Tarikh dan Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Kategori Bujang Fasa 2.
Bagi golongan bujang yang sedang menantikan bayaran STR Fasa 2, amat penting untuk mengetahui tarikh dan jumlah bayaran yang akan diterima.
Berdasarkan konsep Payung Rahmah, kerajaan telah menamakan semula program Bantuan Tunai untuk golongan B40 di bawah Kementerian Kewangan Malaysia kepada Sumbangan Tunai Rahmah (STR). Program ini memberi bantuan kewangan kepada golongan bujang, isi rumah, dan warga emas yang memenuhi syarat.
Mudah-mudahan dengan bayaran STR Fasa 2 ini dapat meringankan golongan bujang dalam membuat persiapan dan perancangan untuk hari Raya Aidil Fitri tahun ini.
Tarikh Bayaran STR Bujang Fasa 2
Berdasarkan jadual pembayaran STR 2023, pembayaran Bantuan Rahmah dibuat 4 kali setahun iaitu;
Januari – Fasa 1 (Telah dibayar)- April – Fasa 2
- Julai – Fasa 3
- November – Fasa 4
[TERKINI] Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam hantaran di Facebooknya pada 29 Mac 2023 menyampaikan khabar gembira buat penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) di mana pembayaran fasa 2 akan disalurkan mulai 5 April bersamaan 14 Ramadhan 1444.
Sejumlah RM1.26 bilion diperuntukkan untuk Fasa 2 STR.
Info yang sama turut di sampaikan melalui Buletin 0130 pada 30 Mac 2023 yang memaklumkan mengenai pembayaran Fasa 2 Bantuan Rahmah.
Sebelum ini, dalam sidang Dewan Rakyat pada 14 Mac 2023, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan;
“Saya sudah memberitahu Kementerian Kewangan dan agensi terlibat supaya meringankan mereka (golongan memerlukan) dengan bantuan STR fasa 2 yang harus diselesaikan pada pertengahan Ramadan atau awal April sebelum raya.”
Untuk makluman, beberapa bantuan lain yang akan dibayar pada bulan ini adalah sebagaimana berikut;
- Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri (BKKA) untuk kakitangan kerajaan dan pesara akan dibayar masing-masing berjumlah RM700 dan RM350.
- Bantuan Aidilfitri RM300 kepada RELA, APM, bomba, polis
- Bantuan Khas Aidilfitri pekebun getah, nelayan dan pesawah RM200.
- Bantuan Aidilfitri penjawat awam mengikut negeri-negeri.
Cara Semakan Status STR 2023
Semakan status kelulusan STR boleh dibuat secara dalam talian (online) dan secara fizikal melalui kaedah berikut;
- Portal rasmi STR: https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Aplikasi Semakan Tunai Rahmah dengan memuat turun di Play Store bagi platform Android dan di App Store bagi platform iOS
- Menghubungi LHDM
- Menghubungi MOF (Kementerian Kewangan Malaysia
- Hadir ke LHDNM yang berhampiran
Bagi semakan secara online di laman portal STR, cara-caranya adalah sebagaimana berikut;
- Tekan log masuk MySTR
- Masukkan Nombor MyKad (12 Digit) pemohon
- Masukkan pengesahan kata kunci keselamatan
- Masukkan kata laluan
- Klik menu semakan pembayaran fasa 2
- Klik maklumat pembayaran
Sekiranya layak STR fasa 2, maklumat yang akan dipaparkan adalah sebagaimana berikut;
- Tarikh Kredit
- No.Pengenalan Akaun Dikredit
- Nama Fasa
- Jumlah Dikredit
- Status Kredit
- Nama Bank
- No Akaun
- Kod Tidak Berjaya
- Tarikh Tunai
Terlupa Kata Laluan (Password) dan Tak Boleh Login
Untuk makluman, kata laluan MySTR adalah berdasarkan maklumat pada MyBKM 2022.
Sekiranya terlupa password MySTR, tindakan yang perlu diambil adalah seperti berikut;
- Mempunyai e-mel yang berdaftar pada Permohonan BKM 2022;
- Masukkan e-mel yang berdaftar pada Permohonan BKM 2022 dan klik seterusnya
- Kata laluan baharu akan diemelkan pada emel yang didaftarkan
- Semak e-mel dan log masuk semula MySTR
- Masukkan Nombor MyKad (12 Digit) dan sahkan kata kunci keselamatan
- Masukkan Kata laluan Sementara yang telah diemelkan dan juga set semula kata laluan baharu
- Tidak mempunyai e-mel /e-mel tidak sama seperti yang berdaftar pada BKM 2022 / e-mel tidak sah
- Set semula kata laluan melalui e-mel tidak boleh dibuat
- Pemohon perlu menjawab soalan keselamatan yang telah didaftarkan sebelum ini.
Untuk makuman, sekiranya anda terlupa jawapan bagi soalan keselamatan setelah 3 kali percubaan diberikan. Id permohonan akan disekat.
Selepas 24 jam, anda boleh log masuk semula MySTR dengan menjawab soalan keselamatan yang diberikan tanpa perlu menghubungi talian Hotline atau hadir ke LHDNM.
Jumlah Bayaran
Berdasarkan jadual pembayaran yang diumumkan dalam portal Kementerian Kewangan Malaysia, jumlah bayaran bagi STR fasa 2 adalah sebagaimana berikut;
Kategori | Jumlah |
Isi Rumah – Kahwin – Ibu Bapa Tunggal mempunyai Anak | RM200 |
Warga Emas Bujang / Tiada Pasangan | RM100 |
Bujang | RM100 |
Kaedah Pembayaran
Kaedah pembayaran STR fasa 2 kategori bujang adalah sama sebagaimana kategori-kategori lain di mana pembayaran Fasa 2 akan dikreditkan ke dalam akaun bank penerima yang berdaftar di dalam pangkalan data STR secara berperingkat setelah pengumuman rasmi tarikh pembayaran diumumkan.
Penerima STR di kawasan pedalaman termasuk Sabah dan Sarawak yang mempunyai akaun bank atau tiada akaun bank akan turut menerima pembayaran ini setelah diumumkan kelak.
Penerima STR yang tiada akaun bank boleh membuat penunaian di Cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) setelah pengumuman rasmi dibuat.
Permohonan Baharu STR 2023
Untuk makluman permohonan baharu STR untuk kategori bujang dan kategori-kategori lain boleh dibuat sebelum 31 Mac 2023.
Permohonan baru dibuka untuk memastikan individu yang layak atau yang belum terdapat dalam pangkalan data Kerajaan dapat mengemukakan permohonan, serta membenarkan penerima sedia ada yang mengalami sebarang perubahan maklumat untuk membuat pengemaskinian.
Siapakah Yang Perlu Membuat Permohonan STR?
Pemohon yang perlu membuat permohonan baharu STR adalah seperti berikut:
- Pemohon yang tiada rekod dalam sistem STR; serta
- Berpendapatan isi rumah RM5,000 dan ke bawah; atau
- Berpendapatan RM2,500 dan ke bawah untuk individu bujang / tiada pasangan / tiada anak yang menepati syarat kelayakan.
Pemohon yang perlu membuat kemas kini permohonan STR adalah seperti berikut:
- Tidak mengemaskini permohonan tiga tahun berturut-turut sepanjang pelaksanaan BSH 2020, BPR 2021 dan BKM 2022
- Penerima STR Fasa 1 yang mempunyai perubahan maklumat terkini
Cara Membuat Permohonan STR 2022
2 kaedah permohonan STR yang boleh dibuat iaitu;
- Permohonan Secara Dalam Talian
- Portal Rasmi STR LHDNM, https://bantuantunai.hasil.gov.my; atau
- Aplikasi Sumbangan Tunai Rahmah dengan memuat turun di Play Store / App Store pada telefon bimbit
- Permohonan Melalui Borang
Borang Permohonan STR (BK-01) boleh didapati secara percuma di:
- Portal Rasmi STR LHDNM; atau
- Pejabat LHDNM / Pejabat Satelit (PS) / Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM
Penghantaran Borang STR 2022
Anda boleh menghantar Borang STR di Pejabat LHDNM / Pejabat Satelit (PS) / Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM;
Atau
Penghantaran secara Pos. Namun, terhad kepada borang permohonan yang diterima sehingga tarikh akhir permohonan ke alamat seperti berikut:
Peti Surat STRG PO Shah Alam 40800 Shah Alam SELANGOR |
Penghantaran secara faks dan e-mel adalah tidak diterima.
FAQ (Soalan Lazim)
Awal April atau 2 minggu sebelum Hari Raya Puasa
Bujang – RM100
Isi Rumah- RM200
Warga Emas Bujang / Tiada Pasangan – RM100
1) Portal rasmi STR: https://bantuantunai.hasil.gov.my/
2) Aplikasi Semakan Tunai Rahmah dengan memuat turun di Play Store bagi platform Android dan di App Store bagi platform iOS
3) Menghubungi LHDM
4) Menghubungi MOF (Kementerian Kewangan Malaysia)
5) Hadir ke LHDNM yang berhampiran
Penerima STR yang layak menerima bayaran fasa seterusnya adalah penerima yang berstatus lulus melalui semakan di MySTR.