Sunday, December 4, 2022
HomeInfoTarikh Bayaran Bantuan Kewangan JKM Bulan Oktober 2022

Tarikh Bayaran Bantuan Kewangan JKM Bulan Oktober 2022

Bayaran bagi Bantuan Kewangan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk bulan Oktober akan dikreditkan seperti biasa mengikut jadual yang telah ditetapkan.

Untuk makluman, pembayaran bantuan ini adalah berbeza mengikut negeri masing-masing bagi memudahkan urusan penyaluran bantuan kepada setiap penerima.

Ini kerana pengendalian permohonan bantuan kewangan dibuat di peringkat Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian di seluruh negara.

Jadual Bayaran Bantuan JKM Oktober 2022

Bagi bulan Oktober, bayaran bantuan JKM akan dikreditkan antara 1 hingga 10 Oktober 2022.

Sekiranya terdapat perubahan bayaran bagi bantuan bulan Oktober, pihak JKM akan memaklumkan dari semasa ke semasa.

Sila rujuk, laman Facebook Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk info terkini atau hubungi JKM negeri masing-masing sekiranya berlaku kelewatan bagi bayaran bantuan bulan Oktober.

11 Jenis Bantuan JKM Jabatan Kebajikan Masyarakat

Untuk makluman terdapat 11 jenis bantuan kebajikan yang dikendalikan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) iaitu;

  1. Bantuan Kanak-kanak (BKK)
  2. Elaun Pekerja OKU (EPOKU)
  3. Bantuan Anak Pelihara (BAP)
  4. Bantuan Penjagaan OKU Terlantar / Pesakit Kronik Terlantar (BPT)
  5. Bantuan Am Persekutuan (BA)
  6. Bantuan Alat Tiruan/Alat Sokongan (BAT)
  7. Bantuan Latihan Perantis (BLP)
  8. Bantuan Geran Pelancaran (BGP)
  9. Tabung Bantuan Segera (TBS)
  10. Bantuan Warga Emas (BWE)
  11. Bantuan OKU Tidak Bekerja (BTB)
11 Jenis Bantuan Kebajikan JKM

Skim bantuan yang diwujudkan adalah sebagai alat dalam proses menolong klien ke arah pemulihan, pencegahan, pembangunan dan pengintegrasian, yang merupakan satu kaedah dalam kerja sosial. 

Proses pemberian bantuan kebajikan juga mengambil kira potensi yang ada pada setiap penerima bantuan yang masih produktif ke arah hidup berdikari.

Objektif Pemberian Bantuan

  • Memenuhi keperluan asas (basic needs) bagi meringankan beban penerima bantuan
  • Alat sokongan sosial (social support tools) untuk menilai kemampuan penerima bantuan ke arah berdikari dan mengurangkan kebergantungan kepada bantuan
  • Alat pemulihan (rehabilitation tools) agar penerima bantuan terus kekal tinggal bersama komuniti/masyarakat.
  • Sumber kewangan sementara penerima bantuan meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan hidup

Cara Memohon Bantuan JKM

Pengendalian permohonan bantuan kewangan dibuat di peringkat Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian di seluruh negara.

Setiap permohonan yang didaftarkan akan dijalankan siasatan untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon. 

Urusan ini bersesuaian dengan prinsip penyampaian bantuan yang berdasarkan kepada kelayakan dan bukan hak.

Permohonan Manual

Untuk memudahkan urusan pentadbiran, pemohon diminta membawa dokumen sokongan semasa hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian seperti salinan Kad Pengenalan diri pemohon, salinan Kad Pengenalan suami / isteri / ibu / bapa / anak yang tinggal bersama, salinan sijil kelahiran anak-anak / ahli keluarga yang tinggal bersama, salinan penyata gaji (jika ada), dan lain-lain dokumen yang berkaitan.

Borang permohonan yang berkaitan:

1. JKM 18 Borang Permohonan Bantuan 

2. JKM 20 Borang Kaji Semula Bantuan

Permohonan Secara Online

eBantuan JKM - Sistem Pengurusan Bantuan Kebajikan

Permohonan bantuan juga boleh dibuat secara atas talian melalui portal E-Bantuan JKM berikut;

http://ebantuanjkm.jkm.gov.my/ 

PERHATIAN : Sila hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat mengikut Daerah mana yang dipohon dalam tempoh 14 hari dari permohonan dibuat diatas talian. Kegagalan berbuat demikian sistem akan membatalkan permohonan tersebut secara automatik.

SILA BAWA DOKUMEN TERSEBUT SEMASA HADIR KE PEJABAT:

  1. Salinan MyKad/ Kad Pengenalan Pemohon;
  2. Salinan MyKad /Kad Pengenalan ahli keluarga yang tinggal bersama;
  3. Salinan Kad OKU/ slip pendaftaran sementara OKU;(Jika Kategori OKU)
  4. Salinan penyata pendapatan /surat akuan pendapatan;(jika bekerja sendiri)
  5. Salah satu Bil Utiliti (air/elektik/telefon/astro)
  6. Laporan pegawai perubatan dari hospital/klinik kesihatan kerajaan/swasta (bagi kes OKU tidak bekerja/ terlantar/kronik/alat tiruan)

Info dan Maklumat lanjut 

Jabatan Kebajikan Masyarakat
Aras 6, 9-18 No 55,
Persiaran Perdana,
Presint 4, 62100
Putrajaya.

Telefon : 03 – 8000 8000
Faks : 03 – 8323 2045
Emel : Maklum Balas (ISPAAA)

Facebook JKM – https://www.facebook.com/myJKMHQ 
Facebook KWPKM – https://www.facebook.com/kpwkm 

PENAFIAN: Semua yang “kami” kongsikan di halaman ini sekadar panduan dan rujukan para pembaca di laman web ini sahaja. Kami tidak ada kaitan dengan mana-mana agensi kerajaan atau syarikat yang berkaitan dengannya, segala rujukan adalah berpandukan sumber sebagaimana yang disebut.

Bantuan Terkini Keluarga Malaysia 2022

Info terkini bantuan semasa daripada Kerajaan, NGO dan lain-lain

RELATED ARTICLES

Most Popular

error: Sorry dah tak boleh copy!