Monday, February 19, 2024
HomeSemakanSemakan eKasih 2023: RM600 Bantuan Bakul Makanan MyKasih

Semakan eKasih 2023: RM600 Bantuan Bakul Makanan MyKasih

Semakan eKasih dan MyKasih Bagi RM600 Sumbangan Asas Rahmah (SARa) Keperluan Barangan Makanan Asas.

Di bawah program Sumbangan Tunai Rahmah (STR), isi rumah yang layak akan menerima sumbangan hingga RM3,100 bergantung pada bilangan anak.

Ini adalah sebahagian daripada intipati Belanjawan 2023 di bawah bantuan rakyat supaya isi rumah yang benar-benar terkesan, mendapat manfaat yang lebih daripada STR.

Selain itu, Kerajaan juga akan memberi sumbangan tambahan RM600 kepada isi rumah penerima STR termiskin mengikut data e-Kasih di bawah program Sumbangan Asas Rahmah (SARa).

Bantuan yang diberikan ini berupa barang keperluan asas tanpa tunai (cashless) berjumlah RM600 dengan kadar RM100 setiap bulan untuk tempoh 6 bulan (Julai – Disember 2023).

Apa Itu eKasih?

eKasih merupakan Bank Data Kemiskinan Nasional​​ yang mengandungi maklumat mengenai kemiskinan bermula dari profail individu, program/bantuan yang diterima oleh Ketua Isi Rumah (KIR) dan Ahli Isi Rumah (AIR) daripada agensi pemberi bantuan sehinggalah kepada permohonan bantuan dan pemantauan keberkesanan program/bantuan yang diterima.

Komponen data eKasih terdiri daripada maklumat asas Ketua Isi Rumah (KIR) dan Ahli Isi Rumah (AIR), maklumat Lokasi, Kediaman, Pendidikan, Kemahiran dan Pekerjaan, Pemilikan Harta, Kesihatan, Pendapatan serta Bantuan.

eKasih bukanlah program bantuan kerajaan, tetapi ia merupakan pangkalan data yang dikendalikan oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM) yang mengandungi data tentang isi rumah miskin dan miskin tegar.

Data eKasih digunakan oleh kementerian/agensi yang memberi bantuan melalui program-program pembasmian kemiskinan.

Antara program terkini pembasmian kemiskinan yang dilakukan adalah MyKasih.

Perbezaan Antara eKasih dan MyKasih

Jangan keliru antara eKasih dan MyKasih.

eKasih dan MyKasih merupakan dua entiti yang berbeza.

eKasih adalah sistem pangkalan data bersepadu isi rumah miskin.

Manakala MyKasih merupakan program pembasmian kemiskinan miskin tegar.

Semakan Status eKasih

Bagi mengetahui sama ada nama anda tersenarai dalam data eKasih, semakan boleh dibuat secara online melalui pautan berikut;

https://ekasih.icu.gov.my/ekasih/Semakan/CarianAwam/Pages/default.aspx

  • Masukkan nombor kad pengenalan (tanpa – ) contoh 850101012221
  • Klik untuk carian

Mereka yang tersenarai di bawah data e-kasih akan dipaparkan maklumat berikut;

  1. Nama  
  2. KIR / AIR
  3. Nama KIR
  4. Status Daftar
  5. Negeri
  6. Daerah
Maklumat Ketua Isi Rumah (KIR) data ekasih
eKasih Ketua Isi Rumah (KIR)

Untuk semakan ekasih bagi ahli isi rumah (AIR) iaitu sama ada isteri atau anak, boleh  juga nombor kad pengenalan mereka bagi mengetahui status ekasih.

Maklumat yang dipaparkan bagi ahli isi rumah (AIR) iaitu anak atau isteri adalah sebagaimana contoh di bawah:

Maklumat Ahli Isi Rumah (KIR) data ekasih
eKasih Ahli Isi Rumah (AIR)

Semakan Status MyKasih

Bagi mengetahui sama ada anda layak menerima RM600 bantuan asas barang dapur melalui Sumbangan Asas Rahmah (SARa), terdapat 4 kaedah yang boleh dilakukan iaitu;

  1. Semakan terus melalui portal rasmi MyKasih dan MySTR
  2. Melalui surat pemakluman
  3. Sistem Pesanan Ringkas (sms blast
  4. Menghubungi LHDNM, Kementerian Kewangan atau MyKasih

Semakan Melalui Portal MyKasih

Semakan secara online boleh dibuat melalui portal MyKasih seperti berikut

  • Langkah 1 – layari https://www.mykasih.com.my/  
  • Langkah 2 – masukkan nombor MyKad
  • Langkah 3 – masukkan captcha yang betul berdasarkan imej yang tertera
  • Langkah 4 – Klik SEMAK STATUS

Penerima yang layak, akan menerima status yang mengandungi maklumat berikut;

  • Status – Layak
  • Jumlah baki terkini
  • Nama
  • Nombor MyKad
  • Program bermula dan program berakhir
Semakan Status MyKasih (SARa)

Bagi yang tidak layak, akan menerima status TIADA REKOD DITEMUI

Tiada Rekod Ditemui (MyKasih)

Semakan Melalui Portal MySTR

Anda juga boleh membuat semakan melalui portal MySTR melui pautan berikut;

Penerima yang layak atau tidak layak akan akan menerima status seperti berikut dalam MySTR masing-masing;

Melalui Surat Pemakluman

Selain itu, penerima akan menerima surat lulus STR 2023 bersekali kelayakan SARa kepada alamat berdaftar dalam permohonan STR.

Sistem Pesanan Ringkas (sms blast) 

Penerima SARa yang layak akan menerima Sistem Pesanan Ringkas (SMS) / aplikasi WhatsApp daripada MyKasih untuk mengesahkan status mereka sebagai penerima di bawah program ini, berserta tarikh dan masa untuk sesi taklimat orientasi di kedai runcit yang terdekat.

Akaun akan dibuka berdasarkan MyKad penerima dalam sistem MyKasih di mana elaun perbelanjaan akan disimpan.Penerima akan menikmati elaun bulanan sebanyak RM100 selama enam bulan daripada Yayasan MyKasih melalui MyKad mereka untuk membeli barang keperluan makanan asas di rangkaian rakan runcit (pasaraya / kedai) yang terpilih.

Menghubungi LHDNM, Kementerian Kewangan atau MyKasih

Semakan kelayakan SARA

  • Hubungi LHDNM: 1-800-88-2747
    (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang); atau
    Hubungi MOF: 03-8882 4565 / 4566
    (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang)

Semakan pelaksanaan SARA bagi penerima daripada negeri Semenanjung Malaysia

  • Hubungi MyKasih: 03-7720 1800 (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang)

Syarat Kelayakan Penerima RM 600 Sumbangan Asas Rahmah (SARa)

Kelayakan SARa adalah terhad kepada:

  1. Warganegara Malaysia;
  2. Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2023 kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan; dan
  3. Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar eKasih dalam rekod data Unit Penyelarasan, Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) sehingga 28 Februari 2023

Apakah maksud penerima Miskin Tegar eKasih di sini?

  1. penerima isi rumah yang tersenarai sebagai Miskin Tegar dalam rekod data eKasih; 
  2. mestilah berpendapatan isi rumah tidak melebihi PGK Miskin Tegar RM1,169 berdasarkan semakan silang agensi pendapatan

RM600 Tambahan Sumbangan Tunai Rahmah

Dalam Belanjawan 2023 Perdana Menteri mengumumkan pembaharuan bagi penerima bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) di mana kerajaan akan memberi sumbangan tambahan RM600 kepada isi rumah penerima STR termiskin mengikut data eKasih. 

RM600 sumbangan ini akan disalurkan dalam bentuk bakul makanan dan juga secara baucar untuk barangan makanan asas.

Ini bermakna penerima STR bagi kategori isi rumah miskin tegar (mengikut bilangan anak) akan menerima bayaran maksimun RM3100 dalam bentuk bantuan kewangan dan bakul makanan serta  baucar makanan.

Jadual di bawah menerangkan kategori penerima yang layak untuk bantuan STR;

Kategori penerima STR 2023

Tarikh Pembayaran RM600

Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan media memaklumkan tarikh pelaksanaan atau bayaran bagi penerima bantuan SArA ini adalah berbeza mengikut negeri masing.

Pelaksanaan SARA akan dibuat mulai Isnin 17 Julai 2023 bagi penerima daripada Semenanjung Malaysia, manakala penerima daripada negeri Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan mulai 7 Ogos 2023 seperti berikut:

Kedah, Pulau Pinang. Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, Negeri Sembilan, Kelantan dan Terengganu

  • Mulai 17 Julai 2023 (ISNIN)
  • Bantuan barangan keperluan asas tanpa tunai (cashless) berjumlah RM100 setiap bulan bagi tempoh 6 bulan (Julai-Disember 2023) secara automatik melalul akaun yang dibuka menggunakan MyKad penerima bagi pembelian di pasar raya/kedai runcit terpilih seluruh negara.

Perlis, Perak, Pahang, Melaka dan Johor

  • Mulai 31 Julai 2023 (ISNIN)
  • Bantuan barangan keperluan asas tanpa tunai (cashless) berjumlah RM100 setiap bulan bagi tempoh 6 bulan (Julai-Disember 2023) secara automatik melalul akaun yang dibuka menggunakan MyKad penerima bagi pembelian di pasar raya/kedai runcit terpilih seluruh negara.

Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan

  • Mulai 7 Ogos 2023 (ISNIN)
  • Bayaran RM600 sekall gus pengkreditan ke akaun bank/secara tunai di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) seluruh negara.
Siaran Media Sumbangan Asas Rahmah (SARa)

Senarai Barangan Yang Boleh Dibeli

Penerima boleh membeli barangan runcit asas daripada 10 kategori produk yang diluluskan iaitu;

Bil.Barang Keperluan
1.Beras
2.Roti
3.Telur
4.Minyak Masak
5.Tepung
6.Biskut
7.Mi segera
8.Minuman
9.Makanan dalam tin
10.Bahan perasa

Barangan makanan asas yang terlibat dengan program SARA akan dilabel untuk rujukan penerima. Contoh barangan makanan asas mengikut kategori adalah seperti berikut:

Senarai Barangan yang boleh dibeli untuk Sumbangan Asas Rahmah (SARa)

Soalan Lazim

Apa itu eKasih?

eKasih merupakan pangkalan data yang dikendalikan oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM) yang mengandungi data tentang isi rumah miskin dan miskin tegar.

Bagaimana Cara Semakan eKasih?

Semakan boleh dibuat secara online https://ekasih.icu.gov.my/ekasih/Semakan/CarianAwam/Pages/default.aspx

Berapa Jumlah Tambahan STR Untuk Miskin Tegar?

RM600

Bilakah Tarikh Edaran Bakul dan Baucar Makanan STR?

Mulai Julai hingga Disember 2023.

Bantuan Terkini Malaysia MADANI 2024

Info terkini bantuan semasa daripada Kerajaan, NGO dan lain-lain

RELATED ARTICLES

Most Popular

error: Sorry dah tak boleh copy!