajaan atau syarikat yang berkaitan dengannya, segala rujukan adalah berpandukan sumber sebagaimana yang disebut.

Scroll to Top