Seramai 850,000 pekebun kecil getah, nelayan dan pesawah bakal menerima Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri sebanyak RM200.
Perkara itu dimaklumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Negara hari ini yang mana merupakan tambahan daripada bantuan yang telah diumum dalam Belanjawan 2023.
“Sebelum ini, kerajaan umumkan bantuan sebanyak RM300 sebulan bagi nelayan dan RM200 untuk pekebun kecil getah untuk tiga bulan (semusim).
“Bantuan musim tengkujuh juga kita naikkan daripada RM600 kepada RM800. Namun keadaan hidup hidup rakyat miskin ini masih terasa.
“Oleh demikian, saya lihat masih ada masalah terutama bulan Ramadan, maka saya bersetuju untuk menyalurkan Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri sebanyak RM200 yang menelan belanja RM170 juta,” katanya.
Tambah Anwar, penambahan tersebut merupakan peruntukan terbesar diberikan kerajaan kepada golongan berkenaan.
Apa Itu Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri Pesawah & Nelayan?
Bantuan ini diberikan bagi membantu pesawah dan nelayan dalam membuat persediaan bagi menyambut Hari Raya
Ia merupakan keprihatinan kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam memastikan nasib pesawah dan nelayan sentiasa terpelihara dalam menghadapi cabaran kos sara hidup yang tinggi selaras dengan kerangka visi Malaysia MADANI.
Kelayakan Bantuan
Bayaran LAYAK diberikan kepada:
- Pesawah, nelayan laut dan nelayan darat Warganegara Malaysia;
- Pesawah yang terlibat dalam aktiviti penanaman padi pada tahun 2022 dan berdaftar dengan agensi yang dilantik oleh Kerajaan tertakluk kepada syarat khusus yang ditetapkan oleh Bahagian Pembangunan Industri Padi, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM);
- Nelayan laut yang aktif menjalankan aktiviti penangkapan ikan dan berdaftar dengan agensi yang dilantik oleh Kerajaan tertakluk kepada syarat khusus yang ditetapkan oleh Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM); dan
- Nelayan darat yang aktif menjalankan aktiviti penangkapan ikan dan berdaftar dengan agensi yang dilantik oleh Kerajaan tertakluk kepada syarat khusus yang ditetapkan oleh Jabatan Perikanan Malaysia (DOF).
Tarikh Bayaran
Mulai 10 April 2023 (Isnin)
Jumlah Bayaran
RM200 (one-off)
Kaedah Pemberian Bantuan
Penyaluran bantuan kepada pesawah dan nelayan yang layak secara one -off sebanyak
RM200 seorang akan dibayar mulai 10 April 2023 melalui agensi seperti berikut:
Pesawah
- Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP);
- Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA); dan
- Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA).
Nelayan laut
- Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM)
Nelayan darat
- Jabatan Perikanan Malaysia (DOF)
Info Lanjut dan Pertanyaan
Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan berkenaan Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri bagi pesawah dan nelayan, sila hubungi pihak KPKM dan Jabatan/Agensi KPKM daripada jam 9.00 pagi hingga 4.00 petang seperti berikut:
- Bilik Gerakan Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri KPKM: 03-8870 1759/ 1760/ 1761;
- Jabatan Perikanan Malaysia (DOF): 03-8870 4422/ 4475;
- Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP): 03-2610 9664;
- Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM): 03-8064 9303;
- Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA): 04-772 8255; dan
- Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA): 09-745 5388 samb. 5433
Jam 9.00 pagi hingga 4.00 petang
- Ahad hingga Khamis (MADA dan KADA)
- Isnin hingga Jumaat (KPKM, DOF, LKIM dan LPP) Kecuali pada hari cuti umum