Sunday, December 4, 2022
HomeBajet 2023LIVE Pembentangan Bajet 2023 Oleh Menteri Kewangan Malaysia

LIVE Pembentangan Bajet 2023 Oleh Menteri Kewangan Malaysia

Pembentangan Bajet 2023 Oleh YB Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz, Menteri Kewangan Malaysia

Bajet 2023 merupakan kesinambungan usaha kerajaan memulih dan memantapkan ekonomi dengan pendekatan Responsif, Bertanggungjawab dan Reformis dalam memenuhi keperluan rakyat dan perniagaan, serta memacu pertumbuhan sosio-ekonomi yang mampan.

Pastinya rakyat Malaysia mengharapkan sesuatu yang menarik melalui pembentangan ini terutamanya inisiatif bantuan kepada golongan B40 dan M40 serta sokongan perniagaan bagi memastikan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) mendapat akses kepada pembiayaan bagi menggerakkan semua perniagaan.

Pembentangan Bajet 2023

Bejet 2023 akan dibentangkan oleh YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul bin Tengku Abdul Aziz selaku Menteri Kewangan Malaysia dalam Pembentangan Rang Undang-Undang Perbekalan (Belanjawan) 2023 di Dewan Rakyat.

Maklumat pembentangan adalah sebagaimana berikut;

  • Tarikh – 7 Oktober 2022 | 10 Rabi’ulawal 1444
  • Hari – Jumaat
  • Waktu – 4 Petang
  • Tempat: Parlimen Malaysia
Saksikan Lintas Langsung Pembentangan Bejet 2023

Live / Siaran Langsung Pembentangan Bajet 2023

Stream siaran langsung boleh ditonton secara online melalui saluran rasmi berikut;

Baca juga: Bajet 2023: Intipati Belanjawan dan Bantuan Untuk Rakyat

Tema Bajet 2023

Tema yang dipilih untuk belanjawan 2023 ialah “Keluarga Malaysia, Makmur Bersama”, dan ianya berpaksikan empat (4) fokus iaitu :

  1. Kesejahteraan Rakyat
  2. Kelangsungan Perniagaan
  3. Kemakmuran Ekonomi
  4. Kecekapan Perkhidmatan Kerajaan
Tema Bajet 2023

Tumpuan Dalam Pembentangan

Bajet 2023 yang akan dibentangkan akan meneruskan momentum pemulihan semasa selain memberi penekanan terhadap pengukuhan daya tahan ekonomi.

Antara aspek utama yang diberi fokus ialah memanfaatkan momentum pemulihan yang memberangsangkan pada awal tahun 2022 serta pertumbuhan diperingkat global dijadikan asas dalam penyedian bajet 2023 bagi memperkukuh pemilihan Malaysia Pasca Covid-19.

Dalam pada itu, Laporan BERNAMA menyenaraikan empat tumpuan dalam Bajet kali ini;

  • Bajet 2023 disediakan berteraskan kesejahteraan dan kebajikan rakyat, ambil kira cabaran pada 2023
  • Antara tumpuan Bajet 2023 untuk pastikan pemulihan pasca COVID-19, wujudkan peluang pekerjaan & meningkatkan pendapatan rakyat
  • Bajet 2023 beri tumpuan kepada golongan rakyat yang memerlukan bantuan dengan menambahbaik sistem perlindungan sosial
  • Bajet 2023 tingkatkan kesejahteraan hidup rakyat melalui perkhidmatan kesihatan dan pendidikan berkualiti

Peruntukan Bajet 2023

Menurut laporan Utusan Malaysia Peruntukan Bajet 2023 dijangka lebih tinggi sehingga mencecah RM350 bilion berbanding RM332.1 bilion tahun lalu yang menyaksikan peruntukan tertinggi dalam sejarah belanjawan negara.

Pensyarah Kanan Putra Business School (PBS), Prof. Madya Dr. Ahmed Razman Abdul Latiff berpendapat, bagi pembentangan Bajet 2023, kerajaan akan meneruskan tumpuan dalam pemberian subsidi kepada rakyat dan peniaga.

Ujarnya, berdasarkan kenaikan harga komoditi yang kekal tinggi seperti petroleum dan arang batu, peruntukan subsidi kemungkinan akan mencecah RM80 bilion jika subsidi pukal dikekalkan. 

“Jika subsidi bersasar diperkenalkan, peruntukan subsidi akan lebih rendah tetapi penjimatan daripada itu kemungkinan akan disalurkan kepada rakyat dan peniaga melalui bantuan tunai secara langsung. 

“Semua sektor dijangka akan diberi keutamaan tetapi sektor pendidikan akan kekal menerima peruntukan terbesar diikuti sektor kesihatan,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Bantuan Terkini Keluarga Malaysia 2022

Info terkini bantuan semasa daripada Kerajaan, NGO dan lain-lain

RELATED ARTICLES

Most Popular

error: Sorry dah tak boleh copy!