Jadual waktu berbuka puasa dan imsak yang dilampirkan ini adalah untuk bulan Ramadhan tahun 2023 / 1444 Hijrah bagi seluruh negeri Perak Darul Ridzuan.
Jadual waktu yang digunakan adalah berdasarkan Portal Rasmi JAKIM e-Solat bagi bulan Ramadhan 1444 Hijrah.
Takwim dan jadual ini disusun bagi memudahkan anda untuk untuk melihat atau menyemak waktu berbuka puasa dan imsak mengikut kawasan masing-masing di negeri Perak.
Jadual waktu berbuka puasa dan imsak ini juga ini disusun berdasarkan tujuh zon bagi seluruh negeri Perak yang meliputi Tapah, Slim River, Tanjung Malim, Kuala Kangsar, Sg. Siput, Ipoh, Batu Gajah, Kampar, Lenggong, Pengkalan Hulu, Grik, Temengor, Belum, Kg Gajah, Teluk Intan, Bagan Datuk, Seri Iskandar, Beruas, Parit, Lumut, Sitiawan, Pulau Pangkor, Selama, Taiping, Bagan Serai, Parit Buntar dan Bukit Larut.
Tapah, Slim River, Tanjung Malim – Zon 1
Selain jadual berbuka puasa dan imsak, dilampirkan juga jadual waktu solat dalam bentuk pdf bagi zon 1 negeri Perak untuk bulan Ramadhan 1444 Hijrah.
Kuala Kangsar, Sg. Siput, Ipoh, Batu Gajah, Kampar – Zon 2
Dilampirkan juga jadual waktu solat dalam bentuk pdf bagi zon 2 negeri Perak untuk bulan Ramadhan 1444 Hijrah.
Lenggong, Pengkalan Hulu, Grik – Zon 3
Dilampirkan juga jadual waktu solat dalam bentuk pdf bagi zon 3 negeri Perak untuk bulan Ramadhan 1444 Hijrah.
Temengor, Belum – Zon 4
Dilampirkan juga jadual waktu solat dalam bentuk pdf bagi zon 4 negeri Perak untuk bulan Ramadhan 1444 Hijrah.
Kg Gajah, Teluk Intan, Bagan Datuk, Seri Iskandar, Beruas, Parit, Lumut, Sitiawan, Pulau Pangkor – Zon 5
Dilampirkan juga jadual waktu solat dalam bentuk pdf bagi zon 5 negeri Perak untuk bulan Ramadhan 1444 Hijrah.
Selama, Taiping, Bagan Serai, Parit Buntar – Zon 6
Dilampirkan juga jadual waktu solat dalam bentuk pdf bagi zon 6 negeri Perak untuk bulan Ramadhan 1444 Hijrah.
Bukit Larut – Zon 7
Dilampirkan juga jadual waktu solat dalam bentuk pdf bagi zon 7 negeri Perak untuk bulan Ramadhan 1444 Hijrah.
Perkara-perkara Yang Disunatkan Ketika Berbuka Puasa
- Mempercepatkan berbuka puasa apabila terbenamnya matahari.
- Disunatkan berbuka puasa dengan tamar. Sekiranya tiada tamar maka dengan air.
- Membaca doa sebelum berbuka puasa.
- Tidak membazir makanan ketika berbuka puasa
Selain itu juga, kita digalakkan untuk memberi makan /menjamu orang yang berbuka puasa kerana mempunyai fadhilat yang begitu besar.
Rasulullah s.a.w bersadba yang bermaksud;
“Siapa yang memberi makan orang yang berpuasa maka baginya pahala seumpamanya tanpa sedikitpun kurang pahala orang berpuasa.”
(Riwayat Ahmad, al-Tarmizi dan al-Baihaqi)
Perkara-perkara Yang Disunatkan Ketika Bersahur
Bersahur merupakan amalan sunat berdasarkan hadith yang diriwayatkan daripada Anas RA, bahawa Nabi SAW bersabda yang bermaksud;
“Bersahurlah kamu kerana sesungguhnya sahur itu ada keberkatan”
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Sahur adalah berkat kerana ia membantu menguatkan orang yang berpuasa.
Waktu bersahur ialah bermula pertengahan malam hingga terbit fajar namun disunatkan mengakhirkan waktu sahur.
Diriwayatkan daripada Zaid bin Thabit RA bahawa beliau berkata;
“Kami telah bersahur bersama Rasulullah s.a.w, kemudian bangkit untuk solat (Subuh) dan kadar antara azan (Subuh) dan sahur itu sekadar bacaan lima puluh ayat”
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
Seseorang itu dikira bersahur walaupun dengan minum seteguk air. Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud;
“Sahur itu berkat, maka janganlah kamu tinggalkannya walau seseorang antara kamu (hanya) meneguk seteguk air”.
Apa Hukumnya Tersalah Berbuka Puasa Awal Kerana Azan di Radio?
Menurut Mufti Wilayah Persekutuan sekiranya adalah berbuka puasa awal disebabkan azan yang salah di Radio;
“Batal puasanya dan wajib bagi mereka tersalah berbuka awal sedangkan matahari belum tenggelam, hendaklah diqadha (ganti)”
Bagaimana Jika Tersalah Bersahur Dengan Makan dan Minum Selepas Azan Subuh?
Tidak batal puasa dan harus hukumnya bagi seseorang yang meneruskan makan dan minum dalam keadaan dia ragu-ragu bahawa telah tamat waktu sahur.
Namun jika sekiranya jelas kepadanya bahawa dia tersalah dengan makan selepas habis waktu sahur, maka batal puasanya dan hendaklah dia menggantikannya pada hari yang lain.
Lihat juga waktu berbuka puasa dan imsak bagi negeri-negeri lain;
- Johor
- Kedah
- Kelantan
- Kuala Lumpur
- Labuan
- Melaka
- Negeri Sembilan
- Pahang
- Perlis
- Pulau Pinang
- Putrajaya
- Sabah
- Sarawak
- Selangor
- Terengganu
– Niat tiap-tiap hari – “Sahaja aku berpuasa esok hari di bulan Ramadan pada tahun ini kerana Allah Ta’aala”
– Niat sebulan – dilakukan pada malam pertama puasa (22 Mac 2023 – Rabu) – “Sahaja aku berpuasa di bulan Ramadan secara keseluruhannya pada tahun ini kerana Allah Ta’aala”
Waktu imsak bukanlah waktu bermulanya puasa. Maka pada tempoh tersebut dibolehkan lagi untuk makan dan minum. Namun, sekiranya telah kedengaran azan subuh, maka hendaklah berhenti serta merta dan kemudian sempurnakan puasa.
“Batal puasanya dan wajib bagi mereka tersalah berbuka awal sedangkan matahari belum tenggelam, hendaklah diqadha (ganti)”
1) Mempercepatkan berbuka puasa apabila terbenamnya matahari.
2) Disunatkan berbuka puasa dengan tamar. Sekiranya tiada tamar maka dengan air.
3) Membaca doa sebelum berbuka puasa.
4) Tidak membazir makanan ketika berbuka puasa