Tuesday, January 24, 2023
HomeSemasaKenaikan Gaji Tahunan (KGT) Khas RM100 Penjawat Awam 2023

Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) Khas RM100 Penjawat Awam 2023

[TERKINI] Kerajaan bersetuju untuk meneruskan pemberian Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) Tambahan Khas 2023 sebanyak RM100 kepada semua penjawat awam gred 11 hingga 56.

Pengumuman Kenaikan Gaji Tahunan Khas ini diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam pembentangan Bajet Mini 2023 dalam Sidang Dewan Rakyat pada 20 Disember 2022.

Sebagai makluman, dalam pembentangan Bajet 2023 yang lalu, Kerajaan memperuntukkan RM 1.5 billion untuk Kenaikan Gaji Tambahan Khas 2023 sebanyak RM100 kepada semua penjawat awam Gred 11 hingga 56.

Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) Khas RM100 Bagi Tahun 2023

Dalam pembentangan peruntukan khas (Bajet Mini) di Dewan Rakyat pada 20 Disember 2022, Perdana menteri akan meneruskan KGT ini sebanyak RM100 kepada semua penjawat awam gred 11 hingga 56.

Ini bermakna, jika seorang kakitangan Gred 11 yang bergaji RM 1,600 mendapat Kenaikan Gaji Tahunannya sebanyak RM 80 pada setiap bulan April, bagi tahun hadapan, beliau turut mendapat kenaikan gaji tambahan khas 2023 sebanyak RM 100 bermula pada bulan Januari 2023. 

Ini menjadikan gaji akhir beliau pada tahun 2023 adalah sebanyak 1,780 ringgit dan gaji ini kekal dibawa ke tahun seterusnya.

Intipati Pembentangan Bejet Mini 2023

Selain daripada pengumuman Pembentangan Kenaikan Gaji Tambahan (KGT), Perdana Menteri turut mengumumkan beberapa bantuan lain iaitu;

  • Dewan Rakyat: PM Anwar bentang peruntukan khas (bajet mini) untuk perbelanjaan perkhidmatan berjumlah RM107,718,676,650
  • Mini bajet rangkumi pembayaran gaji penjawat awam, utiliti, biasiswa, bantuan kebajikan serta perkhidmatan pendidikan dan kesihatan
  • Kerajaan setuju salur bantuan awal persekolahan RM150 kepada semua murid tanpa ambil kira had pendapatan ibu bapa pada Januari 2023
  • Bayaran Bantuan Tunai Rakyat 2023 Fasa 1 diterus dan diawalkan pada Januari ini
  • Kerajaan cadang salur bayaran tambahan RM200 Bantuan Musim Tengkujuh kepada pekebun kecil pada Januari ini
  • K’jaan beri KGT Tambahan Khas RM100 kepada penjawat awam Gred 11 ke 56 , Bantuan Kewangan Khas RM700 kepada penjawat awam Gred 56 ke bawah

Lihat juga kadar baharu Bantuan Tunai Rakyat 2023

Bantuan Terkini Kerajaan Perpaduan 2023

Info terkini bantuan semasa daripada Kerajaan, NGO dan lain-lain

RELATED ARTICLES

Most Popular

error: Sorry dah tak boleh copy!