Majlis Agama Islam & ‘Adat Melayu Perak (MAIPk) membuka permohonan kepada keluarga yang berkelayakan bagi memohon Bantuan Persekolahan bagi tahun 2023.
Terdapat 3 kategori persekolahan yang layak memohon bantuan ini iaitu sekolah rendah, sekolah menengah dan STAM / STPM / Kolej / Vokasional.
Pemohon yang berkelayakan bolehlah memohon bantuan ini sebelum tarikh tutup permohonan.
Skim Bantuan Persekolahan MAIPk
Bantuan Persekolahan adalah skim bantuan di bawah asnaf Fakir Miskin. Bantuan adalah dalam bentuk kewangan dan akan disalurkan melalui pihak sekolah kepada pelajar yang layak.
Tarikh Tutup Permohonan
Permohonan Bantuan Persekolahan MAIPk ditutup pada 28 Februari 2023 (Selasa)
Syarat Permohonan
Berikut merupakan syarat permohonan bagi skim bantuan ini;
- Beragama Islam
- Warganegara Malaysia / Penduduk Tetap
- Pemohon mestilah bermastautin di dalam Negeri Perak
- Pendapatan bulanan isi rumah tidak melebihi had kifayah (had kecukupan)
Pelajar yang telah menerima Bantuan Persekolahan tahun 2022 tidak perlu membuat permohonan. Permohonan hanya melibatkan tiga (3) kategori berikut:
- Kemasukan ke darjah 1 sesi persekolahan tahun 2023
- Kemasukan ke tingkatan 1 sesi persekolahan tahun 2023
- Pelajar yang terlibat dengan pertukaran sekolah
Cara Memohon
Jika anda tergolong dalam 3 kategori yang disebutkan dan menepati syarat di atas, boleh dapatkan borang permohonan di pejabat-pejabat pentadbiran MAIPk yang berdekatan dan hantarkan sebelum tarikh tutup.
Borang juga boleh diperoleh melalui portal rasmi MAIPk melalui pautan https://bit.ly/3QvuRDy
Atau download borang BORANG MAIPk 4a melalui pautan berikut;
Prosedur Mengisi Borang
- Borang permohonan mesti diisi dengan menggunakan HURUF BESAR.
- Setiap permohonan mestilah dibuat atas nama pelajar.
- Hanya borang yang lengkap akan diproses.
- Borang permohonan hendaklah dihantar ke Pejabat Pentadbiran MAIPk Daerah mengikut alamat tempat tinggal.
- Permohonan hendaklah dihantar mengikut tempoh yang telah ditetapkan.
Penghantaran Borang
Borang permohonan perlu dihantar mengikut alamat tempat tinggal ke pejabat pentadbiran MAIPk seperti alamat di bawah;
IPOH (IBU PEJABAT) Majlis Agama Islam Dan ‘Adat Melayu Perak Tingkat 1, Kompleks Islam Darul Ridzuan Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab 30000 Ipoh, Perak Darul Ridzuan. Tel: 05-208 4000 Faks: 05-241 4257 BATU GAJAH Majlis Agama Islam Dan ‘Adat Melayu Perak Pejabat Pentadbiran Daerah Batu Gajah No. 27, Jalan Mat Saman 31000 Batu Gajah Tel: 05-365 1290 Faks: 05-365 3504 BAGAN SERAI Majlis Agama Islam Dan ‘Adat Melayu Perak Pejabat Pentadbiran Daerah Bagan Serai Jalan Matang Buluh 34300 Bagan Serai Tel: 05-721 2926 Faks: 05-721 9862 PARIT BUNTAR Majlis Agama Islam Dan ‘Adat Melayu Perak Pejabat Pentadbiran Daerah Parit Buntar JKR 1540N, Jalan Persiaran Permai Taman Kerian Permai 34200 Parit Buntar Tel: 05-716 7090 Faks: 05-716 2141 SERI ISKANDAR Majlis Agama Islam Dan ‘Adat Melayu Perak Pejabat Pentadbiran Daerah Seri Iskandar No 3 & 3A, Jalan PP7, Bandar Universiti 32610 Seri Iskandar Tel: 05-366 5310 Faks: 05-366 3445 KAMPONG GAJAH Majlis Agama Islam Dan ‘Adat Melayu Perak Pejabat Pentadbiran Daerah Kampong Gajah Tingkat 2, Kompleks Pentadbiran Daerah Jalan Tanjung Tualang 36800 Kampong Gajah Tel: 05-631 2208 Faks: 05-631 3078 LENGGONG Majlis Agama Islam Dan ‘Adat Melayu Perak Pejabat Pentadbiran Daerah Lenggong Jalan Alang Iskandar 33400 Lenggong Tel: 05-767 8869 Faks: 05-767 8542 PENGKALAN HULU Majlis Agama Islam Dan ‘Adat Melayu Perak Pejabat Pentadbiran Daerah Pengkalan Hulu Jalan Tasek 33100 Pengkalan Hulu Tel: 04-477 8077 Faks: 04-477 8917 KUALA KANGSAR Majlis Agama Islam Dan ‘Adat Melayu Perak Pejabat Pentadbiran Daerah Kuala Kangsar Jalan Raja Chulan 33000 Kuala Kangsar Tel: 05-776 8371 Faks: 05-777 3400 TAIPING Majlis Agama Islam Dan ‘Adat Melayu Perak Pejabat Pentadbiran Daerah Taiping Jalan Muzium Hulu 34000 Taiping Tel: 05-806 6564 Faks: 05-805 8048 SELAMA Majlis Agama Islam Dan ‘Adat Melayu Perak Pejabat Pentadbiran Daerah Selama Lot 463, Jalan Wan Mohd Razally 34100 Selama Tel: 05-839 3744 Faks: 05-839 1064 MANJUNG Majlis Agama Islam Dan ‘Adat Melayu Perak Pejabat Pentadbiran Daerah Manjung No. 7 & 7A, Persiaran PM 3/6, Pusat Bandar Seksyen 3 32040 Seri Manjung Tel: 05-688 6957 Faks: 05-688 7599 KAMPAR Majlis Agama Islam Dan ‘Adat Melayu Perak Pejabat Pentadbiran Daerah Kampar Lot 105 &106 Jalan Idris 31900 Kampar Tel: 05-465 1143 Faks: 05-465 1151 MUALLIM Majlis Agama Islam Dan ‘Adat Melayu Perak Pejabat Pentadbiran Daerah Muallim Jalan Rumah Rehat 35800 Slim River Tel: 05-452 0653 Faks: 05-452 6221 TAPAH Majlis Agama Islam Dan ‘Adat Melayu Perak Pejabat Pentadbiran Daerah Tapah Lot 569, Jalan Bukit Baldwin 35000 Tapah Tel: 05-401 4858 Faks: 05-401 0490 TELUK INTAN Majlis Agama Islam Dan ‘Adat Melayu Perak Pejabat Pentadbiran Daerah Teluk Intan Kompleks Tadbiran Agama Islam Jalan Raja Musa 36000 Teluk Intan Tel: 05-621 6194 Faks: 05-621 2263 GERIK Majlis Agama Islam Dan ‘Adat Melayu Perak Pejabat Pentadbiran Daerah Gerik Jalan Haji Meor Yahya 33300 Gerik Tel: 05-791 3755 Faks: 05-791 0137 BAGAN DATOH Majlis Agama Islam Dan ‘Adat Melayu Perak Pejabat Pentadbiran Daerah Bagan Datoh Rumah Kedai Pekan Selekoh 36200 Selekoh |
Sumber: Zakat Perak-MAIPk
