Inisiatif CahayaMata Keluarga Malaysia Bantuan RM500 one-off

Kerajaan mengumumkan Inisiatif CahayaMata Keluarga Malaysia buat Ibu daripada isi rumah yang menerima Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) yang melahirkan anak pada 2023 

Inisiatif ini dibentangkan oleh Menteri Kewangan YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, pada 7 Oktober 2022 (Jumaat) dalam sidang Dewan Rakyat.

Bajet 2023 merupakan kesinambungan usaha kerajaan memulih dan memantapkan ekonomi dengan pendekatan Responsif, Bertanggungjawab dan Reformis dalam memenuhi keperluan rakyat dan perniagaan, serta memacu pertumbuhan sosio-ekonomi yang mampan.

Apa Itu Inisiatif CahayaMata Keluarga Malaysia?

Cahayamata Keluarga Malaysia merupakan bantuan khas Ibu daripada isi rumah yang menerima Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) yang melahirkan anak pada 2023 

Dalam pembentangan Bajet 2023, Tengku Zafrul mengumumkan;

“Bagi meningkatkan kadar kelahiran dan dalam masa yang sama mengurangkan masalah kanak-kanak bantut, di bawah inisiatif CahayaMata Keluarga Malaysia, ibu daripada isi rumah penerima BKM yang melahirkan anak pada tahun 2023 akan diberikan bantuan tunai one-off sebanyak 500 ringgit dengan peruntukan 150 juta ringgit.”

Jadi saya rasa, masih sempatlah lagi untuk ambil peluang mendapatkan zuriat pada tahun hadapan. Tapi kenalah ingat bahawa bantuan ini hanya kepada ibu dan bukan kepada bapa.

Jumlah Bantuan

Bantuan ini akan dibayar sebanyak RM500 secara sekali bayar (one-off).

Syarat Kelayakan

Antara syarat kelayakan bantuan ini adalah ;

  1. Warganegara Malaysia
  2. Ibu daripada isi rumah penerima BKM
  3. Kelahiran pada tahun 2023

Syarat kelayakan terperinici akan dimaklumkan oleh Kerajaan selapas ini.

Cara Memohon

Memandangkan inisiatif ini baru sahaja di umumkan, cara memohon bagi  Inisiatif Cahayamata Keluarga Malaysia belum lagi diumumkan oleh Kerajaan.

Kerajaan akan memaklumkan dari semasa ke semasa tarikh permohonan dan agensi yang berkaitan yang menguruskan bantuan ini.

Bajet 2023

Tema yang dipilih untuk belanjawan 2023 ialah “Keluarga Malaysia, Makmur Bersama”, dan ianya berpaksikan empat (4) fokus iaitu :

  1. Kesejahteraan Rakyat
  2. Kelangsungan Perniagaan
  3. Kemakmuran Ekonomi
  4. Kecekapan Perkhidmatan Kerajaan

Bajet 2023  ini amat penting bagi #KeluargaMalaysia dalam usaha kerajaan  menangani inflasi dan pemulihan ekonomi ke arah kesejahteraan rakyat.

Bajet yang telah dirangka secara inklusif ini juga akan memastikan kesejahteraan, kelangsungan perniagaan dan juga pemulihan ekonomi kita semua.

Semoga dengan pengumuman  Inisiatif Cahayamata Keluarga Malaysia  ini dapat mengurangkan beban dan membantu ibu-ibu yang melahirkan anak pada tahun 2023.

Soalan Lazim (FAQ)

Apa Itu Inisiatif Cahayamata Keluarga Malaysia?

Cahayamata Keluarga Malaysia merupakan bantuan khas Ibu daripada isi rumah yang menerima Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) yang melahirkan anak pada 2023 

Berapakah Jumlah Bantuan?

RM500 secara one-off – sekali bayar

Bilakah Tarikh Permohonan?

Tahun 2023

Apakah Syarat Kelayakan?

Antara syarat kelayakan bantuan ini adalah ;
– Warganegara Malaysia
– Ibu daripada isi rumah penerima BKM
– Kelahiran pada tahun 2023


Lihat juga intipati dan senarai bantuan yang diumumkan dalam Bajet 2023

Bajet 2023: Intipati Belanjawan & Senarai Bantuan Untuk Rakyat
Scroll to Top