STR Fasa 2: Maklumat Pembayaran Bantuan Rahmah

Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 2 kini dalam proses bayaran mulai 5 April 2023 (Rabu) kepada penerima yang layak dari kategori Isi rumah, Warga emas tiada pasangan dan golongan bujang.

Pembayaran STR Fasa 2 ini membabitkan implikasi kewangan berjumlah RM1.26 bilion akan dikreditkan ke dalam akaun bank penerima yang berdaftar di dalam pangkalan data STR.

Namun ramai yang bertanya bermacam-macam soalan mengenai bayaran fasa 2 ini.

Oleh yang demikian, LHDNM telah senaraikan maklumat lengkap mengenai pembayaran fasa 2 ini dalam soalan lazim di portal MySTR.

Tarikh Bayaran

  • Ada Akaun Bank – Dikreditkan ke akaun bank mulai 05 April 2023 secara berperingkat.
  • Tiada Akaun Bank – Tuntutan tunai di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai 05 April 2023.

Kadar dan Amaun Pembayaran

  • RM200  = Isi Rumah Kahwin & Ibu Bapa Tunggal (IBT) Mempunyai Anak
  • RM100 = Warga Emas Tiada Pasangan
  • RM100 = Bujang

Siapakah yang layak menerima pembayaran pada STR Fasa 2?

Untuk makluman, ini merupakan soalan yang sering ditanya oleh penerima STR dan pemohon baharu STR.

Antara soalan yang ditanya adalah;

  • Saya baru mohon bulan 3 hari tu? Kenapa saya tidak dapat STR?
  • Saya baru kemas kini status bujang kepada kahwin baru-baru ini? Kenapa saya dapat RM100 sahaja?

LHDNM telah mengeluarkan infografik bagi memaklumkan tentang siapa penerima bayaran bagi fasa 2 STR ini sebagaimana infografik berikut;

Penerima Bayaran STR Fasa 2

Penerima STR yang layak menerima bayaran Fasa 2 adalah merujuk kepada penerima STR Fasa 1 yang telah disemak silang dengan data kematian pemohon dan pasangan sehingga 28 Februari 2023.

Oleh yang demikian, PERMOHONAN BAHARU / KEMAS KINI STR YANG BUKAN PENERIMA FASA 1 & FASA 2, BAYARAN AKAN DILAKUKAN PADA FASA 3 KEPADA PENERIMA STR YANG LAYAK.

Kaedah Pembayaran Fasa 2

Pembayaran STR Fasa kedua adalah berdasarkan kaedah pembayaran STR Fasa 1 seperti berikut:

i.  Kredit ke akaun bank

Pembayaran akan dikreditkan ke akaun bank penerima / pasangan secara berperingkat.

ii. Tunai di Kaunter BSN

Pembayaran akan dilakukan secara tunai sekiranya:

a. Pembayaran STR Fasa 1 adalah secara tunai

b. Status pengkreditan gagal kredit

c. Tiada maklumat akaun bank

Semakan Status Pembayaran

Bagaimanakah saya boleh mengetahui saya adalah penerima bayaran STR Fasa 2?

Semakan status bayaran boleh dibuat mulai 05 April 2023 melalui:

  1. Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah LHDNM, https://bantuantunai.hasil.gov.my dengan memilih menu Log Masuk MySTR > Semakan Pembayaran Fasa 2; atau
  2. Aplikasi Semakan Sumbangan Tunai Rahmah dengan memuat turun di Play Store / App Store pada telefon bimbit; atau
  3. Hubungi LHDNM: 1-800-88-2747 (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang); atau
  4. Hubungi MOF: 03-8882 4565 / 4566 (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang); atau
  5. Hadir ke LHDNM yang berhampiran.

Sekiranya anda membuat semakan status pembayaran melalui Portal Rasmi STR https://bantuantunai.hasil.gov.my caranya adalah sebagaimana berikut;

  • Klik Log Masuk MySTR
  • Masukkan Nombor MyKad Pemohon
  • Pengesahan Kata Kunci Keselamatan
  • Masukkan Kata Laluan
  • Klik Semakan Status
  • Klik Maklumat Bayaran

Nota: Sekiranya anda membuat semakan status pembayaran pada MySTR tetapi tiada maklumat bayaran Fasa 2 yang dipaparkan bermaksud anda bukan penerima STR Fasa 2. (rujuk infografik LHDN di atas)

Pembayaran STR Secara Tunai Di Kaunter BSN

Bayaran secara tunai pula akan turut dilakukan mulai 5 April 2023 (Rabu) di seluruh Cawangan BSN. Pelanggan perlu membawa kad pengenalan untuk tujuan pengesahan.

Hanya wakil yang didaftarkan sahaja dibenarkan untuk mewakili penerima bagi penunaian STR.

Rujuk laman sesawang STR untuk maklumat lanjut.

Dokumen yang perlu dibawa semasa mewakilkan penerima bagi penunaian STR Fasa 2 di BSN

Dokumen yang perlu dikemukakan oleh waris yang didaftarkan adalah seperti berikut:

  1. Kad pengenalan (asal atau salinan) penerima;
  2. Kad pengenalan (asal) waris: dan
  3. Dokumen pembuktian pertalian antara penerima dan waris
Dokumen pembuktian waris tunai str fasa 2

Maybank Dah Masuk?

Walaupun secara rasminya pembayaran STR Fasa 2 bermula 5 April 2023, namun ada beberapa rakan netizen di Facebook memaklumkan sudah menerima bayaran Maybank pada 4 April 2023 iaitu hari Selasa.

Maybank dah masuk Fasa 2 STR kategori keluarga

Untuk makluman, pembayaran melalui pengkreditan ke dalam akaun Maybank dilakukan secara berperingkat berdasarkan maklumat penerima yang telah dikemukakan ole LHDNM kepada Maybank Bank.

Pelanggan dinasihatkan untuk membuat semakan akaun masing-masing melalui perbankan internet Maybank2u  atau Mesin Teler Automatik (ATM) Maybank.

Semakan secara perbankan melalui Maybank Click boleh dibuat melalui portal rasmi berikut;

https://www.maybank2u.com.my/

CIMB Dah Masuk?

Sama seperti Maybank, kali ini netizen cakap dapat awal untuk CIMB. Di Facebook mereka memaklumkan sudah menerima bayaran CIMB seawal 4 April 2023 lagi iaitu hari Selasa.

Info Facebook CIMB Dah masuk Fasa 2 Zaitasneem

Untuk makluman, pembayaran melalui pengkreditan ke dalam akaun CIMB dilakukan secara berperingkat berdasarkan maklumat penerima yang telah dikemukakan ole LHDNM kepada CIMB Bank.

Pelanggan dinasihatkan untuk membuat semakan akaun masing-masing melalui perbankan internet Cimb Click  atau Mesin Teler Automatik (ATM) BSN.

Semakan secara perbankan melalui Cimb Click boleh dibuat melalui portal rasmi berikut;
https://www.cimbclicks.com.my/

Kenapa  Duit STR Belum Masuk?

Dengan 8.7 juta penerima dan pembayaran berjumlah RM1.26 bilion, sudah pasti ia akan mengambil sedikit masa sebelum dikreditkan ke dalam akaun masing-masing. 

Jadi kalau belum masuk lagi pada pada hari ini, jangan risau kerana bayaran dibuat secara berperingkat. Ini kerana jumlah yang besar dan bilangan penerima yang ramai ini memerlukan sedikit masa pembayaran.

Sekiranya anda lewat menerima bayaran ini, diharapkan bersabar kerana pembayaran dibuat mengikut bank masing-masing.

Lain-Lain Soalan Berkaitan Bayaran Fasa 2

Akaun bank semasa saya menerima STR Fasa 1 berstatus tidak aktif / tutup, bagaimanakah kaedah pembayaran Fasa 2 yang saya akan terima?

Pembayaran akan dikreditkan ke dalam akaun bank berkenaan sekiranya status pengkreditan STR Fasa 1 adalah berjaya kredit. Tuntutan tunai di kaunter BSN hanya boleh dibuat selepas status gagal kredit dipaparkan dalam semakan portal STR. Penerima perlu hadir ke Cawangan BSN bersama kad pengenalan asal penerima bagi membuat tuntutan bayaran.

Sekiranya saya diisytiharkan muflis dan akaun yang saya daftarkan sebelum ini telah dibekukan, bagaimanakah saya boleh mendapatkan bayaran STR Fasa 2?

Anda perlu merujuk kepada agensi berkaitan untuk mendapatkan kebenaran membuka akaun / mengaktifkan semula akaun bank sebelum tuntutan bayaran Fasa 2 dibuat.

Sekiranya penerima dan pasangan penerima STR Fasa 1 telah meninggal dunia sebelum atau pada 28 Februari 2023, adakah waris layak bayaran STR Fasa 2?

Tidak. Penerima STR 2023 yang layak menerima bayaran Fasa 2 adalah merujuk kepada penerima STR Fasa 1 yang telah disemak silang dengan data kematian pemohon dan pasangan sehingga 28 Februari 2023.

Saya telah menerima bayaran dan ingin menolak STR. Bagaimanakah cara untuk memulangkan bayaran STR yang telah diterima?

Tindakan yang perlu diambil adalah seperti berikut:
i.       Mengemukakan surat kepada Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) dengan menyatakan nama penuh, nombor MyKad / Nombor Pengenalan, alamat surat menyurat dan sebab pemulangan;
ii.      Lampirkan draf bank / cek yang mengandungi jumlah bayaran atas nama Akauntan Negara Malaysia (mengikut jumlah pemulangan); dan
iii.    Surat dan draf bank / cek perlu dikemukakan kepada pihak Kementerian Kewangan Malaysia di alamat berikut:
 
Pejabat Belanjawan Negara Kementerian Kewangan Malaysia
Presint 2, 62592 Putrajaya

Soalan-soalan lanjut, sila rujuk maklumat berikut;

https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/SOALAN_LAZIM_(FAQ)_PEMBAYARAN_STR_FASA_2.pdf

Scroll to Top