Jadual Waktu Berbuka Puasa dan Imsak 2023 Negeri Sabah

Jadual waktu berbuka puasa dan imsak yang dilampirkan ini adalah untuk bulan Ramadhan tahun 2023 / 1444 Hijrah bagi seluruh negeri Sabah.

Jadual waktu yang digunakan adalah berdasarkan Portal Rasmi JAKIM e-Solat bagi bulan Ramadhan 1444 Hijrah.

Takwim dan jadual ini disusun bagi memudahkan anda untuk untuk melihat atau menyemak waktu berbuka puasa dan imsak (sahur) mengikut kawasan masing-masing di negeri Sabah.

Waktu berbuka puasa dan imsak ini  disusun berdasarkan sembilan zon bagi seluruh negeri Sabah yang meliputi Bahagian Sandakan (Timur), Bukit Garam, Semawang, Temanggong, Tambisan, Bandar Sandakan, Sukau, Beluran, Telupid, Pinangah, Terusan, Kuamut, Bahagian Sandakan (Barat), Lahad Datu, Silabukan, Kunak, Sahabat, Semporna, Tungku, Bahagian Tawau (Timur), Bandar Tawau, Balong, Merotai, Kalabakan, Bahagian Tawau (Barat), Kudat, Kota Marudu, Pitas, Pulau Banggi, Bahagian Kudat, Gunung Kinabalu, Kota Kinabalu, Ranau, Kota Belud, Tuaran, Penampang, Papar, Putatan, Bahagian Pantai Barat, Pensiangan, Keningau, Tambunan, Nabawan, Bahagian Pendalaman (Atas), Beaufort, Kuala Penyu, Sipitang, Tenom, Long Pa Sia, Membakut, Weston dan Bahagian Pendalaman.

Bahagian Sandakan (Timur) – Tomanggong, Sukau, Bandar Sandakan, Samawang, Kota Kinabatangan dan Bukit Garam – Zon 1

Sabah Zon 1- Bahagian Sandakan (Timur) – Tomanggong, Sukau, Bandar Sandakan, Samawang, Kota Kinabatangan dan Bukit Garam - Waktu Berbuka Puasa dan Imsak 2023

Selain jadual berbuka puasa dan imsak, dilampirkan juga jadual waktu solat dalam bentuk pdf bagi zon 1 negeri Sabah untuk bulan Ramadhan 1444 Hijrah.

Bahagian Sandakan (Barat) – Terusan, Beluran, Kuamut, Jambongan, Paitan, Telupid, Tongod dan Pinangah – Zon 2

Sabah Zon 2- Bahagian Sandakan (Barat) – Terusan, Beluran, Kuamut, Jambongan, Paitan, Telupid, Tongod dan Pinangah - Waktu Berbuka Puasa dan Imsak 2023

Dilampirkan juga jadual waktu solat dalam bentuk pdf bagi zon 2 negeri Sabah untuk bulan Ramadhan 1444 Hijrah.

Bahagian Tawau Timur – Tambisan, Sahabat, Tungku, Semporna, Silabukan, Kunak dan Lahad Datu – Zon 3

Sabah Zon 3- Bahagian Tawau Timur – Tambisan, Sahabat, Tungku, Semporna, Silabukan, Kunak dan Lahad Datu - Waktu Berbuka Puasa dan Imsak 2023

Dilampirkan juga jadual waktu solat dalam bentuk pdf bagi zon 3 negeri Sabah untuk bulan Ramadhan 1444 Hijrah.

Bahagian Tawau Barat – Balung, Bandar Tawau, Pulau Sebatik, Merotai dan Kalabakan – Zon 4

Sabah Zon 4- Bahagian Tawau Barat – Balung, Bandar Tawau, Pulau Sebatik, Merotai dan Kalabakan - Waktu Berbuka Puasa dan Imsak 2023

Dilampirkan juga jadual waktu solat dalam bentuk pdf bagi zon 4 negeri Sabah untuk bulan Ramadhan 1443 Hijrah.

Bahagian Kudat – Pulau Banggi, Pitas, Kota Marudu, Matunggong dan Kudat – Zon 5

Sabah Zon 5- Bahagian Kudat – Pulau Banggi, Pitas, Kota Marudu, Matunggong dan Kudat - Waktu Berbuka Puasa dan Imsak 2023

Dilampirkan juga jadual waktu solat dalam bentuk pdf bagi zon 5 negeri Sabah untuk bulan Ramadhan 1444 Hijrah.

Gunung Kinabalu (Ketinggian 4,101M) – Zon 6

Sabah Zon 6- Gunung Kinabalu (Ketinggian 4101M) Waktu Berbuka Puasa dan Imsak 2023

Dilampirkan juga jadual waktu solat dalam bentuk pdf bagi zon 6 negeri Sabah untuk bulan Ramadhan 1444 Hijrah.

Bahagian Pantai Barat – Ranau, Kota Belud, Tuaran, Tamparuli, Penampang, Kota Kinabalu, Putatan dan Papar – Zon 7

Sabah Zon 7- Bahagian Pantai Barat – Ranau, Kota Belud, Tuaran, Tamparuli, Penampang, Kota Kinabalu, Putatan dan Papar - Waktu Berbuka Puasa dan Imsak 2023

Dilampirkan juga jadual waktu solat dalam bentuk pdf bagi zon 7 negeri Sabah untuk bulan Ramadhan 1444 Hijrah.

Bahagian Pedalaman (Atas) – Persiangan, Nabawan, Sook, Sepulut, Tambunan dan Keningau – Zon 8

Sabah Zon 8- Bahagian Pedalaman (Atas) – Persiangan, Nabawan, Sook, Sepulut, Tambunan dan Keningau - Waktu Berbuka Puasa dan Imsak 2023

Dilampirkan juga jadual waktu solat dalam bentuk pdf bagi zon 8 negeri Sabah untuk bulan Ramadhan 1444 Hijrah.

Bahagian Pedalaman (Bawah) – Tenom, Long Pa Sia, Membakut, Beaufort, Kuala Penyu, Weston, Menumbok dan Sipitang – Zon 9

Sabah Zon 9- Bahagian Pedalaman (Bawah) – Tenom, Long Pa Sia, Membakut, Beaufort, Kuala Penyu, Weston, Menumbok dan Sipitang - Waktu Berbuka Puasa dan Imsak 2023

Dilampirkan juga jadual waktu solat dalam bentuk pdf bagi zon 9 negeri Sabah untuk bulan Ramadhan 1444 Hijrah.

Perkara-perkara Yang Disunatkan Ketika Berbuka Puasa

  1. Mempercepatkan berbuka puasa apabila terbenamnya matahari. 
  2. Disunatkan berbuka puasa dengan tamar. Sekiranya tiada tamar maka dengan air. 
  3. Membaca doa sebelum berbuka puasa. 
  4. Tidak membazir makanan ketika berbuka puasa

Selain itu juga, kita digalakkan untuk memberi makan /menjamu orang yang berbuka puasa kerana mempunyai fadhilat yang begitu besar.

Rasulullah s.a.w bersadba yang bermaksud;

“Siapa yang memberi makan orang yang berpuasa maka baginya pahala seumpamanya tanpa sedikitpun kurang pahala orang berpuasa.”

(Riwayat Ahmad, al-Tarmizi dan al-Baihaqi)

Perkara-perkara Yang Disunatkan Ketika Bersahur

Bersahur merupakan amalan sunat berdasarkan hadith yang diriwayatkan daripada Anas RA, bahawa Nabi SAW bersabda yang bermaksud;

Bersahurlah kamu kerana sesungguhnya sahur itu ada keberkatan”

(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Sahur adalah berkat kerana ia membantu menguatkan orang yang berpuasa.

Waktu bersahur ialah bermula pertengahan malam hingga terbit fajar namun disunatkan mengakhirkan waktu sahur.

Diriwayatkan daripada Zaid bin Thabit RA bahawa beliau berkata;

“Kami telah bersahur bersama Rasulullah s.a.w, kemudian bangkit untuk solat (Subuh) dan kadar antara azan (Subuh) dan sahur itu sekadar bacaan lima puluh ayat”

(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Seseorang itu dikira bersahur walaupun dengan minum seteguk air. Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud;

Sahur itu berkat, maka janganlah kamu tinggalkannya walau seseorang antara kamu (hanya) meneguk seteguk air”. 

Apa Hukumnya Tersalah Berbuka Puasa Awal Kerana Azan di Radio?

Tersalah buka puasa awal kerana azan di radio

Menurut Mufti Wilayah Persekutuan sekiranya adalah berbuka puasa awal disebabkan azan yang salah di Radio;

“Batal puasanya dan wajib bagi mereka tersalah berbuka awal sedangkan matahari belum tenggelam, hendaklah diqadha (ganti)”

Bagaimana Jika Tersalah Bersahur Dengan Makan dan Minum Selepas Azan Subuh?

Tidak batal puasa dan harus hukumnya bagi seseorang yang meneruskan makan dan minum dalam keadaan dia ragu-ragu bahawa telah tamat waktu sahur

Namun jika sekiranya jelas kepadanya bahawa dia tersalah dengan makan selepas habis waktu sahur, maka batal puasanya dan hendaklah dia menggantikannya pada hari yang lain

Rujukan; https://www.muftiwp.gov.my/artikel/irsyad-fatwa/edisi-ramadhan/3410-irsyad-al-fatwa-khas-ramadhan-siri-ke-130-hukum-tersalah-bersahur-atau-berbuka-puasa-bukan-pada-waktunya?

Lihat juga waktu berbuka puasa dan imsak bagi negeri-negeri lain;

Apakah niat puasa bulan Ramadhan?

– Niat tiap-tiap hari – “Sahaja aku berpuasa esok hari di bulan Ramadan pada tahun ini kerana Allah Ta’aala”

– Niat sebulan – dilakukan pada malam pertama puasa (22 Mac 2023 – Rabu) – “Sahaja aku berpuasa di bulan Ramadan secara keseluruhannya pada tahun ini kerana Allah Ta’aala”

Adakah masuk waktu imsak bermulanya puasa?

Waktu imsak bukanlah waktu bermulanya puasa. Maka pada tempoh tersebut dibolehkan lagi untuk makan dan minum. Namun, sekiranya telah kedengaran azan subuh, maka hendaklah berhenti serta merta dan kemudian sempurnakan puasa.

Apa Hukumnya Tersalah Berbuka Puasa Awal Kerana Azan di Radio?

“Batal puasanya dan wajib bagi mereka tersalah berbuka awal sedangkan matahari belum tenggelam, hendaklah diqadha (ganti)”

Apakah Perkara-perkara Yang Disunatkan Ketika Berbuka Puasa?

1) Mempercepatkan berbuka puasa apabila terbenamnya matahari. 
2) Disunatkan berbuka puasa dengan tamar. Sekiranya tiada tamar maka dengan air. 
3) Membaca doa sebelum berbuka puasa. 
4) Tidak membazir makanan ketika berbuka puasa

Scroll to Top