[TERKINI] Perdana Menteri ke-10, Dato Seri Anwar Ibrahim berkata, Kerajaan setuju salur bantuan awal persekolahan RM150 kepada semua murid tanpa ambil kira had pendapatan ibu bapa pada Januari 2023.
Ia diumumkan dalam Sidang Dewan Rakyat pada 20 Disember 2022.
Menteri Kewangan sebelum ini, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz telah mengumumkan bahawa bantuan itu dinaikkan berbanding RM100 tahun ini dan diberi kepada semua murid tanpa had pendapatan ibu bapa.
“Sebagai contoh jika sebuah keluarga mempunyai tiga anak bersekolah, maka mereka layak menerima bantuan RM450.
“Peruntukan disediakan untuk BAP ini membabitkan peruntukan RM825 juta, jauh melebihi tahun ini RM450 juta,”
Apa itu Bantuan Awal Persekolahan (BAP)
Bantuan Awal persekolahan (BAP) merupakan salah satu daripada bantuan yang disediakan oleh kerajaan bagi meringankan kewangan keluarga yang berpendapatan rendah.
Mula diperkenalkan pada tahun 2012, ia bertujuan membantu ibubapa atau penjaga pada awal sesi persekolahan setiap tahun.
Bagi tahun 2023 bantuan ini diberikan kepada semua murid tanpa had pendapatan ibu bapa.
Tarikh Pengagihan Bantuan
Peruntukan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) ke akaun sekolah adalah seawal 12 Januari 2023 (Khamis).
Seterusnya pihak sekolah akan membuat agihan bantuan tersebut kepada murid sejurus peruntukan diterima oleh sekolah.
Ia akan dibuat secara berperingkat.
Syarat dan Kriteria Kelayakan
Bantuan ini diberikan kepada murid-murid berdasarkan kriteria-kriteria seperti berikut:
- Murid warganegara Malaysia;
- Murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5 atau yang setaraf dengannya bagi Sesi Persekolahan 2023/2024; dan
- Murid bersekolah di :
- Sekolah Kerajaan (SK);
- Sekolah Bantuan Kerajaan (SBK);
- Sekolah Agama;
- Sekolah Swasta Persendirian yang berdaftar dengan kerajaan;
- Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih;
- Sekolah Integriti; dan
- Sekolah Henry Gurney.
Jumlah Bayaran
Murid yang menerima BAP akan diberi bantuan sebanyak RM150.00 bagi seorang murid secara sekaligus (one-off).
Cara Bayaran
Peruntukan BAP disalurkan ke akaun Kumpulan Wang Kerajaan sekolah dan pihak sekolah akan membuat agihan tunai kepada murid atau dikreditkan ke dalam akaun.
Cara Membuat Permohonan
Untuk bantuan ini, murid tidak perlu mengisi apa-apa dokumen atau borang permohonan.
Dokumen Yang Diperlukan
Tiada dokumen yang diperlukan bagi bantuan ini.
6 Soalan Lazim BAP 2023
Info dan maklumat lanjut
Info lanjut tentang BAP, sila layari laman portal Kementerian Pendidikan Malaysia berikut;
https://www.moe.gov.my/en/bantuan-pembelajaran-menu/bantuan-awal-persekolahan-bap
SUMBER: Kementerian Pendidikan Malaysia
PENAFIAN: Semua yang “kami” kongsikan di halaman ini sekadar panduan dan rujukan para pembaca di laman web ini sahaja. Kami tidak ada kaitan dengan mana-mana agensi kerajaan atau syarikat yang berkaitan dengannya, segala rujukan adalah berpandukan sumber sebagaimana yang disebut.
Soalan Lazim (FAQ)
[Terkini] Bantuan Awal persekolahan (BAP) kepada semua murid tanpa had pendapatan ibu bapa.
RM150 secara sekaligus (one-off).
Untuk bantuan ini, murid tidak perlu mengisi apa-apa dokumen atau borang permohonan.