Bajet 2023: Intipati Belanjawan & Senarai Bantuan Untuk Rakyat

Apa bantuan kewangan untuk rakyat dalam pembentangan Bajet 2023?

Bejet 2023 akan dibentangkan oleh YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul bin Tengku Abdul Aziz selaku Menteri Kewangan Malaysia pada 7 Oktober 2022.

Melalui pembentangan yang dilakukan, sudah pasti rakyat ingin mengetahui apakah inisiatif dan senarai bantuan untuk rakyat melalui Bajet 2023.

Dalam pembentangan bajet kali ini, beberapa inisiatif akan dibentangkan dalam usaha kerajaan  menangani inflasi dan pemulihan ekonomi ke arah kesejahteraan rakyat.

Tema Dan Peruntukan Belanjawan 2023 

  • Tema 2022: Keluarga Malaysia, Makmur Sejahtera 
  • Matlamat Induk Bajet 2023:
  • Peruntukan Bajet 2023: 
  • Belanja Mengurus:
  • Belanja Pembangunan:

Senarai Bantuan Rakyat Melalui Bajet 2023

1. Bantuan Keluarga Malaysia

Bantuan Keluarga Malaysia diteruskan pada tahun 2023 dengan kadar bantuan yang baharu.

Bantuan one-off tertinggi untuk isi rumah lima orang anak atau lebih dengan pendapatan kurang dari RM2,500 sebulan.

2. Inisiatif e-Pemula M40

Inisiatif e-Pemula M40: Kredit e-Dompet bernilai RM100 kepada kumpulan M40 berpendapatan tahunan di bawah RM100 ribu, memanfaatkan 8 juta individu

3. E-Pemula di naikkan kepada RM200

RM400 juta Program ePemula – Kredit RM200 one-off ke dalam akaun e-dompet belia berumur 18 – 20 tahun, dan pelajar sepenuh masa berumur 21 tahun ke atas.

4. Inisiatif CahayaMata Keluarga Malaysia

RM500 Inisiatif CahayaMata Keluarga Malaysia: Bantuan tunai one-off, kepada ibu isi rumah penerima BKM yang lahirkan anak pada tahun 2023.

5. Bantuan Awal Persekolahan

RM825 juta Peruntukan Bantuan Awal Persekolahan yang ditambah baik kepada RM150 dari RM100 bagi setiap murid tanpa mengira had pendapatan ibu bapa.

6. Inisiatif MySTEP

Inisiatif MySTEP diteruskan dengan menawarkan 50,000 penempatan pekerjaan dalam sektor awam dan GLC.

7. Diskaun Bayaran PTPTN

Diskaun bayaran balik Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional(PTPTN) Bermula 1 November 2022-30 April 2023

  • Diskaun 20 peratus untuk bayaran penuh
  • 15 peratus untuk penyelesaian sekurang-kurangnya 50 peratus baki hutang
  • 15 peratus utk bayaran secara potong gaji

8. My50

Inisiatif pas bulanan My50 untuk pengguna pengangkutan awam akan memanfaatkan hampir 180,000 pengguna

9. Bantuan Musim Tengkujuh RM800

RM256 juta Untuk Bantuan Musim Tengkujuh kepada pekebun kecil getah, memanfaatkan 320 ribu pekebun kecil.

10. RM200 Bantuan untuk Pesawah

Bantuan kepada pesawah padi turut diperkenal semula untuk 2023 dengan memberi bantuan RM200 sebulan untuk tempoh tiga bulan atau semusim.

11. Bantuan Khas Kewangan RM700

Semua penjawat awam bawah Gred 56 akan ditawarkan bantuan kewangan RM700, pesara RM350.

12. Bantuan Aidilfitri Penjawat Awam

Bantuan kewangan untuk Hari Raya Aidilfitri buat penjawat awam akan dinaikkan kepada RM600 dan dibayar menjelang Mac 2023.

13. RM1,000 Geran PMKS One-Off

Geran one-off RM1,000 untuk semua syarikat PMKS berdaftar dan pemandu teksi berdaftar. Memanfaatkan 1 juta penerima dengan jumlah RM1 bilion.

Imbasan Intipati Bajet 2022 Yang Dibentangkan Pada Tahun Lepas

Sebelum kita menyaksikan pengumuman terkini Menteri Kewangan, mari kita imbas beberapa inisiatif yang telah dibentangkan pada tahun lepas

  1. Bantuan Keluarga Malaysia 

Adakah Bantuan Keluarga Malaysia (BKM 2023) akan diteruskan pada tahun hadapan ataupun bantuan kewangan lain yang akan diumumkan dalam Bajet 2023?

  1. Bantuan Awal Persekolahan (BAP) 

Pada tahun lepas, Menteri Kewangan telah mengumumkan tambahan bantuan sebanyak RM50 menjadikan jumlah bantuan RM150 akan diberikan kepada murid-murid bagi memulakan persekolahan. Apakah terdapatnya kenaikan lagi pada tahun ini?

  1. Bantuan OKU 

Dalam Bejet  2022, terdapat beberapa inisiatif telah dibentangkan. Adakah pada tahun ini ada lagi kenaikan elaun untuk OKU dan elaun-elaun lain di bawah bantuan kebajikan masyarakat?

  1. Diskaun PTPTN 

Pada tahun lalu, Kerajaan bersetuju memberikan diskaun bayaran balik pinjaman PTPTN sehingga 15%.

  1. RM150 Program E-Pemula 

Kerajaan mengumumkan program e-Start (E-pemula) iaitu sebuah Skim Transaksi Tanpa Tunai. E-Start akan mengkreditkan 150 ringgit secara one-off ke dalam akaun e-dompet para belia berumur 18 hingga 20 tahun dan juga pelajar sepenuh masa di institusi pengajian tinggi.

  1. Subsidi Kerusi Keselamatan Kanak-kanak

Kerajaan memberi mensubsidi 50 peratus atau sehingga 150 ringgit untuk pembelian kerusi keselamatan kanak-kanak oleh keluarga B40. Sejumlah 30 juta ringgit disediakan untuk tujuan ini dan bakal memanfaatkan 188 ribu keluarga B40.

  1. Peranti Siswa Keluarga Malaysia (Tablet Percuma Untuk Mahasiswa B40)

Kerajaan dengan kerjasama syarikat telekomunikasi terpilih akan melaksanakan inisiatif PerantiSiswa Keluarga Malaysia bagi membekalkan sebuah tablet kepada setiap pelajar B40 di institusipengajian tinggi. 

Bagi tujuan ini, Kerajaan akan menyediakan peruntukan 450 juta ringgit di samping komitmen syarikat telekomunikasi yang turut menyumbang kira- kira 65 juta ringgit. Insya-Allah, seramai 600 ribu siswa-siswi daripada keluarga B40 bakal menerima manfaat daripada inisiatif ini.

  1. MyStep

Inisiatif Malaysia Short-term Employment Programme atau MySTEP diteruskan dengan menawarkan 80 ribu peluang pekerjaan secara kontrak merangkumi 50 ribu pekerjaan dalam sektor awam dan 30 ribu pekerjaan dalam Syarikat Berkaitan Kerajaan mulai Januari 2022.

  1. Baucar Perlindungan Tenang

Di bawah Program Baucar Perlindungan Tenang, penerima bantuan B40 layak menerima baucar 50 ringgit sebagai bantuan kewangan untuk membeli produk Perlindungan Tenang termasuk takaful hayat dan kemalangan diri. 

Untuk tahun hadapan, inisiatif ini akan diteruskan dengan nilai baucar ditingkatkan kepada 75 ringgit. Sebagai tambahan, baucar ini juga boleh digunakan untuk membeli polisi insurans komprehensif bagi motosikal 150cc ke bawah mulai 1 Januari 2022.

  1. MySalam

Pada tahun ini, skop MySalam telah diperluas meliputi tuntutan kos peranti perubatan seperti stent untuk jantung. 

Bagi tahun hadapan, skim MySalam akan diperluas kepada penerima BKM dan manfaat tuntutan kos peranti perubatan juga akan dipanjangkan kepada anak tanggungan penerima mySalam yang layak.

  1. Inisiatif i-Saraan

Inisiatif i-Saraan dilaksanakan bagi menggalakkan pekerja sektor informal menabung untuk hari persaraan melalui caruman KWSP. Melalui inisiatif ini, Kerajaan mencarum sebanyak 15 peratus daripada caruman sukarela yang dibuat oleh pekerja sektor informal, terhad kepada maksimum 250 ringgit setahun. 

Bagi tahun 2022, Kerajaan akan meluaskan penerima manfaat inisiatif ini untuk turut merangkumi mereka yang berumur antara 55 sehingga 60 tahun. Sejumlah 30 juta ringgit disediakan untuk memanfaatkan lebih 100 ribu peserta sedia ada dan baharu.

  1. Program Kasih Suri Keluarga Malaysia

Bagi memberi perlindungan sosial kepada suri rumah dan balu melalui caruman ke KWSP dan PERKESO, Kerajaan menyediakan 80 juta ringgit di bawah Program Kasih Suri Keluarga Malaysia khusus untuk manfaat mereka hingga umur 55 tahun.

  1. Skim Keliatan PERKESO di naikkan kepada RM550

Bagi tahun hadapan (2022), Kerajaan bercadang untuk meningkatkan kadar pencen minimum di bawah Skim Keilatan daripada 475 kepada 550 ringgit yang akan membantu 56 ribu isi rumah. Selain itu, inisiatif ini diikuti dengan penyelarasan faedah-faedah PERKESO kepada kos sara hidup yang dijangka akan memanfaatkan lebih 400 ribu penerima faedah sedia ada. 

  1. Elaun RM500 one-off kepada Bilal, Siak, Guru KAFA dan lain-lain

Pemberian khas sekali bayar  sebanyak  500 ringgit untuk manfaat 70 ribu orang Imam, Bilal, Siak, Noja, Marbut, Guru Takmir dan Guru KAFA.

  1. Program Semarak Niaga Keluarga Malaysia

Bagi tahun 2022, pakej pembiayaan dengan nilai keseluruhan berjumlah 40 bilion ringgit disediakan di bawah Program Semarak Niaga Keluarga Malaysia (atau SemarakNiaga). 

Skim pembiayaan ini merangkumi pinjaman langsung, jaminan pembiayaan dan suntikan ekuiti dengan sasaran untuk memanfaatkan setiap golongan usahawan tidak kira perusahaan mikro ataupun syarikat tersenarai awam.

Scroll to Top