Berita baik buat anak-anak negeri Perak yang ingin melanjutkan pengajian dalam dan luar negara, Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk) membuka permohonan Dermasiswa Dalam dan Luar Negara kepada pemohon-pemohon yang berkelayakan.
Permohonan bantuan ini hendaklah dibuat secara atas talian (online) melalui laman web yang disediakan.
Berikut merupakan maklumat lanjut mengenai bantuan dermasiswa yang dimaksudkan.
Apa Itu Dermasiswa Dalam & Luar Negara MAIPk
Skim Dermasiswa adalah bantuan penajaan pendidikan di bawah asnaf fisabilillah yang disediakan oleh Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk) kepada pelajar-pelajar yang melanjutkan pengajian dalam bidang Pengajian Islam di institusi pengajian tinggi sama ada di dalam atau di luar negara.
Syarat Umum Kelayakan:
- Warganegara Malaysia;
- Beragama Islam; dan
- Penjaga bermastautin di negeri Perak;
Syarat Kelayakan Bagi Dermasiswa Dalam Negara MAIPk
Ijazah Sarjana Muda / Diploma Syariah, Ushuluddin dan lain-lain bidang di dalam Pengajian Islam;
- Tertakluk kepada keputusan peperiksaan terkini dengan keputusan minimum PNG 3.00.
- Institusi Pengajian Tinggi Awam atau Swasta : Berdaftar dengan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).
- Mendapat pengiktirafan di bawah Malaysian Qualification Accredition (MQA).
- Subjek teras Pengajian Islam bagi keseluruhan subjek yang diambil sepanjang tempoh pengajian hendaklah melebihi 50%.
Pondok / Tahfiz- Pengajian Islam
- Tersenarai sebagai pondok/ tahfiz Kerajaan Negeri/ swasta di pihak berkuasa negeri.
- Dihadkan kepada pemohon berumur 13 hingga 25 tahun sahaja.
Syarat-syarat Umum Bantuan Dermasiswa Luar Negara
- Beragama Islam
- Bermastautin di Negeri Perak tidak kurang dari 3 bulan.
- Warganegara Malaysia atau Pemastautin Tetap.
- Berumur 18 tahun dan ke atas;
- Mendapat tawaran belajar dari Institusi Pengajian Tinggi (IPT) Luar Negara yang diiktiraf oleh Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT) kecuali pengajian pondok;
- Mendapat tawaran kursus yang memperolehi pengiktirafan Sijil Perakuan Akreditasi daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) kecuali pengajian pondok;
- Mendaftar dan mendapat tawaran belajar ke luar negara daripada Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) kecuali pengajian pondok;
- Memenuhi syarat kelayakan minimum yang ditetapkan serta telah disahkan berjaya melepasi syarat kelayakan permohonan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) kecuali pengajian pondok;
- Tempoh pengajian hendaklah tidak kurang daripada setahun secara sepenuh masa;
- Hanya bidang berkaitan pengajian Islam sahaja yang layak;
- Pemohon tidak menerima tajaan, biasiswa, atau pinjaman dari mana-mana agensi lain; dan
- Keutamaan kepada ibu bapa / penjaga pemohon yang tergolong dalam asnaf Fakir atau Miskin serta tidak berkemampuan untuk membiayai kos pengajian.
Cara Memohon
Permohonan Dermasiswa boleh dibuat secara atas talian (online) melalui portal rasmi Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk) atau di pautan
http://online.maiamp.gov.my/bantuanmaipk/
Perhatian ! Permohonan Skim Dermasiswa Dalam Negara dan Skim Dermasiswa Luar Negara wajib diisi atas nama pelajar.
Pemohon yang belum mempunyai akaun, perlu klik DAFTAR BARU bagi membuat permohonan.
Panduan Memohon
- Daftar Masuk untuk mendapatkan akaun untuk log masuk sistem.
- Lengkapkan maklumat peribadi.
- Klik permohonan dan pilih skim bantuan untuk semakan kelayakan.
- Lengkapkan maklumat pasangan, ibu bapa/penjaga, tanggungan, pendapatan.
- Lengkapkan maklumat tambahan berdasarkan skim yang dipohon.
- Lengkapkan dokumen-dokumen yang diperlukan.
- Sekiranya permohonan telah lengkap, klik hantar permohonan.
Info Lanjut dan Pertanyaan
Untuk makluman lanjut, sila hubungi: 019-5711383 (Unit Pemerkasaan Pendidikan Asnaf, MAIPk) |
Sumber: Zakat Perak-MAIPk
