Selaras dengan pengumuman pembentangan Bajet 2022, kerajaan telah bersetuju untuk memberi insentif diskaun bayaran balik pinjaman PTPTN kepada peminjam PTPTN.
Kerajaan dalam hal ini sentiasa prihatin kepada peminjam dan semoga diskaun bayaran balik pinjaman PTPTN ini dapat mengurangkan bebanan yang dihadapi.
Pemberian diskaun ini akan memberi manfaat kepada 1.67 juta peminjam PTPTN.
Mengenai Diskaun Bayaran Balik Pinjaman PTPTN Dalam Pengumuman Bajet 2022
Pengumuman diskaun ini diumumkan oleh Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Aziz dalam pembentangan Bajet 2022 pada 29 Oktober 2021 (Jumaat).
Dalam ucapan pembentangan tersebut, beliau memaklumkan;
“Seperti semua maklum, PTPTN ditubuhkan bagi mengurus pinjaman pendidikan yang disediakan sebagai kemudahan kepada pelajar institusi pengajian tinggi tempatan.”
“Sebagai pinjaman, semestinya ia satu amanah yang wajib dibayar semula oleh peminjam. Jika tidak, ia menafikan peluang anak-anak kita pada masa hadapan.”
“Oleh itu, bagi memudahkan proses bayaran balik dan memupuk sikap bertanggungjawab, Kerajaan bersetuju memberikan diskaun bayaran balik pinjaman PTPTN bermula 1 November 2021 hingga 30 April 2022”
Syarat dan Jumlah Diskaun Yang Ditawarkan
Diskaun yang diberikan adalah merangkumi :
- Diskaun 15% atas baki hutang untuk penyelesaian penuh pinjaman
- Diskaun 12% untuk bayaran sekurang-kurangnya 50% daripada baki hutang dalam sekali bayaran
- Diskaun 10% untuk bayaran balik melalui potongan gaji atau debit terus mengikut jadual
* Info dari PTPTN – Sekiranya bayaran bulanan melalui JomPay tidak layak mendapat tawaran diskaun ini.

Tempoh Diskaun
Tempoh diskaun bermula 1 November 2021 hingga 30 April 2022.
Cara Membuat Pengesahan Baki PTPTN
Para peminjam boleh dapatkan pengesahan baki bagi tujuan pembayaran penuh melalui portal PTPTN melalui pautan berikut
https://www.ptptn.gov.my/PengesahanBakiPenyelesaianHutang/Utama
atau
Boleh hubungi mana-mana Eksekutif Pemasaran PTPTN melalui pautan berikut https://www.ptptn.gov.my/hubungi-ptptn
Cara Membuat Pemotongan Debit
Permohonan direct debit boleh dilakukan secara online di https://www.ptptn.gov.my/direct_debit/direct_debit.html
atau
Potongan gaji https://www.ptptn.gov.my/potonggajionline/ .
Pengecualian Bayaran Balik
Sebagai tambahan, peminjam PTPTN layak mendapat pengecualian bayaran balik sekiranya memenuhi syarat-syarat pengecualian bayaran balik pinjaman:
- Mengikuti pengajian Ijazah Sarjana Muda secara Sepenuh Masa;
- Memperolehi Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian Kelas Pertama oleh IPT;
- Menamatkan pengajian dalam tempoh yang telah ditetapkan mengikut dokumen tawaran pinjaman PTPTN;
- Pinjaman pendidikan PTPTN tidak bertindih dengan sebarang penajaan lain;
- Kursus/ Program yang diikuti oleh peminjam di Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) hendaklah mendapat Sijil Perakuan Akreditasi Penuh daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dalam tempoh pinjaman dikeluarkan;
- Mengemukakan permohonan di dalam tempoh 12 bulan daripada tarikh konvokesyen; dan
- Dikategorikan daripada keluarga B40 dan M40 berdasarkan maklumat pendapatan ketika memohon pengecualian bayaran balik (terpakai kepada peminjam yang tamat pengajian mulai 1 Januari 2019).
Kaedah Pengecualian Bayaran Balik Pinjaman
Peminjam perlu memohon secara online di Portal PTPTN – Pengecualian Ijazah Kelas Pertama selewat-lewatnya dalam tempoh 12 bulan daripada tarikh konvokesyen.
Info lanjut mengenai pengecualian bayaran balik pinjaman ini, sila lihat pautan berikut;
https://www.ptptn.gov.my/pengecualian-bayaran-blk-side
Info dan maklumat lanjut sila layari laman web https://www.ptptn.gov.my/
Sumber:
Laman web – https://www.ptptn.gov.my/
Facebook PTPTN – https://www.facebook.com/PTPTNOfficial
PENAFIAN: Semua yang “kami” kongsikan di halaman ini sekadar panduan dan rujukan para pembaca di laman web ini sahaja. Kami tidak ada kaitan dengan mana-mana agensi kerajaan atau syarikat yang berkaitan dengannya, segala rujukan adalah berpandukan sumber sebagaimana yang disebut.