Lembaga Zakat Selangor telah mengumumkan kadar zakat fitrah Selangor bagi tahun 2022 / 1443H.
Bayaran zakat fitrah ini boleh dibuat mulai 1 Ramadhan pada tahun ini sehingga sebelum menunaikan solat Aidilfitri pada 1 Syawal.
Pembayaran bagi zakat ini boleh dibuat secara dalam talian atau pembayaran melalui amil yang dilantik oleh Lembaga Zakat Selangor (LSZ), Majlis Agama Islam Negeri Selangor (MAIS).
Terdapat tiga kadar zakat yang telah diumumkan di mana MAIS menggalakkan pembayaran zakat fitrah mengikut harga beras yang dimakan oleh penduduk negeri ini.
Kadar Zakat Fitrah Negeri Selangor bagi tahun 2022 / 1443H

Kadar bayaran bagi negeri Selangor kekal sebagaimana tahun sebelum ini.
Kadar | Jenis Beras |
RM 7.00 | Beras Super Tempatan Gred A |
RM 14.00 | Beras putih import, beras perang, beras pulut, herba ponni dan beras wangi |
RM 21.00 | Beras basmathi, beras jepun, dan beras merah. |
Lembaga Zakat Selangor (LZS) menggalakkan rakyat bagi negeri ini membayar atau menunaikan zakat fitrah mengikut harga beras yang dimakan oleh individu/keluarga masing-masing.
Pelaksanaan kaedah ini telah digunakan sejak tahun 2018 lagi.
Untuk makluman, satu fitrah sebanyak satu gantang Baghdad bersamaan 2.6kg beras bernilai RM7.00 bagi beras jenis super tempatan gred A.
Cara Bayaran Zakat Fitrah Negeri Selangor bagi tahun 2022
Bagi mereka yang ingin menunaikan zakat fitrah ini terdapat beberapa kaedah yang boleh digunakan iaitu secara online ataupun bayaran melalui amil-amil yang dilantik oleh Majlis Agama Islam Selangor.
Bayaran secara online boleh dibuat melalui beberapa platform berikut;
1. Portal ezakatPay
https://fpx.zakatselangor.com.my/
2. Aplikasi e-dompet GoPayZ
3. Aplikasi e-dompet Boost
4. QR Code
5. Laman sesawang Ejen-Ejen Bank (9 buah bank)
Public Bank: www.pbebank.com
Hong Leong Bank: s.hongleongconnect.my
Maybank: www.maybank2u.com.my
CIMB: www.cimbclicks.com.my
Ambank: ambank.amonline.com.my
Bank Rakyat: www2.irakyat.com.my
HSBC: www.hsbc.com.my/security
RHB: https://logon.rhb.com.my/default.htm
Bank Islam: www.bankislam.biz
Alliance Bank: www.alliancebank.com.my
6. Portal MyEGwww.myeg.com.my
7. Pos Online www.posonline.com.my
Pembayar zakat digalakkan untuk membayar secara online atau transaksi tanpa tunai bagi mengelakkan penularan jangkitan Covid-19.
Bayaran Zakat Fitrah Melalui Amil Yang Di Lantik
LZS turut melantik seramai 2,745 orang ketua dan penolong amil fitrah di seluruh Selangor untuk mengutip zakat fitrah sepanjang Ramadan tahun ini.
Masyarakat Islam dinasihatkan agar membayar zakat fitrah hanya kepada amil dilantik LZS yang dibekalkan kad tauliah dan mematuhi prosedur operasi standard yang ditetapkan sepanjang berurusan.
Lafaz Niat Akad Membayar Zakat Fitrah
Inilah wang sebanyak *RM7.00 sebagai menggantikan beras fitrah yang wajib ke atas diri saya / tanggungan saya / wakil pada tahun ini kerana ALLAH Ta’ala.
*kadar berubah sekiranya bilangan yang dibayar berubah.
Info dan maklumat lanjut
Untuk maklumat lanjut atau pertanyaan tentang perkara ini, boleh merujuk laman rasmi Lembaga Zakat Selangor (LZS) melalui Facebook;
https://www.facebook.com/zakatselangor
Anda juga boleh merujuk laman web melalui pautan berikut;
https://www.zakatselangor.com.my/
Soalan Lazim (FAQ) Mengenai Zakat Fitrah
Zakat fitrah merupakan kewajipan yang perlu ditunaikan oleh setiap individu Muslim jika mempunyai kemampuan.
– RM7.00 – Beras super special
– RM14.00 – Beras putih import, beras perang, beras pulut, herba ponni dan beras wangi
– RM21.00 – Beras basmathi, beras jepun, dan beras merah.
Bermaksud bayaran zakat fitrah adalah mengikut harga beras yang dimakan oleh individu dan keluarga.
Kita digalakkan membayar zakat fitrah mengikut harga beras yang dimakan kerana ia merupakan kebajikan bagi golongan yang berkemampuan dan lebihan daripada zakat fitrah tersebut akan disalurkan kepada golongan fakir dan miskin.
Waktu untuk membayar zakat fitrah ialah bermula dari awal bulan Ramadhan sehingga sebelum menunaikan solat sunat Aidilfitri.