Thursday, December 7, 2023
HomeBantuan Tunai RakyatTarikh & Pembayaran Bantuan Tunai Rakyat (BTR) Bujang Fasa 1

Tarikh & Pembayaran Bantuan Tunai Rakyat (BTR) Bujang Fasa 1

Ini adalah maklumat penting bagi penerima Bantuan Tunai Rakyat (BTR)  kategori bujang yang perlu diketahui.

Sebagaimana yang diumumkan oleh Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim pada Disember yang lalu, Kerajaan Perpaduan akan meneruskan Bantuan Tunai Rakyat (BTR) yang dilaksana kerajaan terdahulu dengan bayaran Fasa 1 akan dipercepatkan.

Golongan Bujang merupakan antara kategori yang akan menerima bayaran BTR Fasa 1 selain daripada kategori isi rumah, warga emas tiada pasangan dan ibu/bapa tunggal.

Untuk kategori BTR Bujang ini, soalan yang sering ditanya adalah berapa jumlah yang diperoleh? Bilakah tarikh pembayaran, bagaimana cara membuat semakan dan sebagainya.

Oleh yang demikian, sila baca maklumat berikut dengan teliti agar faham dan jelas tentang pembayaran bagi Bantuan Tunai Rakyat ini.

Apa itu BTR 2023?

BRT 2023 ialah bantuan komprehensif yang ditambah baik dengan ketara berbanding Bantuan Sara Hidup (BSH) pada 2020 yang memanfaatkan lima juta penerima dengan peruntukan RM5 bilion.

Golongan Bujang merupakan antara kategori penerima bantuan ini selain daripada kategori isi rumah dan warga emas bujang / tiada pasangan .

Secara umumnya pembayaran BTR akan dilaksanakan 4 kali setahun.

Tarikh Bayaran BTR Bujang Fasa 1

Fasa 1 bayaran BTR akan mula disalurkan pada Januari ini berbanding Mac tidak sebagaimana Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) sebelum ini.

Menurut Perdana Menteri;

“Bantuan tunai rakyat yang dilaksanakan sebelum ini akan diteruskan (dengan) bayaran fasa satu disalurkan awal iaitu Januari 2023, tidak Mac seperti diumumkan sebelum ini.

Pun begitu, tarikh sebenar bayaran akan diumumkan dari semasa ke semasa oleh PM ataupun Kementerian Kewangan Malaysia.

Semakan Kelayakan BTR

Buat masa ini, semakan kelayakan BTR boleh menggunakan pautan BKM yang lepas; 

https://bkm.hasil.gov.my/

  • Tekan log masuk MyBKM
  • Masukkan Nombor MyKad (12 Digit)
  • Klik Butang Semak
  • Pengesahan Kata Kunci Keselamatan yang telah didaftarkan
  • Masukkan Kata Laluan yang telah didaftarkan
  • Klik Log Masuk

Pemohon yang telah membuat semakan akan dipaparkan maklumat berikut;

  1. Nombor Pengenalan Akaun dikredit 
  2. Nama Penerima 
  3. Fasa Pembayaran 
  4. Jumlah dikredit 
  5. Status Kredit 
  6. Nama Bank 
  7. Nombor Akaun Bank

Ini kerana Bantuan Tunai Rakyat yang akan disalurkan menggunakan data-data bantuan sebelum ini.

Setelah pengumuman rasmi dimaklumkan, kerajaan mungkin akan menggunakan link yang baharu bagi semakan kelayakan BTR.

Jumlah Bayaran

Kategori Bujang BTR akan menerima bayaran RM100 untuk fasa 1.

Manakala setiap isi rumah akan menerima RM300 dalam fasa ini.

Cara Bayaran

Berdasarkan pengalaman bantuan-bantuan yang lepas, pembayaran akan buat secara berperingkat mengikut jenis penerima.

Bagi isi rumah, warga emas dan individu bujang yang mempunyai akaun bank, pembayaran akan terus dikreditkan ke akaun bank masing-masing.

Bagi penerima yang tidak mempunyai akaun bank (termasuk di Sabah & Sarawak), cara pembayaran adalah melalui penunaian di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN).

Soalan Lazim

Bila tarikh pembayaran BTR fasa 1 kategori bujang?

Januari 2023, tarikh sebenar akan diumumkan dari semasa ke semasa.

Berapa jumlah bayaran kategori bujang fasa 1?

RM100

Bagaimana cara semakan kelayakan?

https://bkm.hasil.gov.my/

Bagaimana Cara Pembayaran?

Ada Akaun – Di bayar ke akaun masing-masing.
Tiada Akaun – tunai di BSN.

Bantuan Terkini Kerajaan Perpaduan 2023

Info terkini bantuan semasa daripada Kerajaan, NGO dan lain-lain

RELATED ARTICLES

Most Popular

error: Sorry dah tak boleh copy!