[TERKINI] Kerajaan memutuskan untuk meluaskan manfaat SARA kepada 700 ribu penerima STR yang akan menerima 100 ringgit sebulan untuk tempoh 12 bulan.
Selain menerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR), Kerajaan turut menyediakan bantuan STR tambahan melalui Sumbangan Asas Rahmah (SARa) kepada penerima yang layak.
Bantuan ini berupa barang keperluan asas tanpa tunai (cashless) berjumlah RM600 dengan kadar RM100 setiap bulan untuk tempoh 6 bulan kepada isi rumah penerima STR termiskin (miskin tegar) mengikut data eKasih
Lebih 200,000 penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang dikategorikan sebagai miskin tegar berdasarkan data e-kasih akan menerima Sumbangan Asas Rahmah (SARa) sebanyak RM600 mulai Isnin 17 Julai 2023 bagi mendapatkan keperluan barangan makanan asas.
Adakah anda turut layak bantuan ini?
Apa itu Sumbangan Asas Rahmah (SARA)?
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) adalah sumbangan tambahan RM600 kepada penerima STR berstatus miskin tegar mengikut data eKasih dalam bentuk bakul makanan / baucar bagi memenuhi keperluan barangan makanan asas.
Perdana Menteri dalam pengumuman baru-baru ini berkata, sumbangan itu bagi membolehkan penerima mendapatkan barangan keperluan makanan asas.
Kelayakan Penerima SARa
Kelayakan SARa adalah terhad kepada:
- Warganegara Malaysia;
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2023 kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan; dan
- Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar eKasih dalam rekod data Unit Penyelarasan, Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) sehingga 28 Februari 2023
Apakah maksud penerima Miskin Tegar eKasih di sini?
- penerima isi rumah yang tersenarai sebagai Miskin Tegar dalam rekod data eKasih;
- mestilah berpendapatan isi rumah tidak melebihi PGK Miskin Tegar RM1,169 berdasarkan semakan silang agensi pendapatan
Jumlah dan Kategori Kelayakan
Setiap penerima yang dikenal pasti layak SARA akan menerima sumbangan berjumlah RM600 seperti berikut:
Bil. | Kategori Kelulusan STR 2023 | Amaun Bayaran |
---|---|---|
1. | Isi Rumah i. Kahwin ii. Ibu Bapa Tunggal (IBT) mempunyai anak | RM600 |
2. | Warga Emas Tiada Pasangan | RM600 |
3. | Bujang | RM600 |
Cara Memohon SARa
Bagi Sumbangan Asas Rahmah (SARa) ini, tiada permohonan diperlukan kerana kelayakan SARa adalah secara automatik berdasarkan data Miskin Tegar eKasih sehingga 28 Februari 2023 yang berstatus lulus STR 2023 sahaja.
Semakan Sumbangan Asas Rahmah: Cara dan Kaedah
Terdapat 4 kaedah bagi mengetahu sama ada anda layak menerima bantuan asas barang dapur ini iaitu;
- Semakan terus melalui portal rasmi
- Melalui surat pemakluman
- Sistem Pesanan Ringkas (sms blast)
- Menghubungi LHDNM, Kementerian Kewangan atau MyKasih
Semakan Melalui Portal MyKasih
Semakan secara online boleh dibuat melalui portal MyKasih seperti berikut
- Langkah 1 – layari https://www.mykasih.com.my/
- Langkah 2 – masukkan nombor MyKad
- Langkah 3 – masukkan captcha yang betul berdasarkan imej yang tertera
- Langkah 4 – Klik SEMAK STATUS
Penerima yang layak, akan menerima status yang mengandungi maklumat berikut;
- Status – Layak
- Jumlah baki terkini
- Nama
- Nombor MyKad
- Program bermula dan program berakhir
Semakan Melalui Portal MySTR
Anda juga boleh membuat semakan melalui portal MySTR melui pautan berikut;
- Layari https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Klik Log Masuk MySTR
- Masukkan Nombor MyKad Pemohon
- Pengesahan Kata Kunci Keselamatan
- Masukkan Kata Laluan
- Klik Semakan Status
Penerima yang layak akan menerima status seperti berikut;
Melalui Surat Pemakluman
Selain itu, penerima akan menerima surat lulus STR 2023 bersekali kelayakan SARa kepada alamat berdaftar dalam permohonan STR.
Sistem Pesanan Ringkas (sms blast)
Penerima SARa yang layak akan menerima Sistem Pesanan Ringkas (SMS) / aplikasi WhatsApp daripada MyKasih untuk mengesahkan status mereka sebagai penerima di bawah program ini, berserta tarikh dan masa untuk sesi taklimat orientasi di kedai runcit yang terdekat.
Akaun akan dibuka berdasarkan MyKad penerima dalam sistem MyKasih di mana elaun perbelanjaan akan disimpan.Penerima akan menikmati elaun bulanan sebanyak RM100 selama enam bulan daripada Yayasan MyKasih melalui MyKad mereka untuk membeli barang keperluan makanan asas di rangkaian rakan runcit (pasaraya / kedai) yang terpilih.
Menghubungi LHDNM, Kementerian Kewangan atau MyKasih
Semakan kelayakan SARA
- Hubungi LHDNM: 1-800-88-2747
(waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang); atau
Hubungi MOF: 03-8882 4565 / 4566
(waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang)
Semakan pelaksanaan SARA bagi penerima daripada negeri Semenanjung Malaysia
- Hubungi MyKasih: 03-7720 1800
(waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang)
Kaedah Pelaksanaan
Kaedah pelaksanaan SARA adalah berbeza mengikut negeri seperti berikut:
- Penerima daripada negeri Semenanjung Malaysia (SELAIN Sabah, Sarawak dan W.P. Labuan) akan menerima bantuan barangan keperluan asas tanpa tunai (cashless) berjumlah RM100 setiap bulan bagi tempoh 6 bulan (Julai – Disember 2023) secara automatik melalui akaun yang dibuka menggunakan MyKad penerima. Penerima SARA boleh membeli barangan runcit asas daripada kategori produk yang diluluskan di pasar raya / kedai runcit terpilih seluruh negara menggunakan MyKad.
- Penerima daripada negeri Sabah, Sarawak dan W.P. Labuan akan diberikan bayaran RM600 secara sekaligus adalah melalui kaedah pengkreditan ke akaun bank / secara tunai, sama seperti kaedah pembayaran fasa 3 STR 2023
Setelah penerima daripada alamat semenanjung Malaysia diluluskan dan didaftarkan ke SARA, akaun akan dibuka berdasarkan MyKad penerima dalam sistem MyKasih di mana elaun perbelanjaan akan disimpan.
Penerima akan menerima elaun bulanan sebanyak RM100 selama 6 bulan melalui MyKad mereka untuk membeli barang makanan asas terpilih. Pasar raya / Kedai runcit yang mengambil bahagian dalam program bantuan makanan tanpa tunai akan mempunyai infrastruktur sistem pembayaran MyKasih di dalam premis mereka di mana penerima dapat membuat pembayaran menggunakan MyKad.
Penerima SARA yang layak akan menerima Sistem Pesanan Ringkas / aplikasi WhatsApp (SMS) daripada MyKasih untuk mengesahkan status mereka sebagai penerima di bawah program ini, berserta tarikh dan masa untuk sesi taklimat orientasi di kedai runcit yang terdekat.
Tarikh Bayaran
Penerima akan menerima elaun bulanan sebanyak RM100 selama 6 bulan melalui MyKad mereka untuk membeli barang makanan asas terpilih.
Pembayaran pertama akan dilakukan mulai 17 Julai 2023 manakala bayaran seterusnya mulai Ogos 2023 akan disalurkan ke akaun MyKad penerima pada 1 hari bulan setiap bulan seperti jadual berikut:
Bulan | Jumlah |
---|---|
Julai 2023 | RM100 |
Ogos 2023 | RM100 |
September 2023 | RM100 |
Oktober 2023 | RM100 |
November 2023 | RM100 |
Disember 2023 | RM100 |
Senarai Kedai Untuk Pembelian
Penerima yang layak akan diberi penerangan mengenai kedai runcit terdekat untuk membeli keperluan runcit asas.
MyKasih mempunyai lebih daripada 600 rakan runcit di seluruh negara termasuk Mydin, Giant, Econsave, The Store, Pacific, Milimewa, 99 Speedmart, Lotus Stores (Tesco), serta pasar raya dan pasar mini bebas.
Senarai pasar raya dan kedai runcit terlibat boleh disemak melalui pautan berikut: senarai pasar raya / kedai runcit terlibat.
Jenis Barangan Yang Boleh Dibeli
Penerima boleh membeli barangan runcit asas daripada 10 kategori produk yang diluluskan iaitu
- Beras,
- Roti,
- Telur,
- Minyak masak,
- Tepung,
- Biskut,
- Mi segera,
- Minuman,
- Makanan dalam tin dan
- Bahan perasa.
Barangan makanan asas yang terlibat dengan program SARA akan dilabel untuk rujukan penerima. Contoh barangan makanan asas mengikut kategori adalah seperti berikut:
Cara Pembelian di Kedai
Kaedah pembelian barangan makanan asas adalah seperti berikut:
- Pilih Barangan Keperluan – Penerima bantuan boleh membeli barangan keperluan berdasarkan 10 kategori makanan yang mempunyai label MyKasih di rak tanda harga.
- Tunjuk MyKad Untuk Pengesahan – Juruwang menyemak status MyKad penerima bantuan.
- Imbas Kod Barangan – Juruwang mengimbas setiap barang keperluan makanan asas yang ingin dibeli mengikut kategori yang dibenarkan.
- Bayar Menggunakan MyKad – Penerima bantuan memasukkan nombor pin 6-digit untuk mengesahkan transaksi pembelian.
- Simpan Resit Untuk Semakan – Penerima bantuan menyimpan resit untuk menyemak transaksi pembelian.
Semakan Baki Terkini SARa
Semakan baki SARA dalam akaun MyKad penerima boleh disemak melalui kaedah berikut:
i. Semakan portal rasmi MyKasih: pautan portal MyKasih
ii. Semakan resit pembelian:
Info Lanjut dan Pertanyaan
Maklumat lanjut berkenaan Sumbangan Asas Rahmah (SARa) bagi penerima dari negeri semenanjung Malaysia boleh didapati di:
i. Portal Rasmi MyKasih, https://www.mykasih.com.my/; atau
ii. Hubungi Talian Bantuan MyKasih 03-7720 1800
Sumber: Portal MyKasih
Soalan Lazim (FAQ)
Berikut merupakan beberapa soalan lazim berkaitan Sumbangan Asas Rahmah (SARa);
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) adalah sumbangan tambahan RM600 kepada penerima STR berstatus miskin tegar mengikut data eKasih dalam bentuk bakul makanan / baucar bagi memenuhi keperluan barangan makanan asas.
Kelayakan SARA adalah terhad kepada:
1) Warganegara Malaysia;
2) Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2023 kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan; dan
3) Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar eKasih dalam rekod data Unit Penyelarasan, Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) sehingga 28 Februari 2023
Tidak. Kelayakan SARA adalah secara automatik berdasarkan data Miskin Tegar eKasih sehingga 28 Februari 2023 yang berstatus lulus STR 2023 sahaja.
RM600 bagi setiap penerima yang dikenal pasti layak SARa bagi kategori isi rumah, warga emas tiada pasangan dan bujang
https://www.mykasih.com.my/ klik semak status
Kelayakan SARa adalah berdasarkan data Miskin Tegar eKasih sehingga 28 Februari 2023 yang berstatus lulus STR 2023.
Sekiranya anda tersenarai sebagai Ahli Isi Rumah dalam rekod Ketua Isi Rumah berkenaan dan kelulusan STR anda serta bekas suami adalah dua permohonan berbeza, anda akan layak SARa secara berasingan. Kaedah semakan kelayakan SARa rujuk jawapan soalan 6 melalui FAQ SAra
Tiada rayuan akan dibuka berdasarkan ketetapan semasa. Sebarang maklumat lanjut akan dikongsi dari semasa ke semasa.
Ya. Tempoh sah laku atau tarikh luput elaun SARA adalah pada 31 Disember 2023.
Soalan-soalan lain, sila rujuk;
https://www.mykasih.com.my/site/food-aid-programme/sara/faq-bm/