Biasiswa Yayasan Terengganu Peringkat Master & PhD 2023

TAWARAN BIASISWA YAYASAN TERENGGANU PERINGKAT SARJANA (MASTER) & DOKTOR FALSAFAH (PHD) KOHORT 1 TAHUN 2023

Sukacitanya Yayasan Terengganu berbesar hati membuka tawaran ‘TAWARAN BIASISWA YAYASAN TERENGGANU PERINGKAT SARJANA (MASTER) & DOKTOR FALSAFAH (PHD) KOHORT 1 TAHUN 2023’ kepada anak-anak Negeri Terengganu yang berkelayakan.

Calon-calon yang berkelayakan bolehlah memohon biasiswa ini sebelum tarikh tutup permohonan dengan melengkapkan segala maklumat yang diperlukan.

Tempoh Permohonan

Permohonan dibuka mulai 9 April – 22 April 2023.

Permohonan Biasiswa Yayasan Terengganu Bagi Peringkat Phd, Master & ACCA Kohort 1:2023

Syarat Umum Permohonan

  1. Pemohon mestilah terdiri daripada rakyat Negeri Terengganu di mana salah seorang ibu atau bapa pemohon berkenaan lahir di Negeri Terengganu.
  2. Pemohon dan/atau ibu/bapa bukan rakyat Terengganu tetapi bermastautin selama 10 tahun atau lebih juga boleh memohon dengan menyertakan Sijil Kerakyatan atau surat akuan bermastautin.
  3. Ibu/bapa dan/atau pemohon mestilah mendaftar sebagai pemilih/pengundi di Negeri Terengganu.
  4. Keutamaan kepada pemohon dari keluarga berpendapatan rendah (B40)

Syarat Khusus Program Sarjana

  1.  Lulus Ijazah Sarjana Muda dari universiti-universiti dan kursus yang diiktiraf ( dalam dan luar negara ) dengan mendapat sekurang- kurangnya CGPA 3.50 atau setaraf.
  2. Telah mendapat tawaran dan telah mendaftar di universiti-universiti awam dalam negara.
  3. Pengajian sepenuh masa dan tidak bekerja.
  4. Berumur tidak melebihi 28 tahun semasa memohon.
  5. Bagi pemohon dari mod penyelidikan, pertimbangan hanya akan diberikan kepada calon yang telah melepasi peringkat Proposal Defence.

Syarat Khusus Program Ph.D

  1. Lulus Ijazah Sarjana (Mod Penyelidikan) atau sekurang-kurangnya CGPA 3.50 (Mod Kerja Kursus atau Campuran) dari universiti- universiti dan kursus yang diiktiraf ( dalam dan luar negara ).
  1. Lulus Ijazah Sarjanamuda dari universiti-universiti dan kursus yang diiktiraf (dalam dan luar negara) dengan mendapat sekurang- kurangnya CGPA 3.00 (bidang Iktisas) dan 3.50 (bukan iktisas) atau setaraf.
  2. Telah mendapat tawaran dan telah mendaftar di universiti-universiti awam dalam negara.
  3. Pengajian sepenuh masa dan tidak bekerja.
  4. Berumur tidak melebihi 32 tahun semasa memohon.
  5. Pertimbangan hanya akan diberikan kepada calon yang telah melepasi peringkat Proposal Defence.

Cara Memohon

Permohonan perlu dikemukakan secara atas talian (on-line) menerusi pautan berikut;

https://ytpenajaan.terengganu.gov.my

Pemohon yang belum mempunyai akaun atau kali pertama memohon, perlu “DAFTAR AKAUN” sebelum mengisi maklumat yang diperlukan.

Permohonan mesti dilengkapkan dengan memuatnaik (upload) semua dokumen yang diperlukan.

Info Lanjut dan Pertanyaan

Maklumat lanjut mengenai Biasiswa Yayasan Terengganu Peringkat Sarjana (Master) & Doktor Falsafah, boleh layari laman web

https://yt.gov.my/

Telefon:  09 – 6211800

Sumber: Laman Web Rasmi Yayasan Terengganu