TAWARAN BIASISWA YAYASAN TERENGGANU PROGRAM PERAKAUNAN PROFESIONAL ACCA KOHORT 1 TAHUN 2023
Sukacitanya Yayasan Terengganu berbesar hati membuka tawaran ‘TAWARAN BIASISWA YAYASAN TERENGGANU PROGRAM PERAKAUNAN PROFESIONAL ACCA KOHORT 1 TAHUN 2023’ kepada anak-anak Negeri Terengganu yang berkelayakan.
Calon-calon yang berkelayakan bolehlah memohon biasiswa ini sebelum tarikh tutup permohonan dengan melengkapkan segala maklumat yang diperlukan.
Apakah Tawaran Biasiswa Bagi Program Perakaunan Profesional ACCA Di bawah Yayasan Terengganu?
Skim biasiswa ini diwujudkan bagi menggalakkan lebih ramai anak-anak Terengganu memperoleh kelayakan Pensijilan Perakaunan Professional dari Association of Chartered Certified Accountant (ACCA).
Biasiswa ini merangkumi Yuran Pengajian, Penginapan, Wang Saku dan lain-lain termasuk Professional Bodies Fees tertakluk kepada pengesahan bilangan kertas pengecualian dari pihak ACCA.
Tempoh pengajian/biasiswa :
- 1 hingga 1 ½ tahun bagi Lepasan Ijazah
- 2 ½ hingga 3 tahun bagi lepasan Matrik JPPro/CAT/Diploma
Pusat Pengajian : UiTM atau Kolej INTEC, Shah Alam
Tempoh Permohonan Biasiswa
Permohonan dibuka mulai 9 April – 22 April 2023.

Syarat Umum Permohonan
- Pemohon mestilah terdiri daripada rakyat Negeri Terengganu di mana salah seorang ibu atau bapa pemohon berkenaan lahir di Negeri Terengganu.
- Pemohon dan/atau ibu/bapa bukan rakyat Terengganu tetapi bermastautin selama 10 tahun atau lebih juga boleh memohon dengan menyertakan Sijil Kerakyatan atau surat akuan bermastautin.
- Ibu/bapa dan/atau pemohon mestilah mendaftar sebagai pemilih/pengundi di Negeri Terengganu.
- Keutamaan kepada pemohon dari keluarga berpendapatan rendah (B40)
Syarat Khusus
1) Lepasan Ijazah
- Lulus Ijazah Sarjana Muda Perakaunan atau yang setaraf dari IPT yang diiktiraf dengan memperolehi sekurang-kurangnya CGPA 3.00.
- Berumur tidak lebih dari 28 tahun (Sepenuh Masa) dan 32 tahun (Separuh Masa)
- Telah mendapat pengesahan kelayakan pengecualian sembilan (9) subjek ACCA.
2) Lepasan Certified Accounting Technician (CAT)/Matrikulasi JPPro
- Mendapat sekurang-kurangnya markah 65 pada peringkat CAT/JPPro.
- Berumur tidak lebih daripada 21 tahun.
- Telah mendapat pengesahan kelayakan pengecualian 3 subjek ACCA.
3) Lepasan Diploma Perakaunan
- Mendapat sekurang-kurangnya CGPA 3.5 Diploma Perakaunan dari IPT yang diiktiraf, kepujian Gred A dalam subjek Matematik dan sekurang-kurangnya Gred B dalam subjek Bahasa Inggeris pada peringkat SPM.
- Berumur tidak lebih daripada 22 tahun.
- Telah mendapat pengesahan kelayakan pengecualian 3 subjek ACCA.
Cara Memohon
Permohonan perlu dikemukakan secara atas talian (on-line) menerusi pautan berikut;
https://ytpenajaan.terengganu.gov.my
Pemohon yang belum mempunyai akaun atau kali pertama memohon, perlu “DAFTAR AKAUN” sebelum mengisi maklumat yang diperlukan.
Permohonan mesti dilengkapkan dengan memuatnaik (upload) semua dokumen yang diperlukan.
Info Lanjut dan Pertanyaan
Maklumat lanjut mengenai Tawaran Biasiswa Yayasan Terengganu Program Perakaunan Profesional ACCA Kohort 1 Tahun 2023, boleh layari laman web
Telefon: 09 – 6211800
Sumber: Laman Web Rasmi Yayasan Terengganu