Tarikh-Tarikh Penting Bantuan Kerajaan Bagi Bulan Januari 2023

Memasuki tahun baru 2023, terdapat beberapa bantuan dan inisiatif daripada kerajaan pada bulan Januari ini.

Beberapa bantuan yang boleh dimohon pada bulan Januari 2023 ini sama ada daripada pihak kerajaan pusat, kerajaan negeri atau lain-lain agensi. Pastinya bantuan ini akan dapat mengurangkan sedikit beban rakyat pada tahun baru 2023.

Di sini kami senaraikan beberapa tarikh penting bantuan Kerajaan bulan Januari 2023. Semoga bermanfaat dan jangan lupa kongsikan rezeki bersama yang lain.

Bantuan Tunai Rakyat (BTR) 2023

Sebagaimana yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim pada Disember yang lalu, Kerajaan Perpaduan akan meneruskan Bantuan Tunai Rakyat (BTR) yang dilaksana kerajaan terdahulu dengan bayaran Fasa 1akan dipercepatkan.

Bantuan Tunai Rakyat (BTR) diperuntukkan dalam Bajet 2023 akan memberi manfaat kepada 8.7 juta penerima dengan peruntukan RM7.8 bilion.

Apa itu BTR 2023?

BRT 2023 ialah bantuan komprehensif yang ditambah baik dengan ketara berbanding Bantuan Sara Hidup (BSH) pada 2020 yang memanfaatkan lima juta penerima dengan peruntukan RM5 bilion.

Buat masa ini, semakan kelayakan BTR boleh menggunakan pautan BKM yang lepas; 

https://bkm.hasil.gov.my/

Jumlah Bayaran

Kategori Bujang BTR akan menerima bayaran RM100 untuk fasa 1.

Manakala setiap isi rumah akan menerima RM300 dalam fasa ini.

Tarikh Bayaran BTR 

Bayaran BTR Januari 2023

Fasa 1 bayaran BTR akan mula disalurkan pada Januari ini berbanding Mac tidak sebagaimana Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) sebelum ini.

Menurut Perdana Menteri;

“Bantuan tunai rakyat yang dilaksanakan sebelum ini akan diteruskan (dengan) bayaran fasa satu disalurkan awal iaitu Januari 2023, tidak Mac seperti diumumkan sebelum ini.

Pun begitu, tarikh sebenar bayaran akan diumumkan dari semasa ke semasa oleh PM ataupun Kementerian Kewangan Malaysia.

Bantuan Awal Persekolahan (BAP) 2023

Bantuan Awal Persekolahan (BAP) 2023

Kerajaan setuju salur Bantuan Awal Persekolahan RM150 kepada semua murid tanpa ambil kira had pendapatan ibu bapa pada Januari 2023.

Ia diumumkan dalam Sidang Dewan Rakyat pada 20 Disember 2022.

Menteri Kewangan sebelum ini, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz telah mengumumkan bahawa bantuan itu dinaikkan berbanding RM100 tahun ini dan diberi kepada semua murid tanpa had pendapatan ibu bapa.

Tarikh Pengagihan Bantuan

Peruntukan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) ke akaun sekolah adalah seawal 12 Januari 2023 (Khamis).

Seterusnya pihak sekolah akan membuat agihan bantuan tersebut kepada murid sejurus peruntukan diterima oleh sekolah.

Ia akan dibuat secara berperingkat.

Syarat dan Kriteria Kelayakan

Bantuan ini diberikan kepada murid-murid berdasarkan kriteria-kriteria seperti berikut: 

  1. Murid warganegara Malaysia;
  2. Murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5 atau yang setaraf dengannya bagi Sesi Persekolahan 2023/2024; dan
  3. Murid bersekolah di :
    • Sekolah Kerajaan (SK);
    • Sekolah Bantuan Kerajaan (SBK);
    • Sekolah Agama;
    • Sekolah Swasta Persendirian yang berdaftar dengan kerajaan;
    • Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih;
    • Sekolah Integriti; dan 
    • Sekolah Henry Gurney.

Cara Membuat Permohonan 

Untuk bantuan ini, murid tidak perlu mengisi apa-apa dokumen atau borang permohonan.

Info lanjut, sila lihat 6 Soalan Lazim Bantuan Awal Persekolahan (BAP) 2023

Bayaran Bantuan Kewangan JKM Bulan Januari 2023

Bayaran bagi Bantuan Kewangan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk bulan Januari 2023 akan dikreditkan seperti biasa mengikut jadual yang telah ditetapkan.

Untuk makluman, pembayaran bantuan ini adalah berbeza mengikut negeri masing-masing bagi memudahkan urusan penyaluran bantuan kepada setiap penerima.

Ini kerana pengendalian permohonan bantuan kewangan dibuat di peringkat Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian di seluruh negara.

Bagi bulan Januari, bayaran bantuan JKM akan dikreditkan antara 1 hingga 10 Januari 2023.

Sekiranya terdapat perubahan bayaran bagi bantuan bulan Disember, pihak JKM akan memaklumkan dari semasa ke semasa.

Sila rujuk, laman Facebook Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk info terkini atau hubungi JKM negeri masing-masing sekiranya berlaku kelewatan bagi bayaran bantuan bulan Oktober.

Bantuan Khas Kewangan (BKK) 2023

Bantuan Khas Kewangan (BKK) 2023 sebanyak RM700 kepada 1.3 juta penjawat awam gred 56 ke bawah dan RM350 kepada satu juta pesara kerajaan akan dibayar pada 17 Januari 2023.

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dalam kenyataan di Facebook  memaklumkan, pesara kerajaan yang sedang menerima pencen, penerima pencen terbitan, pesara perkhidmatan awam skim KWSP dan veteran berpencen serta tidak berpencen akan menerima bantuan RM350 pada hari yang sama.

Jumlah Bantuan

Bantuan Khas Kewangan 2023 di bayar pada 17 Januari 2023

Jumlah bantuan yang diberikan terdiri daripada 2 kategori iaitu;

  1. Penjawat Awam Gred 56 dan ke bawah
  2. Pesara Kerajaan
RM700Pegawai Perkhidmatan Awam Gred 56 dan ke bawah
RM350– Pesara Kerajaan yang sedang menerima pencen- Penerima Pencen Terbitan- Pesara Perkhidmatan Awam Skim KWSP (bersara apabila mencapai opsyen umur persaraan)- Veteran Berpencen dan Tidak Berpencen

Info lanjut berkaitan BKK 2023, boleh rujuk maklumat di bawah ini;

Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) Khas RM100 Penjawat Awam 2023

Kerajaan bersetuju untuk meneruskan pemberian Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) Tambahan Khas 2023 sebanyak RM100 kepada semua penjawat awam gred 11 hingga 56.

Pengumuman Kenaikan Gaji Tahunan Khas ini diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam pembentangan Bajet Mini 2023 dalam Sidang Dewan Rakyat pada 20 Disember 2022.

Sebagai makluman, dalam pembentangan Bajet 2023 yang lalu, Kerajaan memperuntukkan RM 1.5 billion untuk Kenaikan Gaji Tambahan Khas 2023 sebanyak RM100 kepada semua penjawat awam Gred 11 hingga 56.

Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) Khas 2023 Gred 11 hingga 56

Pemberian Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) Tambahan Khas 2023

Kerajaan telah bersetuju untuk memberikan KGT Tambahan Khas sebanyak RM100.00 kepada pegawai Kumpulan Pelaksana dan Kumpulan Pengurusan dan Profesional pada 1 Januari 2023.

KGT Tambahan Khas hanya diberi pada tahun 2023 sahaja.

Jika seorang kakitangan Gred 11 yang bergaji RM 1,600 mendapat Kenaikan Gaji Tahunannya sebanyak RM 80 pada setiap bulan April, bagi tahun hadapan, beliau turut mendapat kenaikan gaji tambahan khas 2023 sebanyak RM 100 bermula pada bulan Januari 2023. 

Ini menjadikan gaji akhir beliau pada tahun 2023 adalah sebanyak 1,780 ringgit dan gaji ini kekal dibawa ke tahun seterusnya.

Bayaran Tambahan RM200 Bantuan Musim Tengkujuh Kepada Pekebun Kecil

Bayaran tambahan RM200 Bantuan Musim Tengkujuh (BMT)

Dalam usaha memastikan kebajikan pekebun kecil getah sewaktu musim tengkujuh terus dipelihara, Kerajaan bercadang menyalurkan tambahan RM200 Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) pada bulan Januari 2023.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan Bantuan Musim Tengkujuh yang diterima adalah RM800.

Menurut Perdana Menteri;

“Setakat ini, kerajaan telahpun menyalurkan Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) bagi November dan Disember ini dengan bantuan keseluruhan RM600 kepada hampir 320,000 pekebun kecil getah.

“Sukacita sebagai tambahan, kerajaan bercadang menyalurkan bantuan tambahan sebanyak RM200 kepada pekebun kecil getah, Januari ini.”

Semakan BMT boleh dibuat melalui pautan berikut; 

https://bmt.risda.gov.my/bmtsemakanstatus/

Permohonan Program Skim Makmur Ternak Negeri Pahang 2023

Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Pahang membuka semula permohonan kepada para penternak negeri Pahang bagi memohon Skim Makmur Ternak Pahang bagi tahun 2023.

Terdapat 2 jenis geran bagi skim ini iaitu geran pemadanan dan geran penuh.

Apa Itu Skim Makmur Ternak Pahang?

Program Skim Makmur Ternak Negeri Pahang bertujuan membantu penternak bagi mengekalkan sumbangan mereka dalam pengeluaran daging ruminan tempatan, disamping mensasarkan peningkatan pendapatan bagi golongan penternak. 

Skim Makmur Ternak Pahang mempunyai dua insentif Geran Pemadanan untuk bekalan induk/baka ternakan (nilai maksima RM10,000.00/individu) memerlukan pemohon untuk menanggung kos 10% daripada jumlah nilai ternakan dan Geran Penuh bagi bantuan input ladang/bahan binaan pembaikkan kandang dan infrastruktur ladang (nilai maksima RM5,000.00/individu).

Program Skim Makmur Ternak Negeri Pahang Tahun 2023

Cara Memohon

Borang permohonan Skim Makmur Ternak DVS/SMT01 boleh di muat turun di laman web DVS

Pahang https://www.dvs.pahang.gov.my/  atau di Pejabat Perkhidmatan Veterinar Daerah berhampiran.

Borang DVS/SMT01 Skim Makmur Ternak PahangDownload

Tarikh Permohonan

Permohonan ini di buka bermula pada 1 Januari 2023 sehingga 28 FEB 2022.

Permohonan Dermasiswa Sultan Ismail Petra (DSIP) MAIK Dibuka Mulai 1 Januari 2023

Permohonan Dermasiswa Sultan Ismail Petra (DSIP) MAIK Dibuka Mulai 1 Januari 2023

Permohonan Dermasiswa Sultan Ismail Petra (DSIP) Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) yang dahulunya dikenali sebagai Bantuan Melanjutkan Pengajian Ke Luar Negara dibuka bermula 1 Januari 2023 sepanjang tahun sehingga tarikh tutup yang akan dimaklumkan.

Program ini merupakan satu bentuk bantuan kewangan (dermasiswa) yang diberikan berdasarkan permohonan pelajar setiap tahun dalam membantu anak-anak Kelantan di dalam pengajian di beberapa institusi Pengajian Tinggi Luar dan Dalam Negaradalam pelbagai bidang yang bermanfaat terutamanya bidang Pengajian Islam.

Permohonan dan kelulusan adalah sekali setahun sahaja.

Syarat Umum Permohonan

  1. Pemohon merupakan warganegara Malaysia (peranakan Negeri Kelantan) yang lahir dan menetap di Kelantan.
  2. Terdiri daripada golongan asnaf yang layak menerima zakat.
  3. Melepasi had kifayah yang telah ditetapkan oleh MAIK.
  4. Tidak mendapat tajaan atau bantuan kewangan daripada badan penaja lain.
  5. Jumlah pendapatan ibu bapa adalah RM10,000 ke bawah sahaja sebulan.

Syarat Khusus Permohonan

  1. Penerima Tahun Pertama
    1. Layak memohon berdasarkan surat tawaran ( pelajar luar negara sahaja.
    2. Layak memohon bagi pelajar semester kedua dan ke atas dengan mendapat minima PNGK 3.0 ke atas (pelajar dalam negara sahaja)
  2. Pemohon Tahun Kedua Dan Ke Atas
    1. Mesir-Makbul (Lulus) dan layak menyambung pengajian ke tahun berikut
    2. Lain-lain negara termasuk Malaysia -minima PNGK 3.0 dan layak menyambung pengajian ke tahun berikutnya.

Cara Memohon

  • Secara atas talian dengan klik pada pautan http://eagihan.e-maik.my/
  • Perkhidmatan KIOKS dan mesin pengimbas disediakan di Aras Bawah Unit Agihan Zakat MAIK dan seluruh Masjid Bandar Negeri di Kelantan di bawah kod 28412

Info lanjut

20 Januari 2023, Tarikh Tutup Permohonan HLP, CBBP TB dan HLPS

Permohonan HLP, CBBP TB dan HLPS 2023

Permohonan Hadiah Latihan Persekutuan (HLP), Cuti Belajar Bergaji Penuh Tanpa Biasiswa (CBBP TB) dan Hadiah Latihan Persekutuan Separuh Masa/Sambilan (HLPS) Bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia ambilan Tahun 2023 t dibuka mulai:

  • Tarikh:  23 Disember 2022 hingga 20 Januari 2023
  • Urusan temu duga kepada mana-mana calon yang berjaya melepasi saringan awal dijangka akan diadakan pada bulan Mac 2023.

Permohonan ini dibuka kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) yang berkelayakan dan memenuhi syarat-syarat permohonan yang ditetapkan. 

Permohonan perlu dibuat secara dalam talian (online) sepenuhnya melalui laman sesawang Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di pautan https://epenawaran.moe.gov.my. 

Sebarang permohonan selain daripada secara dalam talian ini tidak akan diproses. 

Permohonan akan dibuka mulai 23 Disember 2022 (Jumaat), pukul 3:00 petang hingga 20 Januari 2023 (Jumaat), pukul 5:00 petang. 

Pemohon adalah dimohon untuk merujuk kepada portal rasmi KPM bagi sebarang pemakluman terkini.

Untuk maklumat lanjut sila layari:

https://epenawaran.moe.gov.my

Bantuan Sara Hidup Anak Mahasiswa Anak Negeri Sembilan 2023

Bantuan Sara Hidup (BSH) Mahasiswa YNS

Adalah dimaklumkan, Yayasan Negeri Sembilan (YNS) dalam proses memberi bantuan kepada mahasiswa anak Negeri Sembilan yang dikategori golongan B40. Bantuan  ini diberi sebanyak RM150.00 sebulan selama setahun  bagi menampung kos sara hidup pelajar di kampus.

Permohonan dibuka mulai  1 JANUARI 2023 secara online di laman sesawang Yayasan Negeri Sembilan .

Apa Itu Bantuan Sara Hidup Mahasiswa Anak Negeri Sembilan?

Bantuan Sara Hidup Mahasiswa Anak Negeri Sembilan merupakan insiatif Kerajaan Negeri Sembilan dan Yayasan Negeri Sembilan untuk membantu memudahkan proses pembelajaran anak-anak Negeri Sembilan. 

Bagi Tahun 2023, Permohonan BSH Mahasiswa Anak Negeri Sembilan adalah melalui atas talian (online) di laman web Yayasan Negeri Sembilan. Permohonan BSH 2023 boleh dibuat segera melalui pautan berikut; 

https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLScHyGdcPAupWDrph5gVF4s5-YFb2dAnmusg5fctI9r0GHTK9A/viewform

Syarat Bantuan

  1. Pemohon kelahiran di Negeri Sembilan (05/59/31) DAN Alamat menetap pemohon wajib di Negeri Sembilan (berdasarkan paparan kad pengenalan yang dikemukan) ATAU
  2. Bukan kelahiran Negeri Sembilan tetapi Telah menetap di Negeri Sembilan sekurang-kurangnya 6 tahun (Sila kemukakan sijil tamat Sekolah Rendah dan Menengah)
  3. Hanya layak kepada pemohon peringkat pengajian Diploma dan Ijazah Sarjana Muda Sahaja. DAN
  4. Hanya layak kepada pemohon Institusi Pengajian Diploma dan Ijazah Sarjana Muda (IPTA) sahaja. DAN
  5. Terbuka kepada pemohon semester 1 ke atas, Pelajar TAHUN AKHIR TIDAK LAYAK MEMOHON DAN
  6. Hanya layak pendapatan isi rumah ibu dan bapa atau penjaga tidak melebihi RM4,210.00 B40 ke bawah
  7. Muat turun borang BSH 2022 di laman web Yayasan Negeri Sembilan Yayasan Negeri Sembilan – Utama (yns.gov.my) dan dokumen sokongan yang perlu disahkan oleh pejabat ADUN/DUN/Wakil (sila rujuk pejabat DUN berdasarkan alamat tempat tinggal pemohon).
  8. Borang BSH 2022 dan dokumen sokongan yang telah disahkan oleh pejabat ADUN / DUN/Wakil perlulah dimuat naik di ruangan yang disediakan.

Tawaran Tajaan Pendidikan Zakat Kedah Peringkat Sekolah Menengah 

Tawaran Tajaan Pendidikan Zakat Kedah Peringkat Sekolah Menengah

KEMASUKAN PELAJAR TINGKATAN 1 KE SEKOLAH ZAKAT KEDAH DAN SEKOLAH AGAMA RAKYAT NEGERI KEDAH 2023

Adalah dimaklumkan Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) telah membuka Tawaran Tajaan Pengajian ke Tingkatan 1 bagi melanjutkan pengajian di Sekolah Zakat Kedah dan Sekolah Agama Rakyat.

  • Berumur 13 Tahun pada tahun 2023
  • Khas kepada Anak-Anak Asnaf Fakir dan Miskin sahaja
  • Lokasi penempatan di Sekolah Menengah Agama Rakyat di setiap Daerah Negeri Kedah

Permohonan adalah secara atas talian.

Syarat Permohonan bersama pautan (link) Permohonan boleh di akses melalui ;

https://my04.awfatech.com/maahaddini

Atau boleh mengambil borang di Pejabat Zakat Daerah yang berdekatan.

Permohonan yang layak sahaja akan dipanggil untuk menduduki Ujian Temuduga (Ujian Pemilihan Pelajar Sekolah Zakat Kedah -UPPSZK) yang akan diadakan pada Bulan Februari 2023.

Sebarang pertanyaan boleh terus hubungi:

  • BAHAGIAN PEDIDIKAN ZAKAT KEDAH – TEL: 04-7331740
  • BAHAGIAN LEMBAGA PENGURUSAN SEKOLAH ZAKAT KEDAH – TEL: 013-4463071

Tarikh Tutup permohonan : 14 Januari 2023

Lanjutan Tuntutan Skim Khairat Kematian Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) 2022

Lanjutan Tuntutan Skim Khairat Kematian Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) 2022

Sukacitanya Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) memaklumkan tarikh tuntutan Skim Khairat Kematian (SKK)  Bantuan Keluarga Malaysia dilanjutkan sehingga 31 Januari 2023.

Apa itu Skim Khairat Kematian (SKK) BKM

SKK adalah skim yang disediakan oleh kerajaan di bawah Bantuan Keluarga Malaysia sekiranya berlaku kematian kepada penerima BKM bagi tahun 2022.

Waris yang layak boleh membuat tuntutan berdasarkan syarat-syarat yang ditetapkan.

Jumlah tuntutan yang diberikan sekiranya penerima BKM meninggal dunia adalah RM1,000.00 (bagi setiap individu yang layak).

Tempoh meninggal dunia adalah sepanjang tahun 2022 iaitu bermula dari 01 Januari 20222 sehingga 31 Disember 2022.

Waris boleh membuat tuntutan ini di semua cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) seluruh Malaysia.

Dokumen yang perlu dibawa oleh wakil semasa tuntutan SKK di BSN

Dokumen yang perlu dibawa oleh wakil yang didaftarkan adalah: 

  1. Sijil Kematian (asal / salinan) Pemohon / Pasangan; dan 
  2. Kad Pengenalan asal Wakil; dan 
  3. Dokumen pembuktian pertalian antara pemohon dan wakil (asal / salinan) seperti berikut:
Dokumen Pembuktian Skim Khairat Kematian BKM 2022

Info Lanjut dan Pertanyaan

Layari laman portal MyBKM https://bkm.hasil.gov.my/ dan seterusnya klik pada Skim Khairat Kematian (SKK) BKM 2022 untuk info lanjut.

 

Scroll to Top