Tuesday, June 6, 2023
HomeSemasaBantuan Khas Kewangan Tahun 2023 Dibayar Mulai 17 Januari

Bantuan Khas Kewangan Tahun 2023 Dibayar Mulai 17 Januari

Kerajaan mengumumkan Bantuan Khas Kewangan bagi tahun 2023 kepada Pegawai Perkhidmatan Awam Kerajaan serta Pesara Kerajaan akan dibayar pada Januari 2023.

Bantuan Khas Kewangan Tahun 2023 ini adalah bantuan yang diumumkan oleh Perdana Menteri ketika 𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐀𝐌𝐀𝐍𝐀𝐓 𝐏𝐄𝐑𝐃𝐀𝐍𝐀 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐇𝐈𝐃𝐌𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐀𝐖𝐀𝐌 𝐊𝐄-𝟏𝟖  (𝐌𝐀𝐏𝐏𝐀 𝐗𝐕𝐈𝐈𝐈) yang bertemakan ‘Penjawat Awam Tonggak Aspirasi Keluarga Malaysia’.

Dalam pada itu, Perdana Menteri Kesepuluh Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan, kerajaan juga bersetuju meneruskan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) kepada 1.3 juta penjawat awam gred 56 ke bawah sebanyak RM700 dan 1 juta pesara kerajaan sebanyak RM350.

Apa itu Bantuan Khas Kewangan 2023?

Bantuan khas kewangan ini diumumkan oleh Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob dalam Majlis Amanah Perdana Menteri Perkhidmatan Awam (MAPPA) yang ke-18.

“Keenam: Bantuan Khas Kewangan (BKK) Tahun 2023.”

“Dibayar kepada anggota perkhidmatan awam Gred 56 ke bawah berjumlah RM700 dan RM350 bagi pesara Kerajaan dan veteran tidak berpencen yang akan diberi pada Januari 2023.”

Jumlah Bantuan

Bantuan Khas Kewangan 2023 di bayar pada 17 Januari 2023

Jumlah bantuan yang diberikan terdiri daripada 2 kategori iaitu;

  1. Penjawat Awam Gred 56 dan ke bawah
  2. Pesara Kerajaan
RM700Pegawai Perkhidmatan Awam Gred 56 dan ke bawah
RM350– Pesara Kerajaan yang sedang menerima pencen
– Penerima Pencen Terbitan
– Pesara Perkhidmatan Awam Skim KWSP (bersara apabila mencapai opsyen umur persaraan)
– Veteran Berpencen dan Tidak Berpencen

Tarikh Bayaran

Bayaran dibuat pada bulan 17 Januari 2023 (SELASA). 

Penjawat Awam Yang Layak Dibayar

Bayaran layak diberikan kepada;

  1. Pegawai Perkhidmatan Awam Kumpulan Pengurusan dan Profesional serta Kumpulan Pelaksana Gred 56 dan ke bawah yang masih berkhidmat pada 17 Januari 2023;
  2. Pegawai Perkhidmatan Awam Kumpulan Pengurusan dan Profesional serta Kumpulan Pelaksana yang layak tersebut merupakan:
    • pegawai lantikan tetap, sementara dan Contract of Service (COS):
    • pegawai yang bercuti bergaji penuh;
    • pegawai yang bercuti separuh gaji;
    • pegawai yang bercuti tanpa gaji; dan
    • pegawai yang dipinjamkan termasuk ke agensi yang diasingkan pengurusan saraannya. BKK Tahun 2023 ini akan dibayar oleh agensi yang menerima peminjaman pegawai.

BKK Tahun 2023 ini turut dibayar kepada:

  1. Pegawai lantikan MySTEP yang telah berkhidmat selama sekurang-kurangnya enam (6) bulan pada tahun 2022 dan masih berkhidmat sebagai MySTEP pada 17 Januari 2023;
  2. Guru interim;
  3. Pemandu yang dilantik sendiri oleh pegawai Gred Jawatan Utama B dan ke atas, serta Gred Khas A dan ke atas yang layak pemandu tetapi tidak disediakan pemandu oleh jabatannya; dan
  4. Pemandu yang dilantik sendiri oleh Anggota Pentadbiran dan Hakim dan Pesuruhjaya Kehakiman.

Bagi pesara Kerajaan yang menerima pencen termasuk penerima pencen terbitan di bawah undang-undang pencen serta pesara Skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang bersara daripada perkhidmatan awam apabila mencapai opsyen umur persaraan pada atau sebelum 17 Januari 2023 akan dibayar sebanyak RM350.00 oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) manakala veteran berpencen dan tidak berpencen oleh Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV);

Pesara dan veteran yang dilantik semula secara lantikan tetap, sementara serta COS dan masih berkhidmat pada 17 Januari 2023 layak dibayar sebanyak RM700.00. Walau bagaimanapun, pembayaran sebanyak RM350.00 akan dibuat oleh JPA/JHEV dan bakinya sebanyak RM350.00 akan dibayar oleh jabatan di mana pegawai sedang berkhidmat;

Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan yang meninggal dunia pada 17 Januari 2023 layak diberi BKK Tahun 2023 sebanyak RM700.00;

Siapa Yang Tidak Layak Mendapat Bayaran Ini

Bayaran tidak layak diberikan kepada;

  1. Pegawai dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi dan setaraf termasuk pegawai yang memangku, dipinjam/ tukar sementara dan penempatan khas ke Gred Jawatan Utama Gred Khas;
  2. Pegawai yang dikenakan hukuman tatatertib buang kerja atau turun pangkat dalam tempoh 1 Januari 2023 hingga 17 Januari 2023;
  3. Pegawai yang ditamatkan perkhidmatan demi kepentingan awam dalam tempoh 1 Januari 2023 hingga 17 Januari 2023:
  4. Pegawai yang meletak jawatan dalam tempoh 1 Januari 2023 hingga 17 Januari 2023; dan
  5. Pegawai berpencen yang melepaskan hak pencen kerana menyertai Badan Berkanun Yang Diasingkan Saraan

Penangguhan Bayaran Bantuan Khas Kewangan 2023

Mereka yang ditangguhkan bayaran adalah sebagaimana berikut;

  • Pegawal yang ditahan kerja, digantung kerja atau surat pertuduhan telah dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Tatatertib (PBTT) akan ditangguhkan pemberian Bantuan Khas Kewangan Tahun 2023 ini. Pegawai hanya layak dibayar BKK tahun 2023 setelah dibebaskan daripada pertuduhan atau dikenakan hukuman selain buang kerja atau diturunkan pangkat oleh PBTT yang berkenaan.

Lampiran

Bantuan Terkini Kerajaan Perpaduan 2023

Info terkini bantuan semasa daripada Kerajaan, NGO dan lain-lain

RELATED ARTICLES

Most Popular

error: Sorry dah tak boleh copy!