Permohonan Guru 2023: Pegawai Pendidikan Gred 41 SPP

PERMOHONAN JAWATAN PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN GRED DG41 TAHUN 2023.

Bagi mengatasi masalah kekurangan guru di seluruh negara, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) membuka permohonan dan pengambilan bagi 19,000 jawatan Pegawai Pendidikan Gred 41 mulai 7 April 2023.

Permohonan boleh dibuat secara atas talian melalui laman portal mySPP yang dikendalikan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP).

Terdapat 2 lantikan bagi permohonan jawatan yang ditawarkan iaitu secara tetap dan secara kontrak.

Tarikh Tutup Permohonan

21 April 2023 (Jumaat)

Hebahan Permohonan Jawatan Pegawai Pendidikan Gred DG41 Tahun 2023

  1. Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) mempelawa graduan yang telah menamatkan pengajian dan memperoleh keputusan senat universiti pada tarikh tutup hebahan ini bagi memohon jawatan sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG41 di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia.
  2. Permohonan jawatan ini terbuka kepada semua:

     a. GRADUAN PENDIDIKAN bagi lantikan tetap dan syarat permohonan adalah di sini; dan

     b. GRADUAN BUKAN PENDIDIKAN bagi lantikan secara Contract of Service (CoS) dan syarat permohonan
        adalah di sini.

  1. Graduan yang memenuhi syarat dikehendaki memohon atau mengemas kini maklumat permohonan melalui Sistem Pengambilan Anggota Perkhidmatan Pendidikan (mySPP) (https://myspp.spp.gov.my/) sebelum atau pada 21 April 2023 (Jumaat).
  2. Graduan yang telah memohon atau mengemas kini maklumat permohonan melalui mySPP bagi tempoh 1 Januari 2023 sehingga 6 April 2023 TIDAK PERLU membuat pengemaskinian sepanjang tempoh hebahan ini.
  3. Graduan juga TIDAK DIBENARKAN untuk mengemas kini permohonan selepas daripada tarikh tutup hebahan iaitu bermula 22 April 2023 sehingga 1 Jun 2023.
  4. Pemohon adalah diingatkan untuk memastikan maklumat yang diisi/ dikemas kini di dalam mySPP adalah tepat. Sebarang kesilapan dalam mengisi atau mengemas kini maklumat akan menjejaskan peluang untuk dipanggil temu duga.
  5. Hanya Graduan yang melepasi tapisan serta memenuhi syarat sahaja akan dipertimbangkan untuk panggilan temu duga mengikut opsyen yang akan ditentukan oleh SPP dan keputusan panggilan temu duga adalah MUKTAMAD. Sebarang rayuan tidak akan dilayan.
** PERINGATAN PENTING! **
Pemohon dinasihatkan untuk membuat permohonan/kemaskini menggunakan komputer & komputer riba sahaja. Penggunaan peranti mudah alih hanya boleh dibuat bagi tujuan SEMAKAN sahaja. Segala kesulitan amatlah dikesali.

Di bawah Seksyen 5, Akta Suruhanjaya-suruhanjaya Perkhidmatan 1957 (Semakan 1989), seseorang pemohon yang memberi maklumat palsu atau mengelirukan kepada Suruhanjaya berkaitan sesuatu permohonan untuk mendapatkan pekerjaan atau pelantikan adalah melakukan kesalahan dan jika disabitkan boleh dihukum penjara selama tempoh dua (2) tahun atau denda dua ribu Ringgit Malaysia (RM2,000) atau kedua-duanya sekali.

Panduan Pengguna Bagi Pendaftaran Sistem Pengambilan Anggota Perkhidmatan Pendidikan (mySPP)

Bagi memudahkan urusan permohonan, berikut adalah panduan bagi pendaftaran MyID dan cara mengisi mySPP.

Info Lanjut dan Pertanyaan 

Sebarang pertanyaan boleh hubungi Hotline mySPP sebagaimana maklumat berikut;

  • Urusan Pengambilan 03-8893 4019 / 4020
  • Urusan Teknikal 03-8893 4021

Sumber: Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan

Soalan Lazim

Berikut adalah soalan lazim mengenai Permohonan Jawatan Pegawai Pendidikan Gred DG41 Tahun 2023

Bilakah tempoh pengambilan dibuka?

Mulai 7 April 2023 – 21 April 2023 (2 Minggu)

Apakah jenis jawatan yang ditawarkan?

Lantikan tetap – bagi graduan pendidkan
Lantikan kontrak – bagi graduan bukan pendidikan

Bagaimana cara membuat permohonan Jawatan Pegawai Pendidikan Gred DG41 Tahun 2023?

https://myspp.spp.gov.my/