Bantuan Tunai Rakyat (BTR) 2023: Permohonan dan Kemaskini

Bantuan Tunai Rakyat (BTR 2023) yang sebelum ini dinamakan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) akan diteruskan pada tahun 2023. 

Ia diumumkan oleh Perdana Menteri Ke-10 Dato Seri Anwar Ibrahim pada 20 Disember 2022 (Selasa) dalam sidang Dewan Rakyat.

Bagi tahun 2023, Bantuan Tunai Rakyat sehingga RM2,500 bakal dilaksanakan, iaitu jumlah tertinggi setakat ini bagi mengurangkan bebanan rakyat yang terkesan akibat COVID-19.

Bantuan Tunai Rakyat (BTR) diperuntukkan dalam Bajet 2023 akan memberi manfaat kepada 8.7 juta penerima dengan peruntukan RM7.8 bilion.

Apa itu BTR 2023?

Bantuan Tunai Rakyat (BTR) 2023 disalurkan melalui Sumbangan Tunai Rahmah di bawah salah satu inisiatif konsep Payung Rahmah yang bertujuan untuk membantu golongan yang kurang berkemampuan dalam menghadapi cabaran kos sara hidup.

Ia dijenamakan semula bagi bantuan sebelum ini iaitu Bantuan Keluarga Malaysia.

Kategori Baharu STR

Bagi tahun 2023, Kementerian Kewangan telah memperincikan kategori baharu bagi bantuan ini yang terdiri daripada golongan berikut;

  1. Isi Rumah Tiada Had Umur (mengikut bilangan anak)
  2. Warga Emas Sebatang Kara ≥ 60 tahun
  3. Bujang  21-59 tahun
  4. Bujang OKU 19-59 tahun

Tarikh Permohonan Baharu dan Kemaskini

Permohonan baharu dan kemas kini BTR boleh dibuat mulai

  • Secara dalam talian mulai 01 Mac 2023 – 31 Mac 2023
  • Secara borang kertas mulai 08 Mac 2023 – 31 Mac 2023

*Tertakluk kepada pindaan dari semasa ke semasa

Kemas Kini STR

Kemaskini secara atas talian boleh dibuat melalui portal rasmi MySTR https://bantuantunai.hasil.gov.my/

Kemas kini permohonan STR (mobile View) (1)

Cara Kemas Kini

  1. Layari portal rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2023 https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  2. Klik butang Log Masuk bagi membuat Kemas Kini Permohonan.
  3. Masukkan ID Pengguna dan Kata Laluan yang telah didaftarkan. Jika masih belum mendaftar, sila rujuk panduan pengguna – Daftar MySTR 2023
  4. Klik butang Kemas Kini Permohonan setelah berjaya log masuk MySTR.
  5. Lengkapkan maklumat yang diperlukan

Saya adalah penerima STR Fasa 1. Adakah saya perlu membuat kemas kini permohonan STR sekiranya tiada sebarang perubahan maklumat?

Sekiranya permohonan anda wujud di portal STR, anda:

  1. perlu mengemas kini permohonan sekiranya tidak pernah dikemas kini dalam tempoh 3 tahun berturut-turut sepanjang pelaksanaan BSH 2022, BPR 2021 dan BKM 2022 untuk elakkan permohonan tidak dipertimbang;
  2. tidak perlu kemas kini permohonan sekiranya tiada sebarang perubahan maklumat

Walau bagaimanapun sekiranya semakan permohonan anda tidak wujud di Portal STR, anda perlu membuat permohonan baharu.

Sekiranya anda tidak membuat kemas kini, permohonan STR anda akan diproses berdasarkan maklumat sedia ada Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) 2022.

Permohonan Baharu STR

Tempoh pendaftaran STR boleh dibuat mulai:

  1. Secara dalam talian mulai 01 Mac 2023 – 31 Mac 2023
  2. Secara borang kertas mulai 08 Mac 2023 – 31 Mac 2023 (*Tertakluk kepada pindaan dari semasa ke semasa)

Pemohon yang perlu membuat permohonan baharu STR adalah seperti berikut:

  1. Pemohon yang tiada rekod dalam sistem STR; serta
  2. Berpendapatan isi rumah RM5,000 dan ke bawah; atau
  3. Berpendapatan RM2,500 dan ke bawah untuk individu bujang / tiada pasangan / tiada anak yang menepati syarat kelayakan.

Cara Permohonan STR

Kaedah permohonan STR adalah seperti berikut:

  1. Permohonan Secara Dalam Talian
  2. Permohonan Melalui Borang Borang Permohonan STR (BK-01) boleh didapati secara percuma di:
    • Portal Rasmi STR LHDNM; atau
    • Pejabat LHDNM / Pejabat Satelit (PS) / Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM

Penghantaran Borang

Borang STR boleh dibuat di Pejabat LHDNM / Pejabat Satelit (PS) / Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM;

Atau

Penghantaran secara Pos. Namun, terhad kepada borang permohonan yang diterima sehingga tarikh akhir permohonan ke alamat seperti berikut:

Peti Surat STR GPO Shah Alam 40800 Shah Alam SELANGOR

Penghantaran secara faks dan e-mel adalah tidak diterima.

Dokumen Yang Diperlukan

Salinan dokumen sokongan pemohon / pasangan / anak (jika berkaitan) yang perlu dikemukakan adalah seperti berikut:
i. Pemohon:

  1. Salinan Sijil Perkahwinan yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri / JPN; atau
  2. Salinan Sijil Kematian pasangan yang dikeluarkan oleh JPN; atau
  3. Sijil Perceraian / Pembubaran Perkahwinan (asal dan salinan) yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri / JPN; atau
  4. Salinan Sijil Dekri Nisi / Dekri Nisi Mutlak yang dikeluarkan oleh Mahkamah
  5. Salinan Kad OKU yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)

ii. Pasangan:

  1. Salinan pengenalan Pasangan (MyKad / MyPR / MyKAS); atau
  2. Salinan Pasport / Visa / UNHCR / Pas Sempadan

iii. Anak:

  1. Anak Kandung
    • Salinan Sijil Lahir; dan
    • Salinan MyKad / MyKid
  2. Anak Angkat
    • Salinan MyKad / MyKid; dan
    • Salinan Sijil Daftar Anak Angkat yang dikeluarkan oleh JPN

Borang Serahan Dokumen Sokongan STR (BK-04) perlu dilengkapkan dan diserahkan semasa mengemukakan dokumen sokongan berkenaan ke Pejabat LHDNM ATAU boleh memuat naik ke sistem STR semasa permohonan secara dalam talian.

Jumlah Bayaran

Secara keseluruhannya, jumlah bantuan yang diterima adalah berbeza mengikut kategori dan had bilangan anak.

Jumlah Keseluruhan Bayaran STR 2023

Isi rumah dengan pendapatan RM2,500 & ke bawah

  1. Bil anak 0 – RM1,000
  2. Bil anak 1-2 – RM1,500
  3. Bil anak 3-4 – RM2,000
  4. Bil anak 5 dan ke atas  – RM2,500

Isi rumah dengan pendapatan RM2,500 hingga RM5,000

  1. Bil anak 0 – RM500
  2. Bil anak 1-2 – RM750
  3. Bil anak 3-4 – RM1,00
  4. Bil anak 5 dan ke atas  – RM1,200

Warga emas sebatang kara pendapatan bawah RM5,000

  • RM600

Bujang berumur 21-59 tahun

  • RM350

Bujang OKU berumur 19-59 tahun

  • RM350

RM600 Tambahan Bayaran STR

Dalam Belanjawan 2023 baru-baru ini, Perdana Menteri mengumumkan pembaharuan bagi penerima bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) di mana kerajaan akan memberi sumbangan tambahan RM600 kepada isi rumah penerima STR termiskin mengikut data eKasih. 

RM600 sumbangan ini akan disalurkan dalam bentuk bakul makanan dan juga secara baucar untuk barangan makanan asas.

Ini bermakna penerima STR bagi kategori isi rumah miskin tegar akan menerima bayaran maksimun RM3,100 dalam bentuk bantuan kewangan dan bakul makanan serta  baucar makanan.

Kategori penerima STR 2023

Bagi mengetahui sama ada nama anda tersenarai dalam data eKasih sebagai penerima tambahan RM600 Sumbangan Tunai Rahmah (STR), semakan boleh dibuat secara online melalui pautan berikut;

https://ekasih.icu.gov.my/ekasih/Semakan/CarianAwam/Pages/default.aspx

Jadual Pembayaran Mengikut Fasa

Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah akan dilaksanakan 4 kali bagi tahun 2023.

  • Januari 2023 – Fasa 1 (telah dibayar)
  • April 2023 – Fasa 2
  • Julai 2023 – Fasa 3
  • November 2023 – Fasa 4

Jadual di bawah menerangkan secara terperinci pembayaran STR mengikut fasa.

JADUAL PEMBAYARAN STR 2023

Cara Pembayaran

Pembayaran STR Fasa 1 berdasarkan kaedah pembayaran terakhir BKM 2022 seperti berikut:

  1. Kredit ke akaun bank
    Pembayaran akan dikreditkan ke akaun bank penerima / pasangan secara berperingkat.
  2. Tunai di Kaunter BSN

Pembayaran akan dilakukan secara tunai sekiranya:

  • Pembayaran terakhir BKM 2022 adalah secara tunai 
  • Status pengkreditan gagal kredit
  • Tiada maklumat akaun bank.

Soalan Lazim Bantuan Tunai Rakyat

Apa itu Bantuan Tunai Rakyat (BTR 2023)

BTR adalah bantuan tunai Kerajaan yang lebih bersasar kepada golongan yang memerlukan bagi meringankan kos sara hidup dan beban rakyat berpendapatan rendah. 

Berapa Jumlah Bayaran BTR 2023?

RM350 hingga RM2500 mengikut kategori kelayakan masing-masing.

Bilakah Permohonan Baharu dibuka?

1 Mac hingga 31 Mac 2023

Bilakah Tarikh Bayaran

Fasa 1 – Januari 2023
Fasa 2 – April 2023
Fasa 3 – Julai 2023
Fasa 4 – November 2023

Saya adalah penerima STR Fasa 1. Adakah saya perlu membuat kemas kini permohonan STR sekiranya tiada sebarang perubahan maklumat?

Sekiranya permohonan anda wujud di portal STR, anda:
i.     perlu mengemas kini permohonan sekiranya tidak pernah dikemas kini dalam tempoh 3 tahun berturut-turut sepanjang pelaksanaan BSH 2022, BPR 2021 dan BKM 2022 untuk elakkan permohonan tidak dipertimbang;
ii.   tidak perlu kemas kini permohonan sekiranya tiada sebarang perubahan maklumat
 
Walau bagaimanapun sekiranya semakan permohonan anda tidak wujud di Portal STR, anda perlu membuat permohonan baharu.


Bagi mereka yang tidak dapat buat pendaftaran STR secara online, permohonan boleh dibuat secara fizikal dengan menghantar borang mulai 8 Mac 2023.

https://bantuanrakyat.my/borang-str/
Scroll to Top