Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri (BKKA) yang bakal disalurkan adalah inisiatif tambahan menerusi pembentangan Belanjawan 2023 yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri melibatkan seramai 850,000 orang pekebun kecil getah, pesawah dan nelayan.
Bagi pekebun kecil getah di bawah seliaan RISDA, bantuan ini melibatkan peruntukan berjumlah RM 63.75 juta yang memberi manfaat kepada seramai 318,642 orang pekebun kecil getah di seluruh negara di mana masing-masing menerima bantuan berjumlah RM200 seorang.
Bantuan ini dilaksakan bertujuan bagi meringankan bebanan kewangan dan memberi keceriaan kepada golongan pekebun kecil getah untuk memenuhi keperluan sempena sambutan Hari Raya Aidiliftiri yang bakal tiba.
Secara umumnya, bakal penerima BKKA adalah dari kalangan penerima Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) Tahun 2022. Bantuan ini akan dikreditkan terus ke akaun bank penerima sepertimana yang telah didaftarkan dengan RISDA.
BKKA disasarkan kepada pekebun kecil getah yang mempunyai keluasan kebun di bawah 2.5 hektar.
Tarikh Bayaran
Kerajaan melalui Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) dan agensinya, Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) melaksanakan penyaluran Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri (BKKA) kepada pekebun kecil getah mulai 14 April 2023.
BKKA yang diumumkan sebelum ini dicadang penyalurannya bermula 17 April diawalkan atas faktor keprihatinan keperluan persediaan awal untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri tahun 2023.
Inisiatif mempercepatkan penyaluran ini dilaksanakan bagi meringankan beban ekonomi pekebun kecil yang bergantung hasil daripada penanaman getah untuk menyara kehidupan seharian.
Selain itu, Kerajaan turut mengambil berat kepada pekebun kecil terhadap masalah ketidaktentuan keadaan cuaca, tempoh harian yang pendek untuk melaksanakan aktiviti penorehan serta ketidakstabilan harga getah di pasaran.
Justeru, BKKA yang diawalkan penyaluran ini bakal memanfaatkan seramai 318,642 orang pekebun kecil getah di seluruh negara di mana masing-masing menerima bantuan berjumlah RM 200 seorang.
BKKA pekebun kecil getah melibatkan peruntukan berjumlah RM 63.75 juta dimana penerimanya adalah dari kalangan penerima Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) Tahun 2022. Bantuan ini akan dikreditkan terus ke akaun bank penerima sepertimana yang telah didaftarkan dengan RISDA.
BKKA yang disalurkan ini adalah inisiatif tambahan menerusi pembentangan Belanjawan 2023 yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim melibatkan seramai 850,000 pekebun kecil getah, pesawah dan nelayan
Semakan Bantuan
Pemohon bantuan boleh menyemak status bayaran melalui laman sesawang https://bmt.risda.gov.my/bmtsemakanstatus/
Sumber: RISDA – Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah
Lihat juga;
- Senarai Bantuan Kewangan Bagi Bulan April 2023 Sempena Raya
- Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri (BKKA) Penjawat Awam 2023
- Pemeriksaan Kenderaan Percuma di PUSPAKOM Sempena Raya
Soalan Lazim (FAQ)
Bantuan ini merupakan inisiatif tambahan menerusi pembentangan Belanjawan 2023 yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri melibatkan seramai 850,000 orang pekebun kecil getah, pesawah dan nelayan.
RM200
14 April 2023 (Jumaat)