Sukacitanya Unit Zakat, Sedekah dan Wakaf (UZSW) UiTM Cawangan Johor membuka permohonan Bantuan Zakat kepada Pelajar UiTM Cawangan Johor yang berkelayakan.
Unit Zakat, Sedekah dan Wakaf (UZSW) UiTM Cawangan Johor merupakan sebuah unit yang menguruskan aktiviti berkaitan bantuan zakat, sedekah dan wakaf.
Pada bulan Julai 2020 UZSW diketuai oleh Koordinator dan diletakkan di bawah Rektor UiTM Cawangan Johor. Sebelum daripada itu UZSW diuruskan oleh Unit Hal Ehwal Islam UiTM Cawangan Johor. Perubahan ini berdasarkan keputusan Majlis Eksekutif Universiti (MEU) Bil. 07/2020 pada 4 Mac 2020.
Tempoh Permohonan
Sukacita ingin dimaklumkan kepada semua mahasiswa dan warga UiTM Cawangan Johor bahawa permohonan bantuan zakat pelajar dibuka bermula 03 April 2022 (Ahad) hingga 30 April 2022 (Sabtu).
Syarat Permohonan
- Beragama Islam
- Belajar sepenuh masa IJAZAH SARJANA MUDA, DIPLOMA DAN PRA DIPLOMA
- Tidak dikenakan sebarang tindakan tatatertib universiti
- Permohonan hanya dibenarkan sekali sahaja setiap semester.

Cara Memohon
Permohonan boleh dibuat secara secara atas talian melalui laman web:
https://e-kpg.uitm.edu.my/ezakat/login.php
Bagi permohonan kali pertama, sila daftar untuk akaun baru!
Dokumen Sokongan
Setiap pemohon wajib sertakan dokumen seperti berikut (dalam Pdf):
- Salinan kad matrik pelajar
- Pengesahan pendapatan/slip gaji
- Slip pengesahan akaun
- Surat perakuan doktor (jika perlu)
- Sijil kematian (jika perlu)
Info Lanjut dan Pertanyaan
Sebarang pertanyaan, sila hubungi:
KAMPUS SEGAMAT
- Ustaz Nazrudin (07-9352090)
- Ustaz Mohd Azhar (07-9352030)
KAMPUS PASIR GUDANG
- Ustazah Azizah (07-3818038)
UNIT ZAKAT, SEDEKAH DAN WAKAF UiTM CAWANGAN JOHOR
- Website : https://bit.ly/UZSW_UiTMCJ
- Facebook page : https://m.facebook.com/uzswuitmjohor
- Facebook : https://www.facebook.com/unitzsw.uitmj
- Instagram : https://www.instagram.com/uzsw_uitmjohor/
Sumber: Unit Zakat Sedekah Dan Wakaf UiTM Cawangan Johor
PENAFIAN: Semua yang “kami” kongsikan di halaman ini sekadar panduan dan rujukan para pembaca di laman web ini sahaja. Kami tidak ada kaitan dengan mana-mana agensi kerajaan atau syarikat yang berkaitan dengannya, segala rujukan adalah berpandukan sumber sebagaimana yang disebut.