Thursday, December 7, 2023
HomeBantuan IPTPermohonan Bantuan Musibah Zakat UKM 2022

Permohonan Bantuan Musibah Zakat UKM 2022

BANTUAN MUSIBAH ZAKAT UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (UKM) 2022

Pihak zakat UKM mengambil maklum dengan amaran cuaca buruk/ bencana banjir yang telah berlaku di beberapa negeri terlibat serta amaran cuaca/ bencana yang dijangka melanda Malaysia.

Justeru, Zakat Universiti mempelawa kepada semua Warga UKM yang ditimpa dengan musibah atau bencana alam seperti banjir, kebakaran, ribut dan lain-lain serta mengakibatkan kerugian, kerosakan kediaman atau harta benda untuk memohon bantuan musibah Zakat sepertimana perincian berikut:

Bantuan Musibah

Sumbangan bantuan kepada pelajar dan kakitangan yang ditimpa dengan musibah atau bencana alam seperti banjir, kebakaran, ribut dan lain-lain.

Syarat Permohonan

Permohonan bagi bantuan ini hendaklah menepati syarat-syarat berikut;

  1. Permohonan adalah pada tahun semasa kejadian
  2. Ditimpa musibah/bencana alam pada diri sendiri atau keluarga (pelajar)

Dokumen yang diperlukan

Berikut adalah dokumen yang diperlukan bagi bantuan ini;

  1. Laporan Polis/ Bomba atau;
  2. Surat Pengesahan Jawatankuasa Kampung/ Ketua Kampung/ Penghulu/Pegawai Daerah
  3. Gambar Kejadian 
  4. Penyata Gajl/Penyata Pencen/Pengesahan Pendapatan bagi IBU dan BAPA/Penjaga/Pasangan (yang berkenaan).

* Bagi pasangan yang tidak bekerja, perlu lampirkan pengesahan tidak bekerja.

Cara Permohonan

Permohonan perlu dibuat melalui atas talian di laman berikut;

https://zakat.ukm.my/

Anda perlu membuat pengesahan diri dengan masukkan Nombor Matrik / UKMPer / Pengenalan dan kata laluan anda pada borang yang dinyatakan.

Info Lanjut dan Pertanyaan

Sebarang pertanyaan, sila hubungi di talian :

• 03-8921 4225 (Kampus Bangi)

• 03-9145 6526 (Kampus Kuala Lumpur)

Pertanyaan lanjut juga boleh dihantar kepada emel kepada : [email protected]

Semoga Bantuan Musibah Zakat UKM ini dapat meringankan beban mereka yang ditimpa musibah atau bencana alam.

Sumber: UKM

Bantuan Musibah Zakat UKM 2022

Bantuan Terkini Kerajaan Perpaduan 2023

Info terkini bantuan semasa daripada Kerajaan, NGO dan lain-lain

RELATED ARTICLES

Most Popular

error: Sorry dah tak boleh copy!