Ini adalah maklumat penting bagi penerima bantuan Kerajaan melalui Sumbangan Tunai Rahmah (STR) kategori bujang yang perlu diketahui bagi tahun 2023.
Untuk bantuan STR Bujang ini, soalan yang sering ditanya adalah berapa jumlah yang diperoleh? Bilakah tarikh pembayaran, bagaimana cara membuat semakan dan sebagainya.
Oleh yang demikian, sila baca maklumat berikut dengan teliti agar faham dan jelas tentang pembayaran bagi Sumbangan Tunai Rahmah ini.
Apakah Itu Sumbangan Tunai Rahmah (STR)?
STR 2023 merupakan program bantuan tunai untuk B40 di bawah Kementerian Kewangan yang dijenamakan semula kepada Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan akan terus ditambah baik.
Untuk makluman semua, ada yang memanggil bantuan ini sebagai Bantuan Tunai Rakyat (BTR), namun nama rasmi yang diumumkan oleh Perdana Menteri pada Januari yang lalu adalah Sumbangan Tunai Rahmah (STR).
Oleh itu jangan keliru antara BTR dan STR.
Golongan Bujang merupakan antara kategori penerima bantuan ini selain daripada kategori isi rumah dan warga emas sebatang kara berumur 60 tahun ke atas
Secara umumnya pembayaran STR akan dilaksanakan 4 kali setahun
Kelayakan Bujang untuk Menerima STR
Individu bujang yang layak menerima STR adalah;
- Bujang atau Bujang OKU
- Had umur adalah 21-59 bagi Bujang dan 19-59 bagi Bujang OKU
- Pendapatan RM2,500 dan ke bawah.
Semakan Kelayakan STR
Semakan status STR fasa boleh dibuat secara dalam talian (online) melalui kaedah berikut;
- Portal rasmi STR: https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Aplikasi Semakan Tunai Rahmah dengan memuat turun di Play Store bagi platform Android dan di App Store bagi platform iOS
- Menghubungi LHDM
- Menghubungi MOF (Kementerian Kewangan Malaysia
- Hadir ke LHDNM yang berhampiran
Cara-caranya adalah sebagaimana berikut;
- Layari https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Klik Log Masuk MySTR
- Masukkan Nombor MyKad Pemohon
- Pengesahan Kata Kunci Keselamatan
- Masukkan Kata Laluan
- Klik Semakan Status
- Klik Maklumat Bayaran
Sekiranya layak STR fasa 3, maklumat yang akan dipaparkan adalah sebagaimana berikut;
- Tarikh Kredit
- No.Pengenalan Akaun Dikredit
- Nama Fasa
- Jumlah Dikredit
- Status Kredit
- Nama Bank
- No Akaun
- Kod Tidak Berjaya
- Tarikh Tunai
Tarikh Bayaran Kategori Bujang Fasa 3?
Secara rasminya tarikh bayaran STR Fasa 3 adalah mulai hari Isnin 26 Jun 2023.
Bayaran ini akan dibuat secara berperingkat mengikut bank masing-masing.
Bagi mereka yang mempunyai akaun bank, tarikh pembayaran adalah mulai 26 Jun hingga 5 Julai 2023 yang akan dikreditkan ke dalam akaun masing-masing.
Manakala bagi yang tiada akaun bank (termasuk di Sabah & Sarawak), pembayaran tunai melalui cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai 26 Jun 2023 (Isnin).
Namun begitu, beberapa netizen di Facebook mendakwa ada yang sudah menerima bayaran awal terutamanya penerima STR mendaftar akaun melalui CIMB dan MAYBANK dalam permohonan bantuan mereka.
Kenapa Duit STR Belum Masuk?
Dengan lebih 8 juta penerima dan pembayaran berjumlah lebih RM2 bilion, sudah pasti ia akan mengambil sedikit masa sebelum dikreditkan ke dalam akaun masing-masing.
Jadi kalau belum masuk lagi pada pada hari ini, jangan risau kerana bayaran dibuat secara berperingkat. Ini kerana jumlah yang besar dan bilangan penerima yang ramai ini memerlukan sedikit masa pembayaran.
Sekiranya anda lewat menerima bayaran ini, diharapkan bersabar kerana pembayaran dibuat mengikut bank masing-masing.
Jumlah Bayaran Kategori Bujang Fasa 3?
Untuk fasa 3, terdapat 2 kategori penerima iaitu;
- Penerima Pembayaran STR Fasa 1 dan Fasa 2
- Penerima bagi Permohonan Baharu STR / Bukan Penerima Fasa 1 dan Fasa 2
Jumlah Bayaran Bagi Penerima Pembayaran STR Fasa 1 dan Fasa 2
Bagi penerima bujang sedia ada iaitu penerima bayaran STR fasa 1 dan fasa 2, jumlah bayaran adalah sebagaimana berikut;
- Bujang berumur 21-59 tahun = RM150
Untuk makluman bagi kategori bujang, fasa 3 merupakan pembayaran terakhir bagi golongan ini kerana untuk fasa 4 tiada lagi bayaran bagi kategori bujang.
Untuk kategori-kategori lagi, sila lihat jadual terkini bayaran yang dikeluarkan oleh LHDNM;
Jumlah Bayaran Bagi Penerima Permohonan Baharu STR / Bukan Penerima Fasa 1 dan Fasa 2
Bagi penerima bujang untuk permohonan baharu STR (bukan penerima fasa 1 dan fasa 2), jumlah bayaran adalah sebagaimana berikut;
- Bujang berumur 21-59 tahun = RM150
Berbanding penerima sedia ada, penerima permohonan baharu STR masih mempunyai baki RM200 yang akan diterima pada fasa 4 nanti. Ini kerana, sebelum ini penerima permohonan baru tidak dapat untuk fasa 1 dan fasa 2.
Untuk lebih detail, sila lihat jadual terkini bayaran yang dikeluarkan oleh LHDNM;
Kaedah Pembayaran
Kaedah pembayaran STR fasa 3 akan dikreditkan ke dalam akaun bank penerima yang berdaftar di dalam pangkalan data STR secara berperingkat mulai 26 Jun hingga 5 Julai 2023.
Penerima STR yang tiada akaun bank (termasuk Sabah dan Sarawak) pembayaran tunai melalui cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai 26 Jun 2023 (Isnin).
Pembayaran STR Fasa 3 Melalui BSN
Pembayaran STR fasa 3 melalui pengkreditan ke dalam akaun BSN akan dilakukan secara berperingkat berdasarkan maklumat penerima yang telah dikemukakan oleh LHDNM kepada BSN.
Pelanggan dinasihatkan untuk membuat semakan akaun masing-masing melalui perbankan internet myBSN atau Mesin Teler Automatik (ATM) BSN.
Semakan secara perbankan melalui myBSN boleh dibuat melalui portal rasmi berikut;
https://www.mybsn.com.my/mybsn/login/login.do
Bayaran STR Fasa 3 secara tunai pula akan turut dilakukan mulai 26 Jun 2023 (Isnin) di seluruh Cawangan BSN. Pelanggan perlu membawa kad pengenalan untuk tujuan pengesahan.
Hanya wakil yang didaftarkan sahaja dibenarkan untuk mewakili penerima bagi penunaian STR.
Rujuk laman sesawang STR untuk maklumat lanjut.
Sila hubungi Pusat Perhubungan Pelanggan BSN melalui talian 1300-88-1900 sekiranya anda memerlukan bantuan lanjut.
Info dan Pertanyaan Mengenai STR
Talian Bantuan Khas Kerajaan
Hotline STR LHDNM
- 1-800-88-2747 (Waktu Operasi : 9.00 pagi – 5.00 petang)
Hotline STR MOF
- 03-8882 4565
- 03-8882 4566
e-Mel
Alamat
- Sekretariat STR, Pejabat Belanjawan Negara
Kementerian Kewangan Malaysia
(MOF), Presint 2, 62592 Putrajaya.
Soalan Lazim STR Bujang
Apakah Kelayakan Bujang untuk Menerima STR?
1. Bujang atau Bujang OKU
2. Had umur 21-59 bagi Bujang dan 19-59 bagi Bujang OKU
3. Pendapatan RM2,500 dan ke bawah.
https://bantuantunai.hasil.gov.my/
RM150 untuk fasa 3.
Jumlah keseluruhan adalah RM350
Januari Fasa 1= RM100 (Telah di bayar)
April Fasa 2 = RM100 (telah dibayar)
Jun Fasa 3 = RM150
November Fasa 4 = Tiada Bayaran bagi penerima lama. RM200 bagi penerima permohonan baharu.
Lihat juga Tambahan RM600 bantuan STR melalui baucar dan bakul makanan