Zakat Fitrah Kedah 2023: Kadar dan Cara Bayaran Online

Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) telah mengumumkan kadar zakat fitrah negeri Kedah bagi tahun 2023 / 1444 Hijrah.

Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah yang juga merangkap Pengerusi Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK), Datuk Norizan Khazali Datuk Norizan Khazali berkata, penetapan kadar itu adalah berdasarkan harga beras mengikut gred dan jenis yang dimakan kebanyakan umat Islam di Kedah pada kadar timbangan satu gantang Baghdad yang bersamaan 2.6 kilogram beras.

Pembayaran bagi zakat fitrah ini boleh dibuat secara dalam talian (online) atau pembayaran melalui amil yang dilantik oleh Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK).

Berbeza dengan negeri lain, Kedah menetapkan empat kadar zakat fitrah iaitu RM6.50, RM7.00, RM14.00 dan RM21.00 bagi tahun ini, bertanding tiga kadar tahun lalu.

Kadar Zakat Fitrah Negeri Kedah bagi tahun 2023 / 1444H

Kadar Zakat Fitrah Kedah 2023
KadarJenis Beras
RM 6.50Beras Super Spesial Tempatan (10% hancur)
RM 7.00Beras Super Spesial Tempatan (5% hancur)
RM 14.00Beras perang, beras pulut, herba ponni, beras wangi dan setaraf dengannya.
RM 21.00basmathi, beras jepun, beras merah dan setaraf dengannya.

Kadar RM6.50 adalah untuk Umat Islam di negeri Kedah yang menjadikan makanan hariannya beras daripada jenis super spesial tempatan (10% hancur) dan setaraf dengannya.

Kadar  RM7.00 pula  adalah bagi Umat Islam di negeri Kedah yang menjadikan makanan hariannya beras daripada jenis super spesial tempatan (5% hancur) dan setaraf dengannya.

Manakala harga RM 14.00 adalah Umat Islam di negeri Kedah yang menjadikan makanan hariannya beras daripada jenis super import, beras perang, beras pulut, herba ponni, beras wangi dan setaraf dengannya.

Sementara harga RM 21.00 adalah bagi Umat Islam di negeri Kedah yang menjadikan makanan hariannya beras daripada jenis basmathi, beras jepun, beras merah dan setaraf dengannya.

Cara Bayaran Zakat Fitrah Negeri Kedah bagi tahun 2021

Bagi memudahkan orang ramai, LZNK sediakan 27 kaedah bayaran, termasuk secara dalam talian bagi membayar zakat fitrah seperti menerusi portal dan aplikasi rasmi LZNK iaitu Portal Jom Zakat, aplikasi Zakat On Touch, MyAmil dan Kiosk layan diri LZNK,

Bayaran online

Bayaran secara online boleh dibuat melalui platform berikut;

Selain itu, bayaran zakat fitrah ini juga boleh dibuat secara atas talian melalui platform berikut;

  • Portal Rasmi Jom Zakat Negeri Kedah

https://jom.zakatkedah.com.my/

  • Portal Zakat Fitrah Kedah

https://zakatfitrah.com.my

  • Aplikasi Zakat On Touch 

https://bit.ly/zotkdh atau  https://www.zakatkedah.com.my/profil/qr.html

  • 13 platform Perbankan Internet seperti Maybank2u, CIMB Clicks, Bank Islam Go dan lain-lain lagi.
  • 6 aplikasi perkhidmatan E-Wallet seperti Boost, Tulus, TheNoor, GoPayz, MyPay dan Al-Amin.
  • 4 Portal Pembayaran seperti Senang Pay, MEG, PayHalal dan Mercy Malaysia.

Bayaran Melalui Amil Zakat

Bayaran Zakat Fitrah di Negeri Kedah juga boleh dibuat melalui  amil-amil yang dilantik seluruh negeri oleh Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK).

Selain itu, LZNK juga menggalakkan orang ramai bersedekah di seluruh kaunter LZNK dan amil-amil yang telah dilantik dengan nilai kupon yang disediakan ialah RM5 dan RM50.

Sebagai persediaan menghadapi Ramadan dan Syawal pada tahun ini, LZNK juga telah melancarkan program sumbangan ayam segar yang dinamakan sebagai “Program Infak Aidilfitri” kepada semua 3,333 keluarga asnaf di negeri Kedah.

Lembaga Zakat Negeri Kedah menyasarkan sumbangan sebanyak 2 ekor ayam bagi setiap keluarga asnaf dengan jumlah kos sumbangan mencecah RM 99,900.00. Orang ramai yang ingin turut menyumbang kepada Program Infak Aidilfitri in boleh berbuat demikian melalui Portal Asnaf Care di https://asnafcare.com.mv/ 

Siaran Media LZNK

Info dan maklumat lanjut

Untuk maklumat lanjut atau pertanyaan tentang zakat fitrah ini, boleh merujuk saluran  rasmi Lembaga Zakat Negeri Kedah Darul Aman sebagaimana berikut;

Facebookhttps://www.facebook.com/zakatkedah
Laman Webhttps://www.zakatkedah.com.my/
Telefon1800 88 1740
(Talian bebas tol)04-731 1740

Lihat juga kadar zakat fitrah bagi negeri-negeri lain;

Soalan Lazim (FAQ)

Berapa Kadar Zakat Fitrah Negeri Kedah Bagi Tahun 2023?

RM 6.50 = Beras Super Spesial Tempatan (10% hancur)
RM 7.00 = Beras Super Spesial Tempatan (5% hancur)
RM 14.00 = Beras perang, beras pulut, herba ponni, beras wangi dan setaraf dengannya.
RM 21.00 = basmathi, beras jepun, beras merah dan setaraf dengannya.

Bayaran kadar fitrah pada tahun ini boleh dibayar berdasarkan jenis beras yang dimakan.

Bagaimana cara pembayaran zakat fitrah di negeri Kedah

Bagi tujuan memudahkan orang ramai, LZNK juga telah menyediakan sebanyak 27 saluran bavaran secara atas talian untuk menunaikan zakat fitrah pada tahun ini seperti berikut:
i) Portal dan aplikasi rasmi LZNK iaitu Portal Jom Zakat, aplikasi Zakat On Touch, MyAmil dan Kiosk layan diri LZNK.
ii) 13 platform Perbankan Internet seperti Maybank2u, CIMB Clicks, Bank Islam Go dan lain-lain lagi.
iii)  6 aplikasi perkhidmatan E-Wallet seperti Boost, Tulus, TheNoor, GoPayz, MyPay dan Al-Amin.
iv) 4 Portal Pembayaran seperti Senang Pay, MEG, PayHalal dan Mercy Malaysia.

Bilakah Waktu Untuk Membayar Zakat Fitrah

Waktu untuk membayar zakat fitrah ialah bermula dari awal bulan Ramadhan sehingga sebelum menunaikan solat sunat Aidilfitri? Walaupun begitu umat Islam digalakkan menunaikan zakat fitrah di awal Ramadan bagi membolehkan agihan kepada fakir dan miskin disempurnakan sebelum hari raya.

Apakah Hukum Zakat Fitrah?

Zakat fitrah merupakan kewajipan yang perlu ditunaikan oleh setiap individu Muslim jika mempunyai kemampuan.

Scroll to Top