Thursday, May 25, 2023
HomePermohonanPermohonan Program Skim Makmur Ternak Negeri Pahang 2023

Permohonan Program Skim Makmur Ternak Negeri Pahang 2023

Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Pahang membuka semula permohonan kepada para penternak negeri Pahang untuk memohon Skim Makmur Ternak Pahang bagi tahun 2023.

Terdapat 2 jenis geran bagi skim ini iaitu geran pemadanan dan geran penuh.

Apa Itu Skim Makmur Ternak Pahang?

Program Skim Makmur Ternak Negeri Pahang bertujuan membantu penternak bagi mengekalkan sumbangan mereka dalam pengeluaran daging ruminan tempatan, di samping mensasarkan peningkatan pendapatan bagi golongan penternak. 

Skim Makmur Ternak Pahang mempunyai dua insentif Geran Pemadanan untuk bekalan induk/baka ternakan (nilai maksima RM10,000.00/individu) memerlukan pemohon untuk menanggung kos 10% daripada jumlah nilai ternakan dan Geran Penuh bagi bantuan input ladang/bahan binaan pembaikkan kandang dan infrastruktur ladang (nilai maksima RM5,000.00/individu).

Program Skim Makmur Ternak Negeri Pahang Tahun 2023

Skop Skim

  1. GERAN PEMADANAN – Bekalan induk/ baka ternakan (nilai maksima RM10,000.00/ individu) memerlukan pemohon untuk menanggung kos 10% daripada jumlah nilai ternakan.
  2. GERAN PENUH – Bantuan kepada penternak dalam bentuk input ladang/ bahan binaan pembaikkan kandang dan infrastruktur ladang (nilai maksima RM5,000.00/individu).

Syarat Kelayakan Permohonan

Permohonan terbuka kepada PENTERNAK KECIL RUMINAN yang mempunyai kriteria dan butiran permohonan adalah seperti berikut:

  1. Berdaftar dengan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Pahang dan mempunyai ID Premis
  2. Warganegara Malaysia berumur 18-60 tahun pada tahun semasa dan pemastautin negeri Pahang.
  3. Pemohon tidak mempunyai tunggakan pinjaman SPT, PAWAH, TRUST atau telah di senaraikan sebagai projek gagal di bawah bantuan DVS Malaysia / DVS Negeri Pahang.
  4. Mempunyai pengalaman menternak sekurang-kurangnya 1 tahun.
  5. Mempunyai kawasan menternak yang mencukupi dan sumber makanan yang cukup.
  6. Mempunyai kawasan menternak yang sah, kemudahan yang sesuai dengan melampirkan geran tanah/ surat kebenaran gunapakai tanah / Perjanjian gunapakai tanah.
  7. Mempunyai program kesihatan dengan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Pahang.
  8. Pemohon mestilah penternak kecil atau sederhana sedia ada yang berdaftar dengan Jabatan Perkhidmatan Veterinar.
  9. Tidak pernah menerima bantuan yang sama daripada agensi kerajaan yang lain. (boleh dipertimbangkan semula permohonan selepas 3-5 tahun daripada bantuan terakhir).
  10. Permohonan boleh dibuat melalui borang Skim Makmur Ternak yang di berikan secara percuma dan boleh di buat salinan atau di muat turun di laman web DVS Pahang.

Cara Memohon

Borang permohonan Skim Makmur Ternak DVS/SMT01 boleh di muat turun di laman web DVS

Pahang https://www.dvs.pahang.gov.my/  atau di Pejabat Perkhidmatan Veterinar Daerah berhampiran.

Borang DVS/SMT01 Skim Makmur Ternak PahangDownload

Tarikh Permohonan

Permohonan ini di buka bermula pada 1 Januari 2023 sehingga 28 FEB 2023.

Info dan Maklumat Lanjut

Sebarang info dan maklumat lanjut sila layari laman web https://www.dvs.pahang.gov.my/ atau Facebook https://www.facebook.com/dvspahang

Sila berhubung dengan Pejabat Perkhidmatan Vaterinar Daerah berhampiran untuk maklumat lanjut;

Nombor Telefon Pejabat Perkhidmatan Vaterinar Daerah Pahang

Sumber: Jabatan Perkhidmatan Vaterinar Negeri Pahang

PENAFIAN: Semua yang “kami” kongsikan di halaman ini sekadar panduan dan rujukan para pembaca di laman web ini sahaja. Kami tidak ada kaitan dengan mana-mana agensi kerajaan atau syarikat yang berkaitan dengannya, segala rujukan adalah berpandukan sumber sebagaimana yang disebut.

Bantuan Terkini Kerajaan Perpaduan 2023

Info terkini bantuan semasa daripada Kerajaan, NGO dan lain-lain

RELATED ARTICLES

Most Popular

error: Sorry dah tak boleh copy!