Semakan Status Sumbangan Tunai Rahmah (STR 2023) Fasa 1 Kategori Keluarga dan Bujang
[Terkini] Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim pada 16 Januari 2023 telah mengumumkan tarikh dan pembayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR 2023) Fasa 1.
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 Bernilai RM1.67 Bilion akan mula dibayar secara berperingkat Mulai 17 Januari 2023 (Selasa).
Dalam usaha mengurangkan beban rakyat, Kerajaan Perpaduan menekankan pendekatan rahmah dalam membela nasib rakyat susah terutamanya golongan rentan dan mudah terjejas.
Selaras dengan itu, Kerajaan telah memperkenalkan konsep Payung Rahmah sebagai induk kepada initiatif-initiatif membantu golongan kurang berkemampuan dalam mendepani cabaran kos sara hidup.
Apa Itu Sumbangan Tunai Rahmah (STR 2023)?
STR 2023 merupakan program bantuan tunai untuk B40 di bawah Kementerian Kewangan yang dijenamakan semula kepada Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan akan terus ditambah baik.
Sebelum ini, bantuan ini diberi nama Bantuan Keluarga Malaysia (BKM 2022), Bantuan Prihatin Rakyat (BPR 2021), Bantuan Khas Covid19 (BKM), Bantuan Prihatin Nasional (BPN), Bantuan Sara Hidup (BSH) dan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BRIM).
Tarikh Pembayaran
Bayaran STR Fasa 1 untuk golongan B40 diawalkan kepada bulan Januari 2023 berbanding perancangan awal pada bulan Mac 2023 bagi meringankan beban sara hidup rakyat.
Pembayaran STR Fasa 1 kepada 8.7 juta golongan B40 bernilai RM1.67 bilion akan dikreditkan ke dalam akaun bank penerima yang berdaftar di dalam pangkalan data STR secara berperingkat mulai 17 Januari 2023 (Selasa).
Penerima STR di kawasan pedalaman termasuk Sabah dan Sarawak yang mempunyai akaun bank atau tiada akaun bank akan turut menerima pembayaran ini pada tarikh yang sama.
Penerima STR yang tiada akaun bank juga boleh membuat penunaian di Cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai 17 Januari 2023.

Semakan Sumbangan Tunai Rahmah (STR 2023)
Semakan status pembayaran akan dibuka mulai 17 Januari 2023 melalui pautan https://bantuantunai.hasil.gov.my.
- Klik Log Masuk MySTR
- Masukkan Nombor MyKad Pemohon
- Pengesahan Kata Kunci Keselamatan
- Masukkan Kata Laluan
- Klik Menu Semakan Pembayaran Fasa 1
- Maklumat yang akan dipaparkan
- Nama Pemohon
- No Mykad Pemohon
- Status Permohonan
- Maklumat Pembayaran Fasa 1 (jika layak bayaran fasa 1)
Kata Laluan MySTR adalah berdasarkan maklumat pada MyBKM 2022.
Jumlah Pembayaran
Terdapat 3 kategori penerima bagi fasa 1 Sumbangan Tunai Rahmah (STR 2023) iaitu;
- Isi rumah
- Kahwin
- Ibu Bapa Tunggal (IBT) mempunyai anak
- Warga emas tiada pasangan
- Bujang
Bagi fasa 1 ini jumlah pembayaran adalah sebagaimana berikut;
Kategori | Jumlah |
Isi Rumah – Kahwin – Ibu Bapa Tunggal mempunyai Anak | RM300 |
Warga Emas Tiada Pasangan | RM100 |
Bujang | RM100 |

Kaedah Pembayaran
Pembayaran STR Fasa 1 akan dikreditkan ke dalam akaun bank penerima yang berdaftar di dalam pangkalan data STR secara berperingkat mulai 17 Januari 2023 (Selasa).
Penerima STR di kawasan pedalaman termasuk Sabah dan Sarawak yang mempunyai akaun bank atau tiada akaun bank akan turut menerima pembayaran ini pada tarikh yang sama.
Penerima STR yang tiada akaun bank juga boleh membuat penunaian di Cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai 17 Januari 2023.
Kenyataan Media Sumbangan Tunai Rahmah

Sumber: Facebook Perdana Menteri
Soalan Lazim FAQ
STR 2023 merupakan program bantuan tunai untuk B40 di bawah Kementerian Kewangan yang dijenamakan semula kepada Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan akan terus ditambah baik.
Mulai 17 Januari 2023 (Selasa)
Isi rumah – RM300
Warga emas tiada pasangan – RM100
Bujang – RM100
https://bantuantunai.hasil.gov.my