Sunday, October 1, 2023
HomePermohonanPermohonan Baharu Sumbangan Tunai Rahmah (STR 2023)

Permohonan Baharu Sumbangan Tunai Rahmah (STR 2023)

Bagi mereka yang ingin memohon Sumbangan Tunai Rahmah (STR), permohonan baharu secara atas talian (online) boleh dibuat mulai 1 Mac 2023. Manakala permohonan secara secara manual melalui penghantaran borang boleh dibuat mulai 8 Mac 2023.

Untuk makluman, permohonan baharu dibuka bagi bagi memastikan mereka yang layak atau masih tiada dalam pangkalan data Kerajaan dapat mengemukakan permohonan selain membolehkan penerima sedia ada yang mempunyai sebarang perubahan maklumat untuk membuat pengemaskinian.

STR pada tahun 2023 akan memanfaatkan 8.7 juta penerima dengan peruntukan hampir RM8 bilion.

Pendekatan rahmah dalam membela nasib rakyat terutamanya golongan rentan dan mudah terjejas akan terus diperkasakan di bawah Kerajaan Perpaduan.

Apa Itu Sumbangan Tunai Rahmah (STR)?

STR 2023 merupakan program bantuan tunai untuk B40 di bawah Kementerian Kewangan yang dijenamakan semula kepada Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan akan terus ditambah baik.

Sebelum ini, bantuan ini diberi nama Bantuan Keluarga Malaysia (BKM 2022), Bantuan Prihatin Rakyat (BPR 2021), Bantuan Khas Covid19 (BKC), Bantuan Prihatin Nasional (BPN), Bantuan Sara Hidup (BSH) dan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BRIM).

Tarikh Permohonan Sumbangan Tunai Rahmah

Tempoh Permohonan Baharu STR 2023

Pendaftaran STR boleh dibuat:

  1. Secara dalam talian mulai 01 Mac 2023 – 31 Mac 2023
  2. Secara borang kertas mulai 08 Mac 2023 – 31 Mac 2023

*Tertakluk kepada pindaan dari semasa ke semasa

Semakan Status Terkini STR

Anda boleh menyemak status terkini permohonan, mendapatkan maklumat terkini, membuat pertanyaan atau aduan berkaitan STR melalui saluran berikut:

  1. Portal Rasmi STR LHDNM, https://bantuantunai.hasil.gov.my; atau
  2. Semakan secara Aplikasi Mobile Sumbangan Tunai Rahmah; atau Muat turun di Play Store bagi platform Android dan di Apps Store bagi platform iOS
  3. Hubungi Hotline BKK LHDNM: 1-800-88-2747 iv. Hotline MOF: 03-8882 4565 / 4566(Waktu Operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang);atau
  4. Hubungi Talian Pejabat LHDNM (Rujuk Portal Rasmi STR)
  5. Hadir sendiri ke Pejabat LHDNM / PS / UTC.

Siapakah Yang Perlu Membuat Permohonan STR?

Pemohon yang perlu membuat permohonan baharu STR adalah seperti berikut:

  • Pemohon yang tiada rekod dalam sistem STR; serta
  • Berpendapatan isi rumah RM5,000 dan ke bawah; atau
  • Berpendapatan RM2,500 dan ke bawah untuk individu bujang / tiada pasangan / tiada anak yang menepati syarat kelayakan.

Pemohon yang perlu membuat kemas kini permohonan STR adalah seperti berikut:

  • Tidak   mengemaskini permohonan   tiga  tahun  berturut-turut sepanjang pelaksanaan BSH 2020, BPR 2021 dan BKM 2022
  • Penerima STR Fasa 1 yang mempunyai perubahan maklumat terkini

Cara Membuat Permohonan STR 2022

2 kaedah permohonan STR yang boleh dibuat iaitu;

  1. Permohonan Secara Dalam Talian
  2. Permohonan Melalui Borang

Borang Permohonan STR (BK-01) boleh didapati secara percuma di:

  • Portal Rasmi STR LHDNM; atau
  • Pejabat LHDNM / Pejabat Satelit (PS) / Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM

Penghantaran Borang STR 2022

Anda boleh menghantar Borang STR di Pejabat LHDNM / Pejabat Satelit (PS) / Pusat  Transformasi Bandar (UTC) LHDNM;

Atau

Penghantaran secara Pos. Namun, terhad kepada borang permohonan yang diterima sehingga tarikh akhir permohonan ke alamat seperti berikut:

Peti Surat STR
GPO Shah Alam
40800 Shah Alam
SELANGOR

Penghantaran secara faks dan e-mel adalah tidak diterima.

Situasi Yang Memerlukan Pengemukaan Borang Permohonan STR Ke Pejabat LHDNM

LHDNM dalam satu hantaran di Facebook memaklumkan 3 situasi yang memerlukan pemohon mengemukakan borang permohonan ke pejabat LHDNM iaitu

  1. Maklumat pemohon / pasangan / anak sama di permohonan lain
  2. Serahan dokumen sokongan
  3. Pembatalan borang STR
Situasi Yang Memerlukan Pengemukaan Borang Permohonan Str Ke Pejabat Lhdnm

Jadual Pembukaan Kaunter Sumbangan Tunai Rahmah (STR)

Berikut adalah jadual pembukaan kaunter Sumbangan Tunai Rahmah (STR) di LHDNM Negeri / Pejabat Satelit (PS) / Urban Transformation centre (UTC) mulai 08 Mac 2023 sehingga 31 Mac 2023.

Hari Bekerja

LOKASI WAKTU OPERASI
LHDNM Negeri / Pejabat Satelit (PS) (Semenanjung / Sabah / Sarawak)8.00 pagi – 5.00 petang
Urban Transformation Centre (UTC) (Semenanjung)8.00 pagi – 09.00 malam (Berdasarkan Jadual Waktu Operasi UTC)
Urban Transformation Centre (UTC) (Sabah / Sarawak)8.00 pagi – 07.00 malam (Berdasarkan Jadual Waktu Operasi UTC)
Lokasi Luar Pejabat9.00 pagi – 4.00 petang

Cuti Hujung Minggu

LOKASI WAKTU OPERASI
LHDNM Negeri / Pejabat Satelit (PS)(Semenanjung / Sabah / Sarawak)8.00 pagi – 4.30 petang (Semenanjung / Sabah / Sarawak)
Urban Transformation Centre (UTC)(Semenanjung / Sabah / Sarawak)8.00 pagi – 5.00 petang(Berdasarkan Jadual Waktu Operasi UTC)

Nota:

  1. LHDNM / Pejabat Satelit (PS) di Negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor, waktu operasi Kaunter STR pada hari Khamis adalah sehingga jam 3.30 petang.
  2. Kaunter STR akan dibuka di LHDNM Negeri / Pejabat Satelit (PS) pada Cuti Hujung Minggu Terakhir tempoh permohonan STR iaitu pada tarikh:
    • 24/03/2023 (Jumaat)
    • 25/03/2023 (Sabtu)
    • 26/03/2023 (Ahad)
    • 31/03/2023 (Jumaat)
  3. Kaunter STR tidak dibuka pada Cuti Hujung Minggu, Cuti Umum dan Cuti Negeri (bagi Negeri yang terlibat) kecuali tarikh pada jadual di atas.
  4. Bagi Kaunter STR yang tidak beroperasi pada tarikh di atas, notis pemakluman kepada umum akan dipamerkan di LHDNM / Pejabat Satelit (PS) berkenaan.
  5. Kemudahan dropbox akan disediakan untuk penghantaran Borang Permohonan STR (BK-01) oleh pemohon.
  6. Waktu pembukaan Kaunter STR adalah tertakluk kepada pindaan.

Dokumen yang perlu dikemukakan semasa membuat permohonan STR 2022

Salinan dokumen sokongan pemohon / pasangan / anak (jika berkaitan) yang perlu dikemukakan adalah seperti berikut:

a) Pemohon:

  1. Salinan Sijil Perkahwinan yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri / JPN; atau
  2. Salinan Sijil Kematian pasangan yang dikeluarkan oleh JPN; atau
  3. Sijil Perceraian / Pembubaran Perkahwinan (asal dan salinan) yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri / JPN; atau
  4. Salinan Sijil Dekri Nisi / Dekri Nisi Mutlak yang dikeluarkan oleh Mahkamah
  5. Salinan Kad OKU yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)

b) Pasangan:

  1. Salinan pengenalan Pasangan (MyKad / MyPR / MyKAS); atau
  2. Salinan Pasport / Visa / UNHCR / Pas Sempadan

c) Anak

  1. Anak Kandung
    • Salinan Sijil Lahir; dan
    • Salinan MyKad / MyKid
  2. Anak Angkat
    • Salinan MyKad / MyKid; dan
    • Salinan Sijil Daftar Anak Angkat yang dikeluarkan oleh JPN

Borang Serahan Dokumen Sokongan STR (BK-04) perlu dilengkapkan dan diserahkan semasa mengemukakan dokumen sokongan berkenaan ke Pejabat LHDNM ATAU boleh memuat naik ke sistem STR semasa permohonan secara dalam talian.

Download Borang Serahan Dokumen Sokongan STR (BK-04) di bawah;

Permohonan Tanpa Akaun Bank

Anda boleh menghantar permohonan STR secara dalam talian dengan memilih Tiada Maklumat Akaun Bank. Walau bagaimanapun, anda disarankan untuk mengisi maklumat akaun bank anda bagi membolehkan pembayaran STR dibuat dengan mudah dan cepat tanpa perlu hadir ke kaunter BSN.

Kegunaan Email Bagi Permohonan Online

Anda perlu mendaftarkan alamat e-mel yang sah semasa permohonan STR kerana alamat e-mel berkenaan akan digunakan untuk situasi berikut:

i.   Set semula akaun STR disebabkan terlupa soalan keselamatan semasa log masuk

ii.  Penyampaian makluman STR

Sijil Perkahwinan Hilang

Sekiranya sijil perkahwinan anda hilang, anda masih boleh menggunakan dokumen sokongan berikut sebagai pembuktian status perkahwinan:

  • Kad nikah; atau
  • Sijil Lahir Anak

Info lanjut dan Pertanyaan

Anda boleh mendapatkan maklumat lanjut, membuat pertanyaan atau aduan berkaitan STR melalui saluran berikut:

  1. Portal Rasmi STR LHDNM, https://bantuantunai.hasil.gov.my; atau
  2. Semakan secara Aplikasi Mobile Sumbangan Tunai Rahmah; atau Muat turun di Play Store bagi platform Android dan di Apps Store bagi platform iOS
  3. Hubungi Hotline BKK LHDNM: 1-800-88-2747
  4. Hotline MOF: 03-8882 4565 / 4566(Waktu Operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang);atau
  5. Hubungi Talian Pejabat LHDNM (Rujuk Portal Rasmi STR)
  6. Hadir sendiri ke Pejabat LHDNM / PS / UTC.

Soalan Lazim (FAQ)

Bilakah Permohonan Baharu Dibuka?

– Secara dalam talian mulai 01 Mac 2023 – 31 Mac 2023
– Secara borang kertas mulai 08 Mac 2023 – 31 Mac 2023

Apa link permohonan Bantuan Tunai Rahmah?

https://bantuantunai.hasil.gov.my

Siapakah Yang Perlu Membuat Permohonan STR?

Pemohon yang perlu membuat permohonan baharu STR adalah seperti berikut:
1. Pemohon yang tiada rekod dalam sistem STR; serta
2. Berpendapatan isi rumah RM5,000 dan ke bawah; atau
3. Berpendapatan RM2,500 dan ke bawah untuk individu bujang / tiada pasangan / tiada anak yang menepati syarat kelayakan.

Bagaimanakah cara untuk saya membuat permohonan STR?

Kaedah permohonan STR adalah seperti berikut:
i.    Permohonan Secara Dalam Talian
a.     Portal Rasmi STR LHDNM, https://bantuantunai.hasil.gov.my; atau
b.     Aplikasi Sumbangan Tunai Rahmah dengan memuat turun di Play Store / App Store pada telefon bimbit

ii. Permohonan Melalui Borang
Borang Permohonan STR (BK-01) boleh didapati secara percuma di:
a.     Portal Rasmi STR LHDNM; atau
b.     Pejabat LHDNM / Pejabat Satelit (PS) / Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM

Saya telah menghantar permohonan STR. Sekiranya ada perubahan maklumat, adakah saya masih boleh membuat kemas kini permohonan?

Ya. Kemas kini maklumat boleh dibuat sebelum tarikh tutup permohonan STR.

Bantuan Terkini Kerajaan Perpaduan 2023

Info terkini bantuan semasa daripada Kerajaan, NGO dan lain-lain

RELATED ARTICLES

Most Popular

error: Sorry dah tak boleh copy!