Kerajaan memperkenalkan Skim Perubatan Madani yang akan memanfaatkan 700,000 isi rumah dengan peruntukan sebanyak RM100 juta.
Ketika pembentangan Belanjawan 2023, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengumumkan Skim Perubatan Madani sebagai antara inisiatif kerajaan bagi mengatasi isu kesesakan pesakit di hospital kerajaan.
Ia bertujuan membantu golongan B40 mendapatkan perkhidmatan penjagaan primer akut (rawatan pesakit luar kes akut) di klinik pengamal perubatan swasta umum (GP) berhampiran, sekali gus mengurangkan kesesakan dan waktu menunggu pesakit di kemudahan kesihatan kerajaan.
Apa Itu Skim Perubatan Madani?


Skim ini merupakan satu inisiatif rintis oleh Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Kesihatan Malaysia yang diwujudkan bagi menampung keperluan kesihatan golongan B40 terhadap Penjagaan Kesihatan Primer Akut (Rawatan Pesakit Luar Kes-Kes Akut).
Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dalam kalangan B40 boleh mendapatkan rawatan di klinik perubatan swasta (GP) yang berdaftar dibawah skim ini.
Lebih kurang 700,000 isi rumah boleh mendapatkan Rawatan Pesakit Luar Kes-Kes Akut yang diperlukan di GP secara percuma dan ianya dapat mengurangkan beban kos rawatan kesihatan disamping meningkatkan kesejahteraan golongan berpendapatan rendah.
Fasa rintis skim ini akan dilaksanakan di daerah Johor Bahru (Johor), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Klang, Petaling, Hulu Langat & Gombak (Selangor), Kinta (Perak), Timur Laut (Pulau Pinang), Kuching (Sarawak) dan Kota Kinabalu (Sabah).
Skim Perubatan MADANI memberi tumpuan kepada jalinan kerjasama diantara sektor awam dan swasta, terutamanya dalam penyampaian perkhidmatan Rawatan Pesakit Luar Kes-Kes Akut.
Tempoh Manfaat
Program ini dilaksanakan mulai 15 Jun 2023 sehingga 31 Disember 2023.
Siapa Yang Layak?
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) berkeluarga, warga emas (tanpa pasangan) dan bujang.
- Kelayakan adalah secara automatik.
- Mereka yang layak WAJIB membuat pengisytiharan bahawa mereka TIDAK menerima mana-mana manfaat yang sama atau serupa seperti Skim ini daripada mana-mana skim majikan/kerajaan negeri/agensi perubatan lain.
Manfaat Di Bawah Skim Ini
Manfaat Skim ini ialah penerima yang layak boleh menerima Rawatan Penjagaan Kesihatan Primer Akut secara PERCUMA di Klinik-klinik Perubatan Swasta yang berdaftar di bawah Skim Perubatan MADANI.
Jumlah Manfaat Kelayakan
Tiga (3) kategori jumlah manfaat kelayakan untuk skim ini ialah (sehingga Disember 2023) :
- Isi Rumah Berkeluarga – RM250
- Warga Emas (tanpa pasangan) – RM125
- Bujang – RM75
Had manfaat Skim akan berkurang selepas setiap lawatan mendapatkan rawatan. Manfaat skim ini adalah tertakluk kepada Terma & Syarat oleh pihak ProtectHealth Corporation Sdn. Bhd. seperti yang dinyatakan di laman web mereka.
Semakan Kelayakan
Semakan kelayakan boleh dilakukan melalui laman web berikut; http://www.protecthealth.com.my/skimperubatanmadani.
Kelayakan adalah secara AUTOMATIK sewaktu lawatan ke Klinik Perubatan Swasta yang berdaftar di bawah Skim ini.
Langkah untuk Mendapatkan Rawatan Skim Perubatan MADANI
Langkah 1, Semak Kelayakan: Semak kelayakan anda di laman sesawang.
Langkah 2, Hadir Ke Klinik: Hadir ke mana-mana GP yang berdaftar dengan Skim Perubatan MADANI (boleh dikenalpasti dengan pelekat Skim Perubatan MADANI) dengan membawa kad pengenalan.
>>Cari Klinik Skim Perubatan MADANI<<
Langkah 3, Terima Rawatan: Jika anda layak, anda boleh dapatkan Rawatan Pesakit Luar Kes-Kes Akut secara percuma.
Langkah 4, Baki Manfaat: Had manfaat Skim Perubatan MADANI anda akan ditolak selepas anda selesai mendapatkan rawatan. Manfaat Skim Perubatan MADANI adalah tertakluk kepada Terma & Syarat oleh pihak ProtectHealth Corporation Sdn. Bhd. seperti yang dinyatakan di laman sesawang tersebut
Penerima yang layak hanya perlu membawa Kad Pengenalan untuk semakan kelayakan di Klinik.
Senarai Simpton Yang BOLEH Dirawat di Bawah Skim ini
Skim ini merangkumi Rawatan Pesakit Luar Kes-kes Akut seperti:
- Demam dan Selsema
- Cirit-birit dan Muntah
- Terseliuh
- Sakit kepala
- Trauma Ringan seperti luka ringan
- Dan lain-lain

Senarai Rawatan Yang TIDAK TERMASUK Dalam Manfaat Skim
Senarai di bawah TIDAK TERMASUK di dalam senarai rawatan Skim ini:
- Imunisasi/Vaksin Rutin
- Saringan Kesihatan
- Rawatan Susulan Penyakit Tidak Berjangkit (NCD) Rutin
- Rawatan Susulan Ibu dan Anak Rutin (Contoh: Pemeriksaan Kandungan Berkala)
- Perancangan Keluarg
- Perkhidmatan Rehabilitasi (Contoh: Fisitoterapi dan Terapi Pemulihan Carakerja)
- Permintaan Ubat tanpa konsultasi Doktor
- Permintaan Suplementasi
Lokasi Liputan dan Rawatan
Fasa rintis Skim Perubatan MADANI ini akan dilaksanakan di daerah Johor Bahru (Johor), Kuala Lumpur, Klang, Petaling, Hulu Langat & Gombak (Selangor), Kinta (Perak), Timur Laut (Pulau Pinang), Kuching (Sarawak) dan Kota Kinabalu (Sabah).
Carian klinik yang berdaftar di bawah skim ini boleh dilakukan melalui laman portal berikut;
https://kelayakan-spm.protecthealth.com.my/find-clinics
- Plih negeri
- Kemudian pilih daerah / bandar
- Klik cari
Info Lanjut dan Pertanyaan
- Laman web – www.protecthealth.com.my/skimperubatanmadani
- Email – [email protected]
- Telefon – 03-8687 2525
Soalan Lazim (FAQ)
Skim ini merupakan satu inisiatif rintis oleh Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Kesihatan yang diwujudkan bagi menampung keperluan kesihatan golongan B40 terhadap Penjagaan Kesihatan Primer Akut (Rawatan Pesakit Luar Kes-kes Akut).
Manfaat Skim ini ialah penerima yang layak boleh menerima Rawatan Penjagaan Kesihatan Primer Akut secara PERCUMA di Klinik-klinik Perubatan Swasta yang berdaftar di bawah Skim Perubatan MADANI.
Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) berkeluarga, warga emas (tanpa pasangan) dan bujang.
Penerima yang layak WAJIB membuat pengisytiharan bahawa mereka TIDAK MENERIMA mana-mana manfaat yang sama atau serupa seperti Skim ini daripada mana-mana skim majikan/kerajaan negeri/agensi perubatan lain seperti Iltizam Selangor Sihat, Perak Prihatin dan lain-lain.
Semakan boleh dibuat melalui laman portal berikut: http://www.protecthealth.com.my/skimperubatanmadani.
Tiga (3) kategori jumlah manfaat kelayakan untuk Skim Perubatan MADANI ialah (sehingga Disember 2023.) :
– Isi Rumah Berkeluarga – RM250
– Warga Emas (tanpa pasangan) – RM125
– Bujang – RM75
Had manfaat akan berkurang selepas setiap lawatan mendapatkan rawatan. Manfaat skim ini adalah tertakluk kepada Terma & Syarat oleh pihak ProtectHealth Corporation Sdn. Bhd. seperti yang dinyatakan di laman sesawang mereka
Bagaimanakah saya hendak menyemak baki had manfaat kelayakan?
Baki had manfaat kelayakan boleh disemak melalui Klinik Perubatan Swasta sewaktu lawatan untuk mendapatkan rawatan dilakukan atau boleh menghubungi talian di +603-8687 2525.