Memandangkan BKM telah ditukar kepada Sumbangan Tunai Rahmah, ramai yang bertanya bilakah tempoh kemas kini maklumat Sumbangan Tunai Rahmah (STR) akan dibuka.
Sebagai makluman, Bantuan Tunai B40 dijenamakan semula kepada nama baharu iaitu Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dengan usaha ini akan ditambah baik kerajaan bagi membantu golongan .kurang berkemampuan dalam mendepani cabaran kos sara hidup
Untuk STR 2023 ini, ramai yang ingin membuat kemas kini seperti pertambahan ahli keluarga, perubahan status perkahwinan, perceraian dan sebagainya.
Oleh yang demikian, sila baca maklumat berikut dengan teliti agar faham dan jelas tentang kemas kini permohonan bagi Sumbangan Tunai Rahmah ini.
Apa itu STR 2023?
STR 2023 merupakan program bantuan tunai untuk B40 di bawah Kementerian Kewangan yang dijenamakan semula kepada Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan akan terus ditambah baik.
Sebelum ini, bantuan ini diberi nama Bantuan Keluarga Malaysia (BKM 2022), Bantuan Prihatin Rakyat (BPR 2021), Bantuan Khas Covid19 (BKM), Bantuan Prihatin Nasional (BPN), Bantuan Sara Hidup (BSH) dan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BRIM).
Semakan Status STR 2023
Menurut Perdana Menteri Semakan Status STR 2023 boleh dibuat di laman portal rasmi STR melalui pautan berikut;
https://bantuantunai.hasil.gov.my/
Kemas kini STR 2023
Kemaskini STR boleh dibuat mulai 1 Mac 2023 sehingga 31 Mac 2023.
Kemaskini boleh dibuat secara atas talian melalui portal rasmi MySTR https://bantuantunai.hasil.gov.my/

Cara Kemas Kini
- Layari portal rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2023 https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Klik butang Log Masuk bagi membuat Kemas Kini Permohonan.
- Masukkan ID Pengguna dan Kata Laluan yang telah didaftarkan. Jika masih belum mendaftar, sila rujuk panduan pengguna – Daftar MySTR 2023
- Klik butang Kemas Kini Permohonan setelah berjaya log masuk MySTR.
- Lengkapkan maklumat yang diperlukan
Saya adalah penerima STR Fasa 1. Adakah saya perlu membuat kemas kini permohonan STR sekiranya tiada sebarang perubahan maklumat?
Sekiranya permohonan anda wujud di portal STR, anda:
- perlu mengemas kini permohonan sekiranya tidak pernah dikemas kini dalam tempoh 3 tahun berturut-turut sepanjang pelaksanaan BSH 2022, BPR 2021 dan BKM 2022 untuk elakkan permohonan tidak dipertimbang;
- tidak perlu kemas kini permohonan sekiranya tiada sebarang perubahan maklumat
Walau bagaimanapun sekiranya semakan permohonan anda tidak wujud di Portal STR, anda perlu membuat permohonan baharu.
Sekiranya anda tidak membuat kemas kini, permohonan STR anda akan diproses berdasarkan maklumat sedia ada Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) 2022.
Permohonan Baharu STR
Tempoh pendaftaran STR boleh dibuat mulai:
- Secara dalam talian mulai 01 Mac 2023 – 31 Mac 2023
- Secara borang kertas mulai 08 Mac 2023 – 31 Mac 2023 (*Tertakluk kepada pindaan dari semasa ke semasa)
Pemohon yang perlu membuat permohonan baharu STR adalah seperti berikut:
- Pemohon yang tiada rekod dalam sistem STR; serta
- Berpendapatan isi rumah RM5,000 dan ke bawah; atau
- Berpendapatan RM2,500 dan ke bawah untuk individu bujang / tiada pasangan / tiada anak yang menepati syarat kelayakan.
Cara Permohonan STR
Kaedah permohonan STR adalah seperti berikut:
- Permohonan Secara Dalam Talian
- Portal Rasmi STR LHDNM, https://bantuantunai.hasil.gov.my; atau
- Aplikasi Sumbangan Tunai Rahmah dengan memuat turun di Play Store / App Store pada telefon bimbit
- Permohonan Melalui Borang Borang Permohonan STR (BK-01) boleh didapati secara percuma di:
- Portal Rasmi STR LHDNM; atau
- Pejabat LHDNM / Pejabat Satelit (PS) / Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM
Penghantaran Borang
Borang STR boleh dibuat di Pejabat LHDNM / Pejabat Satelit (PS) / Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM;
Atau
Penghantaran secara Pos. Namun, terhad kepada borang permohonan yang diterima sehingga tarikh akhir permohonan ke alamat seperti berikut:
Peti Surat STR GPO Shah Alam 40800 Shah Alam SELANGOR
Penghantaran secara faks dan e-mel adalah tidak diterima.
Dokumen Yang Diperlukan
Salinan dokumen sokongan pemohon / pasangan / anak (jika berkaitan) yang perlu dikemukakan adalah seperti berikut:
i. Pemohon:
- Salinan Sijil Perkahwinan yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri / JPN; atau
- Salinan Sijil Kematian pasangan yang dikeluarkan oleh JPN; atau
- Sijil Perceraian / Pembubaran Perkahwinan (asal dan salinan) yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri / JPN; atau
- Salinan Sijil Dekri Nisi / Dekri Nisi Mutlak yang dikeluarkan oleh Mahkamah
- Salinan Kad OKU yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)
ii. Pasangan:
- Salinan pengenalan Pasangan (MyKad / MyPR / MyKAS); atau
- Salinan Pasport / Visa / UNHCR / Pas Sempadan
iii. Anak:
- Anak Kandung
- Salinan Sijil Lahir; dan
- Salinan MyKad / MyKid
- Anak Angkat
- Salinan MyKad / MyKid; dan
- Salinan Sijil Daftar Anak Angkat yang dikeluarkan oleh JPN
Borang Serahan Dokumen Sokongan STR (BK-04) perlu dilengkapkan dan diserahkan semasa mengemukakan dokumen sokongan berkenaan ke Pejabat LHDNM ATAU boleh memuat naik ke sistem STR semasa permohonan secara dalam talian.
Kelayakan STR
Secara umumnya penerima yang layak Sumbangan Tunai Rahmah adalah warganegara Malaysia berdasarkan had pendapatan bulanan yang telah ditetapkan.
Penerima STR 2023 yang layak menerima bayaran Fasa 1 adalah merujuk kepada penerima BKM 2022 yang telah disemak silang dengan data kematian pemohon dan pasangan sehingga 31 Disember 2022
Jadual di bawah menerangkan tentang kelayakan penerima berdasarkan kategori, pendapatan bulanan dan bilangan anak.

Jumlah Bayaran
Secara keseluruhannya, jumlah bantuan yang diterima adalah berbeza mengikut kategori dan had bilangan anak.

Isi rumah dengan pendapatan RM2,500 & ke bawah
- Bil anak 0 – RM1,000
- Bil anak 1-2 – RM1,500
- Bil anak 3-4 – RM2,000
- Bil anak 5 dan ke atas – RM2,500
Isi rumah dengan pendapatan RM2,500 hingga RM5,000
- Bil anak 0 – RM500
- Bil anak 1-2 – RM650
- Bil anak 3-4 – RM1,00
- Bil anak 5 dan ke atas – RM1,200
Warga emas sebatang kara pendapatan bawah RM5,000
- RM600
Bujang berumur 21-59 tahun
- RM350
Bujang OKU berumur 19-59 tahun
- RM350
RM600 Tambahan Bayaran STR
Dalam Belanjawan 2023 baru-baru ini, Perdana Menteri mengumumkan pembaharuan bagi penerima bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) di mana kerajaan akan memberi sumbangan tambahan RM600 kepada isi rumah penerima STR termiskin mengikut data eKasih.
RM600 sumbangan ini akan disalurkan dalam bentuk bakul makanan dan juga secara baucar untuk barangan makanan asas.
Ini bermakna penerima STR bagi kategori isi rumah miskin tegar akan menerima bayaran maksimun RM3,100 dalam bentuk bantuan kewangan dan bakul makanan serta baucar makanan.
Bagi mengetahui sama ada nama anda tersenarai dalam data eKasih sebagai penerima tambahan RM600 Sumbangan Tunai Rahmah (STR), semakan boleh dibuat secara online melalui pautan berikut;
https://ekasih.icu.gov.my/ekasih/Semakan/CarianAwam/Pages/default.aspx
Jadual Pembayaran Mengikut Fasa
Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah akan dilaksanakan 4 kali bagi tahun 2023.
Januari 2023 – Fasa 1 (telah dibayar)- April 2023 – Fasa 2
- Julai 2023 – Fasa 3
- November 2023 – Fasa 4
Jadual di bawah menerangkan secara terperinci pembayaran STR mengikut fasa.

Cara Bayaran
Pembayaran STR Fasa 1 akan dikreditkan ke dalam akaun bank penerima yang berdaftar di dalam pangkalan data STR secara berperingkat mulai 17 Januari 2023 (Selasa).
Penerima STR di kawasan pedalaman termasuk Sabah dan Sarawak yang mempunyai akaun bank atau tiada akaun bank akan turut menerima pembayaran ini pada tarikh yang sama.
Penerima STR yang tiada akaun bank juga boleh membuat penunaian di Cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai 17 Januari 2023.
Sumber: Facebook Perdana Menteri
Soalan Lazim FAQ
STR 2023 merupakan program bantuan tunai untuk B40 di bawah Kementerian Kewangan yang dijenamakan semula kepada Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan akan terus ditambah baik.
Mulai 1 Mac 2023 hingga 31 Mac 2023
https://bantuantunai.hasil.gov.my
Sekiranya permohonan anda wujud di portal STR, anda:
i. perlu mengemas kini permohonan sekiranya tidak pernah dikemas kini dalam tempoh 3 tahun berturut-turut sepanjang pelaksanaan BSH 2022, BPR 2021 dan BKM 2022 untuk elakkan permohonan tidak dipertimbang;
ii. tidak perlu kemas kini permohonan sekiranya tiada sebarang perubahan maklumat
Walau bagaimanapun sekiranya semakan permohonan anda tidak wujud di Portal STR, anda perlu membuat permohonan baharu.
Sekiranya anda tidak membuat kemas kini, permohonan STR anda akan diproses berdasarkan maklumat sedia ada Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) 2022.
Pemohon yang perlu membuat permohonan baharu STR adalah seperti berikut:
i. Pemohon yang tiada rekod dalam sistem STR; serta
ii. Berpendapatan isi rumah RM5,000 dan ke bawah; atau
iii. Berpendapatan RM2,500 dan ke bawah untuk individu bujang / tiada pasangan / tiada anak yang menepati syarat kelayakan.