Tuesday, January 24, 2023
HomePermohonan6 Soalan Lazim Bantuan Awal Persekolahan (BAP 2023)

6 Soalan Lazim Bantuan Awal Persekolahan (BAP 2023)

Sebagaimana yang diumumkan oleh Perdana Menteri pada 20 Disember yang lalu, Kerajaan bersetuju untuk menyalurkan Bantuan Awal Persekolahan (BAP 2023) sebanyak RM150.00 kepada semua murid tanpa mengambil kira had pendapatan ibu bapa..

Menteri Kewangan sebelum ini, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz telah mengumumkan bahawa bantuan itu dinaikkan berbanding RM100 tahun ini dan diberi kepada semua murid tanpa had pendapatan ibu bapa.

“Sebagai contoh jika sebuah keluarga mempunyai tiga anak bersekolah, maka mereka layak menerima bantuan RM450.”

“Peruntukan disediakan untuk BAP ini membabitkan peruntukan RM825 juta, jauh melebihi tahun ini RM450 juta,”

Apa itu Bantuan Awal Persekolahan (BAP)

BAP merupakan salah satu daripada bantuan yang disediakan oleh kerajaan bagi meringankan kewangan keluarga yang berpendapatan rendah

Mula diperkenalkan pada tahun 2012, ia bertujuan membantu ibubapa atau penjaga pada awal sesi persekolahan setiap tahun.

Bagi tahun 2023 bantuan ini diberikan kepada semua murid tanpa had pendapatan ibu bapa.

Kerajaan Setuju Bantuan Awal Persekolahan (BAP 2023) tanpa had kelayakan pendapatan

Soalan Lazim Bantuan Awal Persekolahan (BAP 2023)

Berikut merupakan 6 soalan lazim mengenai Bantuan Awal Persekolahan 2023

1. Siapakah murid yang layak menerima BAP 2023?

Bantuan ini diberikan kepada murid-murid berdasarkan kriteria-kriteria seperti berikut: 

  1. Murid warganegara Malaysia;
  2. Murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5 atau yang setaraf dengannya bagi Sesi Persekolahan 2023/2024; dan
  3. Murid bersekolah di :
    1. Sekolah Kerajaan (SK);
    2. Sekolah Bantuan Kerajaan (SBK);
    3. Sekolah Agama;
    4. iv. Sekolah Swasta Persendirian yang berdaftar dengan kerajaan;
    5. Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih;
    6. Sekolah Integriti; dan 
    7. Sekolah Henry Gurney.

2. Bagaimanakah cara BAP disalurkan kepada semua murid?

Peruntukan BAP disalurkan ke akaun Kumpulan Wang Kerajaan sekolah dan pihak sekolah akan membuat agihan tunai kepada murid atau dikreditkan ke dalam akaun.

3. Bilakah bayaran BAP akan mula diberikan kepada murid?

Peruntukan BAP akan dikreditkan ke akaun sekolah seawal 12 Januari 2023 (Khamis) dan pihak sekolah dimohon untuk membuat agihan bantuan tersebut kepada murid sejurus peruntukan diterima oleh sekolah.

4. Adakah murid yang layak perlu mengisi apa-apa dokumen sebelum menerima BAP?

Murid tidak perlu mengisi apa-apa dokumen.

5. Adakah murid yang baru mendaftar masuk ke sekolah pada sesi persekolahan bulan Mac 2023 layak menerima BAP?

Layak sekiranya memenuhi kriteria-kriteria di Soalan 1.

6. Adakah KPM menyediakan talian hotline khusus untuk memberikan penjelasan berkaitan BAP?

Tiada talian hotline khusus tetapi penjelasan BAP boleh dirujuk melalui Surat Pekeliling Kewangan Bilangan 20 Tahun 2020: Bantuan Awal Persekolahan di laman sesawang rasmi KPM.

SUMBER: Kementerian Pendidikan Malaysia

  • Soalan Lazim Bantuan Awal Persekolahan (BAP 2023)_01
  • Soalan Lazim Bantuan Awal Persekolahan (BAP 2023)_02
  • Soalan Lazim Bantuan Awal Persekolahan (BAP 2023)_03

PENAFIAN: Semua yang “kami” kongsikan di halaman ini sekadar panduan dan rujukan para pembaca di laman web ini sahaja. Kami tidak ada kaitan dengan mana-mana agensi kerajaan atau syarikat yang berkaitan dengannya, segala rujukan adalah berpandukan sumber sebagaimana yang disebut.

Soalan Lazim (FAQ)

Apa itu Bantuan Awal Persekolahan?

Bantuan Awal persekolahan (BAP) tahun 2023 diberikan kepada semua murid tanpa mengambil kira had pendapatan ibu bapa.

Berapa Jumlah Yang Diberikan?

RM150 secara sekaligus (one-off).

Bagaimana Cara Ingin Memohon Bantuan Ini?

Tidak ada permohonan untuk bantuan ini. Murid tidak perlu mengisi apa-apa dokumen.

Bilakah tarikh bayaran BAP 2023 di salurkan?

Seawal 12 Januari 2023 (Khamis)

Bantuan Terkini Kerajaan Perpaduan 2023

Info terkini bantuan semasa daripada Kerajaan, NGO dan lain-lain

RELATED ARTICLES

Most Popular

error: Sorry dah tak boleh copy!