Bantuan Keluarga Malaysia (BKM 2023) Kategori & Jumlah Baharu

Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) diteruskan pada tahun 2023. Ia diumumkan oleh Menteri Kewangan YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, pada 7 Oktober 2022 (Jumaat) dalam sidang Dewan Rakyat.

Bagi tahun 2023, Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) sehingga RM2,500 bakal dilaksanakan selain tambahan sehingga RM500 bagi Ibu Bapa tunggal yang mempunyai anak tanggungan.

Jumlah ini adalah tertinggi setakat ini bagi mengurangkan bebanan rakyat yang terkesan akibat COVID-19.

Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) diperuntukkan dalam Bajet 2023 akan memberi manfaat kepada 8.7 juta penerima dengan peruntukan RM7.8 bilion.

Apa itu Bantuan Keluarga Malaysia (BKM)

BKM adalah bantuan tunai Kerajaan yang lebih bersasar kepada golongan yang memerlukan bagi meringankan kos sara hidup dan beban rakyat berpendapatan rendah. 

BKM 2023 adalah lebih  komprehensif  melalui penambahbaikan yang lebih  ketara berbanding Bantuan Sara Hidup (BSH) pada 2020 yang memanfaatkan lima juta penerima dengan peruntukan RM5 bilion.

Menteri Kewangan dalam Ucapan Bajet 2023 memaklumkan;

Menyedari manfaat yang diraih daripada pemberian bantuan tunai langsung, pelaksanaan Bantuan Keluarga Malaysia atau BKM akan terus ditambah baik.

Kategori dan Jumlah Bantuan Keluarga Malaysia

Untuk tahun hadapan, Jumlah Bantuan Keluarga Malaysia adalah sebagaimana berikut;

  • Isi rumah berpendapatan bulanan kurang 2,500 ringgit dan menanggung lima orang anak atau lebih, layak menerima BKM sebanyak 2,500 ringgit. Ini ialah kategori baharu sebagai usaha Kerajaan meringankan beban keluarga yang menyara ramai anak. Bagi isi rumah sehingga empat orang anak pula, akan layak menerima BKM antara 1,000 hingga 2,000 ringgit.
  • Kepada isi rumah berpendapatan 2,500 hingga 5,000 ringgit, BKM yang disediakan adalah antara 500 hingga 1,250 ringgit bergantung kepada bilangan anak.
  • Kepada warga emas tiada pasangan serta golongan bujang pula, mereka akan terus menerima BKM masing-masing sebanyak 600 dan 350 ringgit bergantung kepada had pendapatan tertentu.
  • Tahun 2023, bantuan tambahan 500 ringgit kepada ibu atau bapa tunggal yang mempunyai anak tanggungan akan diteruskan. Ini bermakna, ibu atau bapa tunggal layak menerima bantuan maksimum sehingga 3,000 ringgit. Kadar BKM maksimum ini meningkat berbanding 2,500 ringgit tahun ini.
Jumlah BKM 2023 PPT

Permohonan Baharu dan Kemaskini

Dijangkakan permohonan baharu dan kemaskini maklumat penerima sedia ada akan mula dibuka pada awal tahun hadapan melalui laman portal MyBKM;

https://bkm.hasil.gov.my/

Siapakah yang perlu membuat Permohonan Baharu BKM 2023? 

Pemohon yang perlu membuat Permohonan BKM 2023 adalah seperti berikut: 

  1. Pemohon yang tiada rekod dalam sistem BKM atau tidak menerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) 2021 atau Bantuan Khas COVID-19 (BKC); serta 
  2. Berpendapatan isi rumah RM5,000 dan ke bawah; atau 
  3. Berpendapatan RM2,500 dan ke bawah untuk individu Bujang / tiada pasangan / tiada anak yang menepati syarat kelayakan.

Cara Membuat Permohonan BKM 2023? 

Buat masa ini, Kerajaan belum lagi memaklumkan tentang permohonan BKM 2023 memandangkan ia baharu sahaja dibentangkan dalam Bajet 2023.

Namun, jika dilihat kepada BKM 2022, cara permohonan adalah sebagaimana berikut;

  1. Permohonan Secara Dalam Talian Permohonan BKM 2022 boleh dibuat di: 
    1. Portal Rasmi BKM LHDNM, https://bkm.hasil.gov.my; atau 
    2. Aplikasi Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) dengan memuat turun di Play Store / App Store pada telefon bimbit 
  2. Permohonan Melalui Borang Borang Permohonan BKM 2022 (BK-01) boleh didapati secara percuma di: 
    1. Portal Rasmi BKM LHDNM; atau 
    2. Cawangan LHDNM / Pusat Satelit (PS) / Pusat Khidmat Hasil (PKH) LHDNM / Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM

Soalan Lazim Bantuan Keluarga Malaysia

Apa itu Bantuan Keluarga Malaysia?

BKM adalah bantuan tunai Kerajaan yang lebih bersasar kepada golongan yang memerlukan bagi meringankan kos sara hidup dan beban rakyat berpendapatan rendah. 

Berapa Jumlah Bayaran BKM 2023?

RM350 hingga RM3000 mengikut kategori kelayakan masing-masing

Bilakah Permohonan Baharu dibuka?

Dijangkakan awal tahun hadapan. Kerajaan akan memaklumkan dari semasa ke semasa?

Bagaimanakah cara memohon BKM 2023?

Melalui portal MyBKM bkm.hasil.gov.my

Adakah saya perlu membuat kemas kini permohonan BKM 2023 sekiranya tiada sebarang perubahan maklumat pada BKM 2022?

Sekiranya semakan permohonan di portal BKM 2022 anda wujud dan tiada sebarang perubahan maklumat, anda tidak perlu membuat kemas kini maklumat BKM 2023. Walau bagaimanapun sekiranya semakan permohonan di Portal Rasmi BKM 2022 tidak wujud, anda perlu membuat permohonan baharu. 


Lihat juga intipati dan senarai bantuan yang diumumkan dalam Bajet 2023

Bajet 2023: Intipati Belanjawan & Senarai Bantuan Untuk Rakyat
Scroll to Top