Monday, June 27, 2022
HomePermohonanPermohonan & Semakan Skim MySalam 2022 Untuk Golongan B40

Permohonan & Semakan Skim MySalam 2022 Untuk Golongan B40

Kerajaan telah memperkenalkan skim Perlindungan Kesihatan Masyarakat (mySalam) yang diuruskan oleh Great Eastern Takaful Berhad (GETB) bagi  memberi perlindungan takaful kepada golongan B40 apabila ditimpa musibah.

Pada tahun 2022, skim MySalam akan diperluas kepada penerima BKM dan manfaat tuntutan kos peranti perubatan juga akan dipanjangkan kepada anak tanggungan penerima mySalam yang layak.

Untuk makluman skim ini adalah percuma kepada mereka yang layak dan terdapat sebanyak 45 jenis penyakit kritikal yang boleh dilindungi di bawah  skim mySalam.

Apakah Itu MySalam?

MySalam merupakan sebuah inisiatif skim takaful perlindungan kesihatan percuma oleh Kerajaan yang memberikan perlindungan takaful kepada individu yang layak menerima manfaat skim Perlindungan Masyarakat mySalam melalui Tabung Amanah mySalam.

Siapa Yang Layak Mendapat MySalam?

Penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) :-

  • Individu berumur antara 18 hingga 65 tahun dan pasangan;
  • Individu bujang berumur antara 40 hingga 65 tahun dan berpendapatan kurang daripada RM24,000 setahun;
  • Individu OKU berumur antara 18 hingga 65 tahun dan berpendapatan kurang daripada RM24,000 setahun.

Manfaat Penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) :-

  • Penyakit kritikal RM8,000 + hospitalisasi RM50 untuk maksimum 14 hari.

Dalam pembentangan Bajet 2022, Menteri Kewangan memaklumkan skim MySalam akan diperluas kepada penerima BKM dan manfaat tuntutan kos peranti perubatan juga akan dipanjangkan kepada anak tanggungan penerima mySalam yang layak.

Jumlah Bayaran MySalam

Tuntutan bayaran Mysalam terbahagi kepada dua iaitu tuntuan peyakin kritikal dan tuntutal Hospitalisasi (Elaun Wad)

  1. RM8,000 untuk tuntutan penyakit kritikal
  2. RM 700 (maksimum) untuk tuntutan hospitalisasi (RM50 sehari maksimum 14 hari)

Cara Memohon MySalam

Permohonan mySalam adalah secara automatik berdasarkan data sedia ada BSH dan  BPR sebelum ini. 

Sukacita diumumkan bahawa Kerajaan telah bersetuju supaya skim perlindungan mySalam diperluaskan kepada penerima Bantuan Keluarga Malaysia yang layak mulai tahun 2022. 

Ini termasuk penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) yang masih layak untuk menerima insentif Bantuan Keluarga Malaysia.

Semakan MySalam

Semakan kelayakan mySalam boleh dibuat melalui laman rasmi berikut;

https://www.mysalam.com.my/

Semakan Kelayakan MySalam B40

Sekiranya anda layak, akan memaparkan “Anda LAYAK untuk Skim Perlindungan B40 mySalam. Kelayakan perlindungan adalah bagi tahun 2019 & 2020 & 2021”

Sebaliknya bagi mereka yang tidak layak, akan memaparkan “Harap maaf. Anda TIDAK LAYAK untuk Skim Perlindungan Masyarakat mySalam.”

Cara Membuat Tuntutan MySalam

Pengendali takaful yang mengambil bahagian akan memproses bayaran untuk tuntutan yang berjaya dengan mengkreditkan wang terus ke akaun penerima, seperti yang didaftarkan di bawah skim Bantuan Sara Hidup Rakyat.

Anda boleh rujuk kepada arahan berikut untuk membuat tuntutan:

i. Tuntutan penyakit kritikal

Langkah 1: Layari www.mysalam.com.my dan log masuk menggunakan No. Kad Pengenalan (No. KP) dan kata laluan yang dihantar kepada anda melalui SMS (atau kata laluan terkini yang anda telah tetapkan)

Langkah 2: Klik ‘Muat turun Borang’ dan muat turun borang ‘Penyakit Kritikal – Kenyataan Doktor’, berdasarkan jenis penyakit kritikal

Langkah 3: Dapatkan doktor atau pakar yang merawat anda untuk melengkapkan borang ‘Penyakit Kritikal – Kenyataan Doktor’

Langkah 4: Log masuk ke www.mysalam.com.my dan klik ikon ‘Tuntutan’, kemudian ikon ‘Penghantaran Tuntutan’. Skrol ke bawah laman dan klik ikon ‘Tuntutan Penyakit Kritikal’.

Langkah 5: Masukkan maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Muat naik’ untuk memuat naik berikut dalam format *.pdf atau *.jpeg

  1. Borang Penyakit Kritikal – Kenyataan Doktor
  2.  Salinan dokumen pengenalan, cth Kad Pengenalan (depan dan belakang)

Langkah 6: Klik butang ‘Hantar’ untuk melengkapkan proses penghantaran tuntutan.

ii. Tuntutan hospitalisasi

Langkah 1: Layari www.mysalam.com.my dan log masuk menggunakan No. Kad Pengenalan (No. KP) dan kata laluan yang dihantar kepada anda melalui SMS (atau kata laluan terkini yang anda telah tetapkan)

Langkah 2: Klik ikon ‘Tuntutan’, kemudian ikon ‘Penghantaran Tuntutan’. Skrol ke bawah laman dan klik ikon ‘Tuntutan Hospitalisasi’.

Langkah 3: Masukkan maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Muat naik’ untuk memuat naik berikut dalam format *.pdf atau *.jpeg

  1. Salinan Nota Discaj
  2. Salinan dokumen pengenalan, cth Kad Pengenalan (depan dan belakang)

Langkah 4: Klik butang ‘Hantar’ untuk melengkapkan proses penghantaran tuntutan.

Senarai 45 Penyakit Kritikal Yang Boleh Dituntut Melalui Skim MySalam

  1. Penyakit Alzheimer / Demensia Teruk
  2. Angioplasti dan rawatan invasif lain untuk penyakit arteri koronari
  3. Meningitis Bakteria – Mengakibatkan Ketidakupayaan Kekal untuk Melakukan Aktiviti Kehidupan Harian
  4. Tumor Otak Benign – Keterukan Tertentu
  5. Buta – Kekal dan Tidak Boleh Pulih
  6. Pembedahan Otak
  7. Kanser – Keterukan Tertentu dan Tidak Melindungi Kanser Tahap Awal
  8. Kardiomiopati – Keterukan Tertentu
  9. Anemia Aplastik Kronik – Mengakibatkan Kegagalan Kekal Sumsum Tulang
  10. Koma – Mengakibatkan Defisit Neurologi Kekal dengan Simptom Klinikal yang Berterusan
  11. Pembedahan Pintasan Arteri Koronari
  12. Pekak – Kekal dan Tidak Boleh Pulih
  13. Ensefalitis – Mengakibatkan Ketidakupayaan Kekal untuk Melakukan Aktiviti Kehidupan Harian
  14. Kegagalan Hati Tahap Akhir
  15. Penyakit Paru-Paru Tahap Akhir
  16. AIDS Dengan Gejala Penuh
  17. Hepatitis Viral Fulminan
  18. Serangan Jantung – Keterukan Tertentu
  19. Pembedahan Injap Jantung
  20. Jangkitan HIV Melalui Transfusi Darah
  21. Kegagalan Buah Pinggang – Memerlukan Dialisis atau Transplan Buah Pinggang
  22. Kehilangan Upaya Hidup Sendiri (Berdikari)
  23. Hilang Keupayaan Bertutur
  24. Trauma Kepala Major (Teruk) – Mengakibatkan Ketidakupayaan Kekal untuk Melakukan Aktiviti Kehidupan Harian
  25. Transplan Organ Utama/Sumsum Tulang
  26. Penyakit Neuron Motor – Defisit neurologi Kekal dengan Simptom Klinikal Berterusan
  27. Sklerosis Multipel
  28. Distrofi Otot
  29. Kelumpuhan Anggota
  30. Penyakit Parkinson – Mengakibatkan Ketidakupayaan Kekal untuk Melakukan Aktiviti Kehidupan Harian
  31. Hipertensi Arteri Pulmonari Primer – Keterukan Tertentu
  32. Penyakit Arteri Koronari Serius
  33. Strok/Angin Ahmar – Mengakibatkan Defisit Neurologi Kekal dengan Simptom-Simptom Klinikal Berterusan
  34. Pembedahan Aorta
  35. Lupus Eritematosus Sistemik Dengan Komplikasi Buah Pinggang Yang Teruk
  36. Kelecuran Tahap Ketiga – Keterukan Tertentu
  37. Virus Kurang Daya Tahan Manusia (HIV) dijangkiti melalui Pekerjaan
  38. Penyakit Terminal (Membawa Maut)
  39. Penyakit Sistik Medular
  40. Sindrom Apallic (iaitu Keadaan Vegetatif Berterusan)
  41. Poliomielitis
  42. Skleroderma Progresif
  43. Keradangan Pankreas Berulang dan Kronik
  44. Elefantiasis (Penyakit Untut)
  45. Penyakit Creutzfeldt-Jakob (Penyakit Lembu Gila)

Tuntutan MySalam Disebabkan Covid-19

Mereka yang dimasukkan wad disebabkan oleh virus Covid-19 boleh menuntut elaun hospital sebanyak RM50 sehari sehingga 14 hari setahun (Maksimum RM700).

Komplikasi yang berpunca daripada virus Covid-19 yang mengakibatkan salah satu daripada 45 jenis Penyakit Kritikal tersenarai boleh membuat tuntutan di bawah manfaat Penyakit Kritikal.

Sila lihat panduan berikut jika ingin membuat tuntutan disebabkan Covid-19

https://www.mysalam.com.my/b40/info/content/Mysalam%20Covid.pdf

Info dan Maklumat Lanjut;

Sebarang info dan pertanyaan lanjut mengenai MySalam, sila hubungi

Telefon : 1-300-88-8938

Email : [email protected] 

Anda juga boleh melihat soalan-soalan berkaitan MySalam melalui portal MySalam melalui pautan berikut; 

https://www.mysalam.com.my/b40/info/?url=FAQ-BM

Soalan Lazim (FAQ)

Apa Itu MySalam?

MySalam merupakan sebuah inisiatif skim takaful perlindungan kesihatan percuma oleh Kerajaan yang memberikan perlindungan takaful kepada individu yang layak menerima manfaat skim Perlindungan Masyarakat mySalam melalui Tabung Amanah mySalam.

Siapa Yang Layak Menerima MySalam?

– ​​Individu berumur antara 18 hingga 65 tahun dan pasangan;
– Individu bujang berumur antara 40 hingga 65 tahun dan berpendapatan kurang daripada RM24,000 setahun;
– Individu OKU berumur antara 18 hingga 65 tahun dan berpendapatan kurang daripada RM24,000 setahun.

Berapa Jumlah Tuntutan Bayaran MySalam?

Tuntutan bayaran Mysalam terbahagi kepada dua iaitu tuntuan peyakit kritikal dan tuntutal Hospitalisasi (Elaun Wad);
1- RM8,000 untuk tuntutan penyakit kritikal
2- RM 700 (maksimum) untuk tuntutan hospitalisasi (RM50 sehari maksimum 14 hari)

Bagaimana Cara Membuat Tuntutan Mysalam?

Sila layari laman portal https://www.mysalam.com.my/ dan log masuk menggunakan No. Kad Pengenalan (No. KP) dan kata laluan yang dihantar kepada anda melalui SMS (atau kata laluan terkini yang anda telah tetapkan).

Seterusnya isi maklumat yang diminta.

PENAFIAN: Semua yang “kami” kongsikan di halaman ini sekadar panduan dan rujukan para pembaca di laman web ini sahaja. Kami tidak ada kaitan dengan mana-mana agensi kerajaan atau syarikat yang berkaitan dengannya, segala rujukan adalah berpandukan sumber sebagaimana yang disebut.

Bantuan Terkini Keluarga Malaysia 2022

Info terkini bantuan semasa daripada Kerajaan, NGO dan lain-lain

RELATED ARTICLES

Most Popular

error: Sorry dah tak boleh copy!