Zakat Fitrah Perak 2023: Kadar dan Cara Bayaran Online

Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak pada 6 hingga 8 Disember lalu telah menetapkan harga bagi zakat fitrah untuk tahun 1444H/2023M dengan tiga pilihan harga.

Bayaran zakat fitrah ini boleh dibuat mulai 1 Ramadhan pada tahun ini sehingga sebelum menunaikan solat Aidilfitri pada 1 Syawal.

Pembayaran bagi zakat fitrah ini boleh dibuat secara dalam talian (online) atau pembayaran melalui amil yang dilantik oleh MAIPk.

Terdapat tiga kadar zakat yang telah diumumkan di mana MAIPk menggalakkan pembayaran zakat fitrah mengikut harga beras yang dimakan oleh rakyat negeri ini.

Kadar Zakat Fitrah Negeri Perak Bagi Tahun 2023 / 1444H

Negeri Perak Perak masih mengekalkan tiga pilihan kadar bayaran zakat fitrah bagi Tahun 2023 / Ramadan 1444 Hijrah iaitu RM7, RM14 dan RM21 mengikut kepada jenis beras yang lazim dimakan.

  • RM7.00 – Harga minima yang perlu dibayar oleh setiap individu yang berkewajipan mengeluarkan zakat fitrah.
  • RM14.00 – Digalakkan bagi yang menggunakan beras wangi atau yang seumpama / setara.
  • RM21.00 – Bagi yang menggunakan beras basmathi atau yang seumpama / setara.

Galakan ini berdasarkan firman Allah SWT dalam surah al-Bagarah ayat 184 :

Bermaksud : “Maka sesiapa yang dengan sukarela memberikan lebih yang ditentukan itu, maka itu adalah suatu kebaikan baginya”.

Kaedah Bayaran Zakat Fitrah  Bagi Negeri Perak Tahun 2023

Majlis Agama Islam dan ‘Adat Merlayu Perak (MAIPk), menyediakan dua kaedah bayaran zakat fitrah:

1) Bayaran Secara Dalam Talian (Online). 

Bayaran zakat fitrah boleh dibuat melalui pilihan medium bayaran berikut :

  1. FPX MAIPk dengan melayari https://ezakat.maiamp.gov.my/ 
  2. Aplikasi GoPayz
  3. Aplikasi Shopee
  4. Maybank2u
  5. Aplikasi SnapNPay
  6. https://senangzakat.my/?id=MAIPK 

Penyata bayaran zakat fitrah bagi medium bayaran FPX MAIPk https://ezakat.maiamp.gov.my/  boleh dimuat turun terus daripada sistem FPX MAIPk.

Manakala bagi medium bayaran selain FPX MAIPk, penyata bayaran zakat fitrah boleh diperolehi selepas tiga hari transaksi dibuat. Pembayar perlu mendaftar terlebih dahulu dan login ke dalam sistem portal penyata zakat MAIPk https://online.maiamp.gov.my/zakatperak/  seterusnya boleh memuat turun penyata bayaran untuk simpanan atau cetakan.

2) Bayaran Melalui Amil Zakat

Bayaran melalui amil boleh dibuat melalui tatacara berikut:

  1. Kaunter di masjid atau premis – bayaran boleh dibuat melalui kaunter-kaunter yang dibuka oleh amil fitrah sama ada di masid, surau, lokasi tumpuan orang ramai (kompleks membeli belah, pasar terbuka, stesen minyak dan premis perniagaan) serta pejabat kerajaan atau swasta terpilih.
  2. Amil bertemu langsung dengan pembayar – Kaedah ini boleh dilaksanakan oleh amil fitrah lantikan kariah masjid dengan bergerak dari rumah ke rumah bagi memudahkan ahli kariah melaksanakan ibadah zakat terutama warga tua.

Siaran Media

Siaran Media Zakat Fitrah Perak 2023_01
Siaran Media Zakat Fitrah Perak 2023_02

Apa itu Zakat Fitrah?

Zakat Fitrah ialah zakat diri (badan) yang difardhukan ke atas setiap individu lelaki dan perempuan muslim yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang ditetapkan.

Syarat Wajib Mengeluarkan Fitrah:

Orang Islam yang wajib mengeluarkan zakat fitrah untuk diri dan keluarga atau tanggungannya ialah:

1. Individu yang mempunyai lebihan makanan atau hartanya dari keperluan tanggungannya pada malam dan pagi hari raya.

2. Anak yang lahir sebelum matahari jatuh pada akhir bulan Ramadhan dan hidup selepas terbenam matahari.

3. Memeluk Islam sebelum terbenam matahari pada akhir bulan Ramadhan dan berkekalan Islamnya.

4. Seseorang yang meninggal dunia selepas terbenam matahari akhir Ramadhan.

Bilakah Waktu Untuk Membayar Zakat Fitrah

Waktu untuk membayar zakat fitrah ialah bermula dari awal bulan Ramadhan sehingga sebelum menunaikan solat sunat Aidilfitri?

Info dan maklumat lanjut

Untuk maklumat lanjut atau pertanyaan tentang zakat fitrah ini, boleh merujuk laman rasmi Zakat Perak melalui Facebook;

https://www.facebook.com/ZakatPerakMAIPk/

Anda juga boleh merujuk laman web melalui pautan berikut;

https://www.maiamp.gov.my/

Sebarang pertanyaan berkenaan zakat boleh hubungi talian: 05 208 4000

Sumber: MAIPk

Soalan Lazim FAQ

Berapa Kadar Zakat Fitrah Negeri Perak Bagi Tahun 2023?

RM7.00 – Harga Minima
RM14.00 – Beras wangi atau seumpamanya
RM21.00 – Beras basmathi atau seumpamanya
Pembayaran zakat fitrah mengikut harga beras yang dimakan oleh rakyat negeri ini.

Bagaimana cara pembayaran zakat fitrah di Perak?

–  Bayaran melalui amil zakat yang dilantik.

–  Bayaran secara online melalui kaedah berikut;
a) FPX MAIPk dengan melayari https://ezakat.maiamp.gov.my/ 
b) Aplikasi GoPayz
c) Aplikasi Shopee
d) Maybank2u
e) Aplikasi SnapNPay
f) https://senangzakat.my/?id=MAIPK 

Bilakah Waktu Untuk Membayar Zakat Fitrah

Waktu untuk membayar zakat fitrah ialah bermula dari awal bulan Ramadhan sehingga sebelum menunaikan solat sunat Aidilfitri?

Apakah Hukum Zakat Fitrah?

Zakat fitrah merupakan kewajipan yang perlu ditunaikan oleh setiap individu Muslim jika mempunyai kemampuan.