Zakat Fitrah Negeri Sembilan 2023: Kadar & Cara Bayaran Online

Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS)  telah mengumumkan kadar zakat fitrah di Negeri Sembilan bagi tahun pada 2023 / 1444H.

Bayaran zakat fitrah ini boleh dibuat mulai 1 Ramadhan pada tahun ini sehingga sebelum menunaikan solat Aidilfitri pada 1 Syawal.

Pembayaran bagi zakat ini boleh dibuat secara dalam talian atau pembayaran melalui amil yang dilantik oleh Majis Agama Islam Negeri Selangor (MAINS). 

Kadar Zakat Fitrah Negeri Sembilan bagi tahun 2024 / 1444H

Keputusan Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Bil. 01/2023-1444H, pada 17 Rejab 1444H bersamaan 8 Februari 2023M telah bersetuju kadar zakat fitrah di Negeri Sembilan bagi tahun 1444H bersamaan 2023M adalah berdasarkan kepada jenis beras yang paling banyak dimakan oleh umat Islam di Negeri Sembilan.

Sehubungan itu, kadar zakat fitrah Negeri Sembilan telah ditetapkan pada 3 kadar seperti berikut:

  • RM7.00 = Beras makanan hariannya daripada jenis Super Special Tempatan SST 5% & setaraf dengannya.
  • RM10.00 = Beras makanan hariannya daripada jenis Beras Super Import, Super Wangi, Herba Ponni & setara dengannya.
  • RM14.00 = Beras makanan hariannya daripada jenis Beras Super Basmathi & setaraf dengannya.
Kadar zakat fitrah di Negeri Sembilan bagi tahun ini 2023

Cara Bayaran Bagi Tahun 2023

Bagi mereka yang ingin menunaikan zakat fitrah ini terdapat beberapa kaedah yang boleh digunakan sebagaimana berikut

  1. Melalui amil fitrah yang telah diberi tauliah.
  2. Secara dalam talian di www.zakatns2u.biz  dan aplikasi MAINS (Android).
  3. Ejen-ejen ‘online: MyEG, Tulus (SnapNPay), JomPAY, Boost.
  4. Hadir ke kaunter kutipan zakat daerah/cawangan MAINS.
  5. Kaunter Bergerak MAINS (dari semasa ke semasa).

Bayar Zakat Kepada Amil Fitrah MAINS

Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) mengingatkan penduduk di negeri ini agar menunaikan zakat fitrah hanya kepada Amil Fitrah MAINS yang dilantik sahaja.

Bayaran kupon juga adalah berbeza mengikut kadar zakat.

Tunaikan zakat fitrah anda hanya kepada Amil Fitrah MAINS yang dilantik sahaja.

Bilakah Waktu Untuk Membayar Zakat Fitrah

Waktu untuk membayar zakat fitrah ialah bermula dari awal bulan Ramadhan sehingga sebelum menunaikan solat sunat Aidilfitri.

Waktu-Terbaik-Tunai-Zakat-Fitrah-MAINS

Anak Perempuan Yang Sudah Bekerja

Adakah anak-anak perempuan yang sudah bekerja masih dikira dalam tanggungan bapanya?

Adakah anak-anak perempuan yang sudah bekerja masih dikira dalam tanggungan bapanya?

Anak-anak yang sudah bekerja dan mempunyai pendapatan hasil usaha diri sendiri, sama ada lelaki ataupun perempuan, adalah lebih berhak mengeluarkan zakat fitrah bag dir mereka sendiri.

Bahkan, sekiranya mereka mahu mengeluarkan zakat fitrah untuk ibu bapa mereka juga dibolehkan dan mereka perl memaklumkannya kepada kedua ibu bapa mereka.

Info dan maklumat lanjut

Untuk maklumat lanjut atau pertanyaan, boleh merujuk laman rasmi Majlis Agama Islam Negeri Sembilan melalui Facebook;

https://www.facebook.com/majlisagamaislamns/

Anda juga boleh merujuk laman web melalui pautan berikut;

https://www.zakatns2u.biz/

https://www.mains.gov.my/

Lihat juga kadar zakat fitrah bagi negeri-negeri lain;

Soalan Lazim (FAQ)

Berapa Kadar Zakat Fitrah Negeri Sembilan Bagi Tahun 2023?

RM 7.00
RM 10.00
RM 21.00

Bayaran berdasarkan jenis beras yang dimakan

Bagaimana cara pembayaran zakat fitrah di negeri Melaka

1) Melalui amil fitrah yang telah diberi tauliah.
2) Secara dalam talian di www.zakatns2u.biz  dan aplikasi MAINS (Android).
3) Ejen-ejen ‘online: MyEG, Tulus (SnapNPay), JomPAY, Boost.
4) Hadir ke kaunter kutipan zakat daerah/cawangan MAINS.
5) Kaunter Bergerak MAINS (dari semasa ke semasa).

Apa itu Zakat Fitrah?

Zakat Fitrah ialah zakat diri (badan) yang difardhukan ke atas setiap individu lelaki dan perempuan muslim yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang ditetapkan.

Bilakah Waktu Untuk Membayar Zakat Fitrah

Waktu untuk membayar zakat fitrah ialah bermula dari awal bulan Ramadhan sehingga sebelum menunaikan solat sunat Aidilfitri? Walaupun begitu umat Islam digalakkan menunaikan zakat fitrah di awal Ramadan bagi membolehkan agihan kepada fakir dan miskin disempurnakan sebelum hari raya.

Apakah Hukum Zakat Fitrah?

Zakat fitrah merupakan kewajipan yang perlu ditunaikan oleh setiap individu Muslim jika mempunyai kemampuan.

Scroll to Top