Memandangkan sudah memasuki bulan 10, terdapat beberapa perkara yang anda perlu ambil perhatian bagi tarikh-tarikh penting bantuan kerajaan pada bulan Oktober 2022 ini.
Beberapa bantuan boleh dipohon pada bulan Oktober ini sama ada daripada pihak kerajaan pusat, kerajaan negeri atau lain-lain agensi. Pastinya bantuan ini akan dapat mengurangkan sedikit beban ketika rakyat sedang sedang berdepan dengan kesan kenaikan harga barang.
Beberapa bentuk bantuan yang menjadi tumpuan utama seperti Biasiswa IPTA/IPTS, agihan PerantiSiswa Fasa 2 dan lain-lain amat diharapkan agar berjalan dengan lancar pada bulan Oktober 2022 ini
Di sini kami senaraikan beberapa tarikh penting bantuan Kerajaan bulan Oktober 2022. Semoga bermanfaat dan jangan lupa kongsikan rezeki bersama yang lain.
- Baca Juga: BKM Fasa 4 – Tarikh dan Jumlah Bantuan
Agihan PerantiSiswa Fasa 2
Sebagaimana sedia maklum, permohonan di bawah Program PerantiSiswa fasa 2 telah ditutup pada 30 September yang lalu.
Tan Sri Annuar Musa dalam kenyataan di Facebook memaklumkan, sejumlah 221,411 permohonan PerantiSiswa sudah berjaya diproses dan diluluskan sehingga tarikh permohonan ditutup
KKomm telah terima hampir 475,000 permohonan dan kini giat memproses baki yg belum diluluskan dengan kerjasama pelbagai Kementerian dan agensi.
Menteri Komunikasi dan Multimedia itu berkata pihaknya kini sedang berusaha untuk menyelesaikan pengagihan perantiSiswa Fasa 1 sebelum memulakan pengagihan Fasa 2 pada Oktober dan dijangka selesai pada November depan.
Semakan kelulusan PerantiSiswa dan info terkini boleh dibuat di laman portal https://perantisiswa.kkmm.gov.my/
Bayaran Bantuan Kewangan JKM Bulan Oktober 2022
Bayaran bagi Bantuan Kewangan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk bulan Oktober akan dikreditkan seperti biasa mengikut jadual yang telah ditetapkan.
Untuk makluman, pembayaran bantuan ini adalah berbeza mengikut negeri masing-masing bagi memudahkan urusan penyaluran bantuan kepada setiap penerima.
Ini kerana pengendalian permohonan bantuan kewangan dibuat di peringkat Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian di seluruh negara.
Bagi bulan Oktober, bayaran bantuan JKM akan dikreditkan antara 1 hingga 10 Oktober 2022.
Sekiranya terdapat perubahan bayaran bagi bantuan bulan Oktober, pihak JKM akan memaklumkan dari semasa ke semasa.
Sila rujuk, laman Facebook Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk info terkini atau hubungi JKM negeri masing-masing sekiranya berlaku kelewatan bagi bayaran bantuan bulan Oktober.
Percuma RM10,000 Skim Insurans Am Selangor (INSAN)
Pendaftaran untuk Skim Insurans Am Selangor (INSAN) telah dibuka mulai 1 Oktober 2022.
Sejumlah 6 juta rakyat dan penduduk di seluruh negeri Selangor adalah layak untuk menerima lindungan sebanyak RM10,000 seorang sekiranya berlaku kematian atau hilang upaya akibat kemalangan.
Sebagai penghargaan kepada setiap insan yang menyumbang kepada ekonomi negeri Selangor, kerajaan negeri telah melonggarkan syarat kelayakan bantuan ini.
Syarat kelayakan:
1. Berumur di antara 30 hari sehingga 80 tahun
2. Lahir di Selangor (pemegang MyKAD dengan kod 10), ATAU penduduk di Selangor (beralamat MyKAD di Selangor), ATAU pengundi di Selangor
Tiada yuran pendaftaran dikenakan.Semuanya dibiayai oleh Kerajaan Negeri Selangor dengan kerjasama AmGeneral Insurance.
Pendaftaran INSAN boleh dibuat secara atas talian (online) melalui aplikasi WavPay sebagaimana berikut;
- Muat turun, pasang dan daftar akaun aplikasi Wavpay E-Wallet samaada dari
- Klik pada banner program (yang tertulis Skim Insuran Percuma INSAN)
- Lengkapkan maklumat sehingga selesai
Sebarang info dan maklumat lanjut boleh hubungi khidmat pelanggan sebagaimana maklumat berikut;
- Talian 1: +60162504199
- Talian 2: +60164354199
- Talian 3: +60164474199
- Talian 4: +60162534199
- Talian 5: +60162514199
E-mel: [email protected]
Info lanjut juga boleh layari https://wavpay.net/
Tarikh Tutup Bantuan i-Belia dan i-Belia Perantau Pada 6 Oktober 2022
Khas buat anak negeri Terengganu, permohonan bagi Bantuan i-Belia dan i-Belia Perantau ditutup pada 6 Oktober 2022 (Khamis).
Bantuan i-Belia merupakan inisiatif kerajaan negeri Terengganu buat golongan anak muda dan mahasiswa di negeri ini.
Manakala bagi kategori i-Belia perantau, bantuan ini adalah untuk belia dan mahasiswa yang tinggal di luar Terengganu namun merupakan anak jati Terengganu.
Jumlah bantuan yang akan diberikan kepada golongan belia dan mahasiswa ini adalah sebanyak RM150 secara one-off (sekali bayar).
Pembayaran akan dibuat secara tunai secara berperingkat antara 30 Oktober hingga 30 November depan.
Permohonan boleh dibuat secara atas talian (online) melalui portal iBantuan Terengganu di pautan berikut;
https://ibantuan.terengganu.gov.my/
Nota: Setiap pemohon perlu mengemaskini maklumat diri dalam sistem Profil Rakyat Terengganu (PRT20) selain memenuhi syarat gaji ditetapkan bagi pemohon yang bekerja.
Sumbangan Pendidikan Zakat Anak Selangor (SPZAS) 2023 IPT
Lembaga Zakat Selangor (LZS) membuka permohonan bagi bantuan pendidikan melalui Sumbangan Pendidikan Zakat Anak Selangor (SPZAS) untuk sekolah rendah, menengah dan institusi pengajian tinggi (IPT).
Setiap permohonan SPZAS sekolah rendah dan menengah akan menerima bantuan bergantung kepada jumlah tanggungan pada kadar RM200 seorang dan bagi permohonan SPZAS IPT akan menerima bantuan sebanyak RM700 hingga RM2,500.
Pemohon boleh membuat permohonan ini bermula dari 3 Oktober sehingga 3 Disember 2022 secara dalam talian di www.zakatselangor.com.my/spzas .
Jangan lupa untuk baca syarat-syarat dan cara-cara untuk buat permohonan terlebih dahulu ya.
p/s: permohonan boleh buat 𝙎𝙀𝙆𝘼𝙇𝙄 (1) sahaja ya, dan hanya untuk 𝘽𝙐𝙆𝘼𝙉 𝘼𝙎𝙉𝘼𝙁 𝙁𝘼𝙆𝙄𝙍, 𝙈𝙄𝙎𝙆𝙄𝙉 & 𝙈𝙐𝘼𝙇𝘼𝙁
[ 𝗡𝗼𝘁𝗮 𝘁𝗮𝗺𝗯𝗮𝗵𝗮𝗻: Buat asnaf fakir, miskin & mualaf berdaftar, boleh memohon terus pendidikan.zakatselangor.com.my ]
Rayuan Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) RISDA
Sebagai maklumat, permohonan bantuan ini telah ditutup pada 15 September yang lalu.
Pun begitu, pihak RISDA membuka ruang kepada Pekebun Kecil dan Penoreh Getah mengemukakan rayuan bagi permohonan yang ditolak.
Tarikh tutup permohonan rayuan BMT adalah pada 31 Oktober 2022.
Rayuan boleh dibuat secara dalam talian melalui pautan https://pekebunkecilmakmur.com.my/
Syarat-syarat kelayakan BMT 2022 adalah sebagaimana berikut;
Biasiswa IPT Yayasan Pahang dan Biasiswa Anak Yatim Yayasan Pahang
Adalah dimaklumkan Permohonan Bantuan Biasiswa IPT Yayasan Pahang (Lepasan STPM) 2021 dan Biasiswa Anak Yatim Yayasan Pahang 2022 ditutup pada 5 Oktober 2022 (Rabu).
Untuk Biasiswa IPT Yayasan Pahang, Kadar Penajaan diberikan dalam bentuk elaun sara hidup sebanyak RM3,000 setahun.
Manakala bagi Biasiswa Anak Yatim YP pula, Kadar Penajaan diberikan dalam bentuk yuran pengajian dan sara hidup sebanyak RM7,000 setahun.
Permohonan boleh dibuat dan dihantar secara atas talian serta dokumen-dokumen yang berkaitan perlu dimuatnaik di laman sesawang Yayasan Pahang http://www.yp.org.my/ di ruangan Perkhidmatan Atas Talian dengan memilih ikon BIASISWA IPT sebelum atau pada 5 OKTOBER 2022 (RABU).
Nota: Borang permohonan WAJIB dicetak dan ditandatangani oleh pemohon serta mendapatkan pengesahan daripada wakil yang dilantik oleh YP sebelum diemailkan kepada [email protected]
Biasiswa TNB Prime Scholarship
Sukacitanya Yayasan Tenaga Nasional membuka tawaran Biasiswa TNB Prime 2022 bagi pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda bagi program Universiti Awam tempatan.
Tarikh tutup permohonan adalah pada 14 Oktober 2022 (Jumaat)
Syarat umum permohonan bagi biasiswa ini adalah sebagaimana berikut;
- Pemohon berstatus Warganegara Malaysia.
- Berumur tidak melebihi 23 tahun pada 1 Januari pada tahun permohonan dibuat.
- Tiada adik-beradik yang sedang menerima tajaan Biasiswa YTN.
- Aktif dalam kegiatan ko-kurikulum dan mempunyai keperibadian serta ciri kepimpinan yang tinggi.
- Bekas pelajar tajaan YTN yang pernah ditamatkan penajaan YTN adalah tidak layak memohon.
- Pemohon tidak menerima bantuan kewangan dan tajaan dari mana-mana badan penaja atau agensi untuk pengajian di peringkat yang sama.
Anda boleh membuat permohonan secara dalam talian di laman sesawang Yayasan Tenaga Nasional : https://ytn.tnb.com.my
- Klik > Apply now di laman sesawang YTN https://ytn.tnb.com.my/
- Kemudian Klik > Register / Login
Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, sila ajukan pertanyaan melalui emel ke [email protected] atau hubungi terus talian di 03-89247500.
Bantuan Persediaan IPT Anak-Anak Kakitangan UKM 2022
Sukacitanya Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) melalui bahagian Zakat Universiti mempelawa kepada semua Warga UKM yang berkelayakan untuk memohon Bantuan Zakat Persediaan IPT 2022 bagi anak-anak kakitangan UKM yang akan melanjutkan pengajian ke Institusi Pengajian Tinggi di peringkat Ijazah Sarjana Muda/ Diploma/ Asasi/ Matrikulasi/ Sijil.
Kadar bantuan yang diberikan adalah berbeza mengikut peringkat pengajian dan bantuan ini diberikan sekali sahaja (one-off) sebagai persediaan anak-anak kakitangan UKM untuk melanjutkan pengajian di IPT.
Tarikh tutup bantuan ini adalah pada 15 Oktober 2022 (Sabtu).
Bantuan yang diberikan adalah sekali sahaja (one-off) berdasarkan tahap pengajian;
- Ijazah Sarjana Muda – RM 1,000.00
- Diploma/ Asasi/ Matrikulasi – RM 700.00
- Sijil – RM 500.00
Berikut merupakan syarat-syarat permohonan bagi bantuan ini.
- Warga Kakitangan UKM
- Beragama Islam
- Tergolong dalam kalangan Asnaf Fakir, Miskin dan Fisabilillah
- Anak yang akan melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda/ Diploma/ Asasi/ Matrikulasi/ Sijil
- Bagi kemasukan Semester 1 Tahun 1 pengajian
Permohonan perlu dibuat melalui atas talian (online), melalui pautan berikut; https://zakat.ukm.my/
*Diruangan maklumat tanggungan, sila isi semua tanggungan termasuk pasangan.
Bantuan Zakat Pelajar (UiTM) Sesi 2022/2023
Dimaklumkan bahawa Bahagian Zakat, Sedekah dan Wakaf (ZAWAF) Universiti Teknologi Mara telah membuka permohonan bantuan zakat pelajar UiTM secara atas talian bagi sesi 1 2022/2023.
Pelajar-pelajar yang berkelayakan bolehlah memohon bantuan zakat ini sebelum tarikh tutup permohonan beserta syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan.
Permohonan Zakat Pelajar UiTM ini dibuka secara atas talian (Online) bagi kampus berikut;
- Shah Alam
- Puncak Alam
- Puncak Perdana
- Sungai Buloh
- Seksyen 17
- Selayang
- Dengkil
Tarikh Permohonan Ditutup: 31 Oktober 2022 (Isnin).
Permohonan bantuan zakat boleh dibuat melalui kaedah berikut;
- >>Portal Pelajar UiTM<<
- WhatsApp >>ZAWAF UiTM<<
Sebarang info lanjut, sila layari Facebook Bahagian Zakat Sedekah dan Wakaf UiTM – Media FB Rasmi
Atau laman web https://zawaf.uitm.edu.my/