Pemeriksaan Kenderaan Sukarela Secara Percuma Di PUSPAKOM Sempena Perayaan Aidilfitri, Boleh Menang Hadiah Lagi!
Bersempena sambutan hari Raya Aidilfitri pada tahun ini, Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM) menawarkan pemeriksaan kenderaan sukarela secara percuma kepada semua pemandu dan pemilik kenderaan peribadi bermula dari Isnin 10 April hingga 20 April 2023 (Khamis).
Antara tujuan utama PUSPAKOM menyediakan pemeriksaan percuma adalah bagi memastikan kenderaan berada pada tahap terbaik sebelum memulakan perjalanan sempena sambutan perayaan Aidilfitri.
Dalam pada itu, PUSPAKOM juga mengadakan peraduan “Peraduan Jawab & Menang” di mana pelanggan PUSPAKOM yang hadir Pemeriksaan Kenderaan Secara Sukarela sama ada di cawangan PUSPAKOM atau menggunakan perkhidmatan bergerak PUSPAKOM berpeluang menerima baucar KFC bernilai RM100!
Tempoh Pemeriksaan Percuma
Pemeriksaan Percuma ditawarkan selama 10 Hari bermula 10 April 2023 hingga 20 April 2023.
Lokasi dan Waktu
Pada kempen kali ini, PUSPAKOM akan memberikan layanan VIP kepada anda yang menjalani pemeriksaan sukarela di mana anda boleh hadir terus ke cawangan tanpa perlu temujanji dan turut diberi keutamaan!
Pemeriksaan secara percuma ini boleh dibuat di semua cawangan PUSPAKOM kecuali;
- Taman Bukit Maluri
- Shah Alam;
- Pasir Gudang
Waktu pemeriksaan bermula dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang.
Unit Pemeriksaan Bergerak

Selain itu, Unit Pemeriksaan Bergerak juga menawarkan pemeriksaan percuma di beberapa lokasi terpilih sebagaimana berikut;
JADUAL PERKHIDMATAN BERGERAK 9.00 PAGI HINGGA 4.00 PETANG
- 12 April 2023 (Rabu) – Sinar Karangkraf Sdn. Bhd., Selangor
- 15 April 2023 (Sabtu) – Setia Alam Impian, Selangor
- 19 April 2023 (Rabu) – Lotus’s Ara Damansara, Selangor
Aspek Pemeriksaan
Pemeriksaan kenderaan sukarela ini akan memberi tumpuan kepada aspek keselamatan antaranya;
- Sistem brek
- Pelincir sisi
- Tayar
- Asap
- Lampu
- Bahagian bawan & atas kenderaan
- Cermin gelap

Peraduan Jawab dan Menang Baucar KFC RM100
Bagi merancakkan lagi kempen pemeriksaan kenderaan secara percuma ini, PUSPAKOM turut mengadakan Peraduan Jawab dan Menang sebagaimana syarat berikut;
- Jawab 2 soalan dengan betul dan anda berpeluang menerima baucar KFC bernilai RM100!
- Peraduan dibuka mulai 10 April hingga 20 April 2023.
- Peraduan ini terbuka kepada semua pelanggan PUSPAKOM yang hadir Pemeriksaan Kenderaan Secara Sukarela sama ada di cawangan PUSPAKOM atau menggunakan perkhidmatan bergerak PUSPAKOM.
- 30 pemenang bertuah akan dipilih secara rawak dan penganjur akan menghubungi para pemanang melalui e-mel.
- Sila pastikan anda mengguna alamat yang betul untuk tujuan penerimaan baucar KFC.
- Sila ikuti Facebook Puspakom Sdn Bhd untuk pengumuman senarai pemenang.
Penyertaan peraduan adalah melalui pautan Google Doc berikut;
https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSfLHwdvrkic2bzUuDJbwql3FnoJ7jZRIS7NC3gVVz7Gw40new/viewform?
Info Lanjut dan Pertanyaan
Sila layari Facebook Puspakom Sdn Bhd untuk info terkini.
Hubungi PUSPAKOM di 03-5101 7000 dari Isnin hingga Jumaat, 8.30 pagi – 5.45 petang, e-mel kepada PUSPAKOM di [email protected] atau Live Chat bersama PUSPAKOM di laman web ini atau di www.mypuspakom.com.my.
Soalan Lazim
Menjelang Aidilfitri, Puspakom Sdn Bhd (Puspakom) menawarkan pemeriksaan kenderaan percuma secara sukarela atau VVI kepada kenderaan persendirian
bermula 10 April hingga 20 April 2023.
Kempen itu bertujuan membantu pemilik mengetahui keadaan kenderaan mereka melalui pemeriksaan yang menggunakan peralatan berkomputer dan salah satu langkah memastikan keselamatan jalan raya sempena Aidilfitri.
Sistem brek
Pelincir sisi
Tayar
Asap
Lampu
Bahagian bawan & atas kenderaan
Cermin gelap
Pemeriksaan bermula jam 8 pagi – 5 petang di cawangan PUSPAKOM seluruh negara kecuali;
1. Shah Alam, Selangor
2. Taman Bukit Maluri, Kuala Lumpur
3. Pasir Gudang, Johor