Sumbangan Tunai Rahmah (STR 2024): Tarikh & Jumlah Baharu

[TERKINI] Sumbangan Tunai Rahmah akan ditingkatkan peruntukannya kepada RM10 bilion (2023: RM8 bilion).

Pengumuman ini dibuat oleh Perdana Menteri ketika Pembentangan Belanjawan 2024 pada 13 Oktober 2023 (Jumaat) dalam sidang Dewan Rakyat.

Hikmah penyasaran semula subsidi, membolehkan Kerajaan menambah baik dan meningkatkan pemberian tunai kepada rakyat melalui Sumbangan Tunai Rahmah (STR). Tahun Hadapan:

  • Pemberian STR akan memanfaat 9 juta penerima atau 60 peratus daripada penduduk dewasa Malaysia.
  • Peruntukan STR meningkat sebanyak 2 bilion ringgit atau 25 peratus iaitu daripada 8 bilion ringgit kepada 10 bilion ringgit.
  • Kadar maksimum STR juga meningkat daripada RM3,100 kepada RM3,700.
  • Kadar minimum STR iaitu untuk golongan belia juga meningkat daripada RM350 ringgit kepada RM500.
  • Bayaran pertama STR untuk isi rumah biasanya maksimum RM300 . Untuk STR 2024, bayaran pertama STR dinaikkan kepada RM500 yang insya-Allah akan disalurkan sebelum Ramadan.

Apa Itu Sumbangan Tunai Rahmah (STR)?

STR merupakan program bantuan tunai untuk B40 di bawah Kementerian Kewangan yang dijenamakan semula kepada Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan akan terus ditambah baik.

Sebelum ini, bantuan ini diberi nama Bantuan Keluarga Malaysia (BKM 2022), Bantuan Prihatin Rakyat (BPR 2021), Bantuan Khas Covid19 (BKC), Bantuan Prihatin Nasional (BPN), Bantuan Sara Hidup (BSH) dan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BRIM).

Semakan Status STR

Semakan status Sumbangan Tunai Rahmah boleh dibuat secara dalam talian (online) melalui kaedah berikut;

  1. Portal rasmi STR: https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  2. Aplikasi Semakan Tunai Rahmah dengan memuat turun di Play Store bagi platform Android dan di App Store bagi platform iOS
  3. Menghubungi LHDM
  4. Menghubungi MOF (Kementerian Kewangan Malaysia
  5. Hadir ke LHDNM yang berhampiran

Cara-caranya adalah sebagaimana berikut;

  • Tekan log masuk MySTR
  • Masukkan Nombor MyKad (12 Digit) pemohon
  • Masukkan pengesahan kata kunci keselamatan
  • Masukkan kata laluan
  • Klik menu semakan pembayaran fasa 2
  • Klik maklumat pembayaran

Permohonan Baharu

STR 2024 juga akan mengambil pendekatan berbeza iaitu Kerajaan akan membuka permohonan baharu seawal November 2023 dan permohonan akan dibuka sepanjang tahun berbanding setahun sekali sebelum ini.

Tarikh Bayaran Pertama STR 2024

Bayaran pertama sehingga 500 ringgit akan dibuat pada bulan Februari 2024.

Kategori Baharu STR

Kategori baharu STR 2024 akan diumumkan selepas ini.

Namun bagi bagi tahun 2023, Kementerian Kewangan telah memperincikan kategori baharu bagi bantuan ini yang terdiri daripada golongan berikut;

  1. Isi Rumah Tiada Had Umur (mengikut bilangan anak)
  2. Warga Emas Sebatang Kara ≥ 60 tahun
  3. Bujang  21-59 tahun
  4. Bujang OKU 19-59 tahun

Kelayakan STR

Secara umumnya penerima yang layak Sumbangan Tunai Rahmah adalah warganegara Malaysia berdasarkan had pendapatan bulanan yang telah ditetapkan.

Penerima STR 2023 yang layak menerima bayaran Fasa 1 adalah merujuk kepada penerima BKM 2022 yang telah disemak silang dengan data kematian pemohon dan pasangan sehingga 31 Disember 2022

Jadual di bawah menerangkan tentang kelayakan penerima berdasarkan kategori, pendapatan bulanan dan bilangan anak.

Kelayakan STR 2023

Jumlah Baharu STR

Jumlah baharu yang diumumkan oleh Perdana Menteri adalah sehingga RM3,700 bagi kategori isi rumah.

Manakala kadar minimum STR iaitu untuk golongan belia juga meningkat daripada RM350 ringgit kepada RM500.

Perincian jumlah baharu ini, akan diumumkan oleh Kementerian Kewangan selepas ini.

sebagai perbandingan, berikut adalah jumlah STR bagi tahun 2023.

Jumlah Keseluruhan Bayaran STR 2023

Isi rumah dengan pendapatan RM2,500 & ke bawah

  1. Bil anak 0 – RM1,000
  2. Bil anak 1-2 – RM1,500
  3. Bil anak 3-4 – RM2,000
  4. Bil anak 5 dan ke atas  – RM2,500

Isi rumah dengan pendapatan RM2,500 hingga RM5,000

  1. Bil anak 0 – RM500
  2. Bil anak 1-2 – RM750
  3. Bil anak 3-4 – RM1,00
  4. Bil anak 5 dan ke atas  – RM1,200

Warga emas sebatang kara pendapatan bawah RM5,000

  • RM600

Bujang berumur 21-59 tahun

  • RM350

Bujang OKU berumur 19-59 tahun

  • RM350

RM600 Tambahan Bayaran STR

Dalam Belanjawan 2023 baru-baru ini, Perdana Menteri mengumumkan pembaharuan bagi penerima bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) di mana kerajaan akan memberi sumbangan tambahan RM600 kepada isi rumah penerima STR termiskin mengikut data eKasih. 

RM600 sumbangan ini akan disalurkan dalam bentuk bakul makanan dan juga secara baucar untuk barangan makanan asas.

Ini bermakna penerima STR bagi kategori isi rumah miskin tegar akan menerima bayaran maksimun RM3,100 dalam bentuk bantuan kewangan dan bakul makanan serta  baucar makanan.

Kategori penerima STR 2023

Bagi mengetahui sama ada nama anda tersenarai dalam data eKasih sebagai penerima tambahan RM600 Sumbangan Tunai Rahmah (STR), semakan boleh dibuat secara online melalui pautan berikut;

https://ekasih.icu.gov.my/ekasih/Semakan/CarianAwam/Pages/default.aspx

Jadual Pembayaran Mengikut Fasa

Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah akan dilaksanakan 4 kali bagi tahun 2023.

  • Januari 2023 – Fasa 1 (telah dibayar)
  • April 2023 – Fasa 2 (telah dibayar)
  • Julai 2023 – Fasa 3
  • November 2023 – Fasa 4

Jadual di bawah menerangkan secara terperinci pembayaran STR mengikut fasa.

JADUAL PEMBAYARAN STR 2023

Cara Pembayaran

Pembayaran STR berdasarkan kaedah pembayaran seperti berikut:

  1. Kredit ke akaun bank
    Pembayaran akan dikreditkan ke akaun bank penerima / pasangan secara berperingkat.
  2. Tunai di Kaunter BSN

Pembayaran akan dilakukan secara tunai sekiranya:

  • Tiada maklumat akaun bank
  • Status pengkreditan gagal kredit

Kemas Kini STR

Kemaskini STR boleh dibuat mulai 1 Mac 2023 sehingga 31 Mac 2023.

Kemaskini boleh dibuat secara atas talian melalui portal rasmi MySTR https://bantuantunai.hasil.gov.my/

Kemas kin permohonan STR (mobile View)

Cara Kemas Kini

  1. Layari portal rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2023 https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  2. Klik butang Log Masuk bagi membuat Kemas Kini Permohonan.
  3. Masukkan ID Pengguna dan Kata Laluan yang telah didaftarkan. Jika masih belum mendaftar, sila rujuk panduan pengguna – Daftar MySTR 2023
  4. Klik butang Kemas Kini Permohonan setelah berjaya log masuk MySTR.
  5. Lengkapkan maklumat yang diperlukan

Saya adalah penerima STR Fasa 1. Adakah saya perlu membuat kemas kini permohonan STR sekiranya tiada sebarang perubahan maklumat?

Sekiranya permohonan anda wujud di portal STR, anda:

  1. perlu mengemas kini permohonan sekiranya tidak pernah dikemas kini dalam tempoh 3 tahun berturut-turut sepanjang pelaksanaan BSH 2022, BPR 2021 dan BKM 2022 untuk elakkan permohonan tidak dipertimbang;
  2. tidak perlu kemas kini permohonan sekiranya tiada sebarang perubahan maklumat

Walau bagaimanapun sekiranya semakan permohonan anda tidak wujud di Portal STR, anda perlu membuat permohonan baharu.

Sekiranya anda tidak membuat kemas kini, permohonan STR anda akan diproses berdasarkan maklumat sedia ada Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) 2022.

Permohonan Baharu STR

Tempoh pendaftaran STR boleh dibuat mulai:

  1. Secara dalam talian mulai 01 Mac 2023 – 31 Mac 2023
  2. Secara borang kertas mulai 08 Mac 2023 – 31 Mac 2023 (*Tertakluk kepada pindaan dari semasa ke semasa)

Pemohon yang perlu membuat permohonan baharu STR adalah seperti berikut:

  1. Pemohon yang tiada rekod dalam sistem STR; serta
  2. Berpendapatan isi rumah RM5,000 dan ke bawah; atau
  3. Berpendapatan RM2,500 dan ke bawah untuk individu bujang / tiada pasangan / tiada anak yang menepati syarat kelayakan.

Cara Permohonan STR

Kaedah permohonan STR adalah seperti berikut:

  1. Permohonan Secara Dalam Talian
  2. Permohonan Melalui Borang Borang Permohonan STR (BK-01) boleh didapati secara percuma di:
    • Portal Rasmi STR LHDNM; atau
    • Pejabat LHDNM / Pejabat Satelit (PS) / Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM

Penghantaran Borang

Borang STR boleh dibuat di Pejabat LHDNM / Pejabat Satelit (PS) / Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM;

Atau

Penghantaran secara Pos. Namun, terhad kepada borang permohonan yang diterima sehingga tarikh akhir permohonan ke alamat seperti berikut:

Peti Surat STR GPO Shah Alam 40800 Shah Alam SELANGOR

Penghantaran secara faks dan e-mel adalah tidak diterima.

Dokumen Yang Diperlukan

Salinan dokumen sokongan pemohon / pasangan / anak (jika berkaitan) yang perlu dikemukakan adalah seperti berikut:
i. Pemohon:

  1. Salinan Sijil Perkahwinan yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri / JPN; atau
  2. Salinan Sijil Kematian pasangan yang dikeluarkan oleh JPN; atau
  3. Sijil Perceraian / Pembubaran Perkahwinan (asal dan salinan) yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri / JPN; atau
  4. Salinan Sijil Dekri Nisi / Dekri Nisi Mutlak yang dikeluarkan oleh Mahkamah
  5. Salinan Kad OKU yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)

ii. Pasangan:

  1. Salinan pengenalan Pasangan (MyKad / MyPR / MyKAS); atau
  2. Salinan Pasport / Visa / UNHCR / Pas Sempadan

iii. Anak:

  1. Anak Kandung
    • Salinan Sijil Lahir; dan
    • Salinan MyKad / MyKid
  2. Anak Angkat
    • Salinan MyKad / MyKid; dan
    • Salinan Sijil Daftar Anak Angkat yang dikeluarkan oleh JPN

Borang Serahan Dokumen Sokongan STR (BK-04) perlu dilengkapkan dan diserahkan semasa mengemukakan dokumen sokongan berkenaan ke Pejabat LHDNM ATAU boleh memuat naik ke sistem STR semasa permohonan secara dalam talian.

Sumber: Kementerian Kewangan Malaysia

Soalan Lazim (FAQ) Sumbangan Tunai Rahmah?

Bagaimana ingin membuat semakan status STR secara online?

Portal rasmi STR: https://bantuantunai.hasil.gov.my/

Berapa jumlah bayaran STR bagi tahun 2023?

Jumlah bantuan yang diterima adalah berbeza mengikut kategori dan had bilangan anak. (sila rujuk jadual)

Bilakah pembayaran dibuat?

Fasa pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah akan dilaksanakan 4 kali bagi tahun 2023.
Fasa 1 – Januari 2023 telah dibayar
Fasa 2 – April 2023 telah dibayar
Fasa 3 – Julai 2023
Fasa 4 – November 2023

Adakah saya perlu membuat kemas kini permohonan STR sekiranya tiada sebarang perubahan maklumat?

Sekiranya permohonan anda wujud di portal STR, anda:
i.     perlu mengemas kini permohonan sekiranya tidak pernah dikemas kini dalam tempoh 3 tahun berturut-turut sepanjang pelaksanaan BSH 2022, BPR 2021 dan BKM 2022 untuk elakkan permohonan tidak dipertimbang;
ii.   tidak perlu kemas kini permohonan sekiranya tiada sebarang perubahan maklumat

Sekiranya saya tidak mengemas kini permohonan STR sepanjang tempoh permohonan dibuka, adakah saya layak menerima STR?

Sekiranya anda tidak membuat kemas kini, permohonan STR anda akan diproses berdasarkan maklumat sedia ada Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) 2022.

Bilakah pendaftaran dan kemas kini STR akan dibuka?

i.    Secara dalam talian mulai 01 Mac 2023 – 31 Mac 2023
ii. Secara borang kertas mulai 08 Mac 2023 – 31 Mac 2023
*Tertakluk kepada pindaan dari semasa ke semasa

Bagaimanakah cara untuk saya membuat permohonan STR?

i.    Permohonan Secara Dalam Talian
a.     Portal Rasmi STR LHDNM, https://bantuantunai.hasil.gov.my; atau
b.     Aplikasi Sumbangan Tunai Rahmah dengan memuat turun di Play Store / App Store pada telefon bimbit

ii. Permohonan Melalui Borang
Borang Permohonan STR (BK-01) boleh didapati secara percuma di:
a.     Portal Rasmi STR LHDNM; atau
b.     Pejabat LHDNM / Pejabat Satelit (PS) / Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM