Thursday, December 7, 2023
HomeSemasa12 Soalan Lazim Bantuan Khas Kewangan (BKK) Pesara 2023

12 Soalan Lazim Bantuan Khas Kewangan (BKK) Pesara 2023

Dalam pembentangan Bajet Mini 2023, antara pengumuman bantuan yang diteruskan oleh Kerajaan perpaduan adalah Bantuan Khas Kewangan (BKK) untuk kakitangan awam dan Pesara Kerajaan.

Bagi pesara dan penerima pencen akan menerima sebanyak RM350 yang akan dibayar pada 17 Januari depan.

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dalam Facebooknya berkongsi 12 soalan lazim mengenai Bantuan Khas Kewangan untuk pesara dan penerima pencen 2023.

Soalan Lazim BKK Pesara dan Penerima Pencen 2023

1) Siapakah pesara yang layak dibayar Bantuan Khas Kewangan Tahun 2023?

Pesara Kerajaan yang menerima pencen di bawah undang-undang pencen/Peraturan- Peraturan Angkatan Tetap (Pencen,Ganjaran dan Faedah-Faedah Lain) 1982 yang bersara pada atau sebelum 17 Januari 2023 bagi semua gred di dalam:

  1. Perkhidmatan Awam Persekutuan (termasuk Polis Diraja Malaysia) dan Negeri;
  2. Perkhidmatan Pihak Berkuasa Berkanun (Persekutuan dan Negeri) dan Pihak Berkuasa Tempatan;
  3. Perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia;dan
  4. Pesara Skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang bersara mengikut opsyen umur persaraan sahaja (55 tahun, 56 tahun, 58 tahun atau 60 tahun).

2) Siapakah penerima pencen yang layak dibayar BKK Tahun 2023?

Penerima pencen yang layak adalah penerima pencen perkhidmatan, pencen hilang upaya, pencen terbitan dan pencen tanggungan, pencen orang tanggungan, elaun tanggungan, elaun bersara dan elaun bersara terbitan sehingga 17 Januari 2023.

3) Adakah penerima pencen terbitan layak dibayar BKK Tahun 2023?

Penerima pencen terbitan layak dibayar BKK Tahun 2023.

4) Adakah penerima pencen terbitan yang lebih daripada seorang turut layak dibayar BKK Tahun 2023?

Layak dan akan dibayar berasaskan pembahagian sama rata mengikut akaun penerima pencen.

5) Adakah pegawai yang bersara selepas 17 Januari 2023 layak menerima BKK Tahun 2023?

Layak dibayar dengan kadar Penjawat Awam sebanyak RM700.00.

6) Adakah pesara/penerima pencen yang tidak bermastautin di Malaysia layak menerima BKK Tahun 2023?

Pesara/penerima pencen yang tidak bermastautin di Malaysia layak menerima Bantuan Khas Kewangan Tahun 2023.

7) Siapakah pesara/penerima pencen terbitan yang tidak layak menerima BKK Tahun 2023?

Pesara/penerima pencen terbitan yang tidak layak adalah:

  1. Perkhidmatan sebagai Ahli Parlimen atau Anggota Pentadbiran;
  2. Perkhidmatan sebagai Setiausaha Politik;
  3. Perkhidmatan sebagai Hakim;
  4. Penerima pencen Skim Pencen Balu dan Anak Yatim (Semenanjung, Sabah dan Sarawak);
  5. Penerima bayaran Ex-Gratia Bencana Kerja di bawah 1PP:WP6.3 – Pengurusan Wang Awam;
  6. Penerima pencen terbitan di bawah undang-undang   pencen/Peraturan- Peraturan Angkatan Tetap (Pencen, Ganjaran dan Faedah-Faedah Lain) 1982 kerana kematian pegawai dalam perkhidmatan selepas 17 Januari 2023; dan
  7. Pegawai berpencen yang melepaskan hak pencen kerana menyertai Badan Berkanun Yang Diasingkan Saraan (BBDS).

8) Adakah pesara yang bersara atas dasar penswastaan atau pengkorporatan layak dibayar Bantuan Khas Kewangan Tahun 2023?

Layak sekiranya mereka adalah penerima pencen.

9) Adakah pesara (merujuk kepada soalan pertama) yang meninggal dunia sebelum 17 Januari 2023 layak diberi BKK Tahun 2023?

Layak dan dibayar kepada penerima pencen terbitan.

10) Adakah pesara (merujuk kepada soalan no. 26) atau penerima pencen terbitan yang meninggal dunia pada 17 Januari 2023 layak diberi BKK Tahun 2023?

Pesara atau penerima pencen terbitan yang meninggal dunia pada 17 Januari 2023 layak diberi BKK Tahun 2023 sebanyak RM350.00.

11) Adakah pesara/veteran berpencen dan tidak berpencen yang dilantik semula secara COS dan masih berkhidmat pada 17 Januari 2023 layak dibayar Bantuan Khas Kewangan Tahun 2022?

Pesara yang dilantik semula secara COS dan masih berkhidmat pada 17 Januari 2023 layak dibayar Bantuan Khas Kewangan Tahun 2023 sebanyak RM700.00. Walau bagaimanapun, pembayaran sebanyak RM350.00 akan dibuat oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)/Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) dan bakinya RM350.00 akan dibayar oleh jabatan di mana pegawai sedang berkhidmat.

12) Sekiranya pesara mempunyai rekod di JPA dan JHEV, jabatan manakah yang akan membuat bayaran BKK Tahun 2023 kepada pesara tersebut?

BKK Tahun 2023 akan dibayar oleh JPA sebanyak RM350.00.

Sumber: Bahagian Pencen JPA

Lampiran

Soalan Lazim BKK Pesara 2023 _01
Soalan Lazim BKK Pesara 2023 _02
Soalan Lazim BKK Pesara 2023 _03

Soalan Lazim

Bilakah Tarikh Pembayaran BKK 2023

17 Januari 2023 (Selasa)

Berapakah jumlah bayaran BKK untuk pesara kerajaan dan penerima pencen?

RM350

Siapakah penerima pencen yang layak dibayar BKK Tahun 2023?

Penerima pencen yang layak adalah penerima pencen perkhidmatan, pencen hilang upaya, pencen terbitan dan pencen tanggungan, pencen orang tanggungan, elaun tanggungan, elaun bersara dan elaun bersara terbitan sehingga 17 Januari 2023.

Siapakah pesara/penerima pencen terbitan yang tidak layak menerima Bantuan Khas Kewangan Tahun 2023?

Pesara/penerima pencen terbitan yang tidak layak adalah:
1. Perkhidmatan sebagai Ahli Parlimen atau Anggota Pentadbiran;
2. Perkhidmatan sebagai Setiausaha Politik;
3. Perkhidmatan sebagai Hakim;
4. Penerima pencen Skim Pencen Balu dan Anak Yatim (Semenanjung, Sabah dan Sarawak);
5. Penerima bayaran Ex-Gratia Bencana Kerja di bawah 1PP:WP6.3 – Pengurusan Wang Awam;
6. Penerima pencen terbitan di bawah undang-undang   pencen/Peraturan- Peraturan Angkatan Tetap (Pencen, Ganjaran dan Faedah-Faedah Lain) 1982 kerana kematian pegawai dalam perkhidmatan selepas 17 Januari 2023; dan
7. Pegawai berpencen yang melepaskan hak pencen kerana menyertai Badan Berkanun Yang Diasingkan Saraan (BBDS).

Bantuan Terkini Kerajaan Perpaduan 2023

Info terkini bantuan semasa daripada Kerajaan, NGO dan lain-lain

RELATED ARTICLES

Most Popular

error: Sorry dah tak boleh copy!