Permohonan di bawah Program PerantiSiswa Keluarga Malaysia fasa 2 dibuka bermula 1 Ogos sehingga 30 September 2022, bagi pelajar B40 yang akan memasuki institusi pengajian tinggi tidak lama lagi.
Bagi permohonan fasa 2, kerajaan bersetuju untuk memperluas kelayakan bagi 4 lagi kategori berbanding hanya untuk pelajar institusi pengajian tinggi awam dan swasta sebelum ini.
“Bagi fasa kedua, mereka yang datang daripada keluarga B40 dengan pendapatan isi rumah di bawah RM4,850 sebulan, layak untuk membuat permohonan secara atas talian.”
Inisiatif Kerajaan ini adalah bagi memastikan tiada golongan yang tercicir dalam kemajuan teknologi dan dapat beradaptasi dalam menghadapi kemunculan ekosistem digital pada masa hadapan.
Apa itu PerantiSiswa Keluarga Malaysia?
Inisiatif PerantiSiswa Keluarga Malaysia merupakan inisiatif untuk menyediakan peranti kepada mahasiswa Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) yang berada dalam kelompok keluarga B40 bagi memastikan proses pengajian para mahasiswa terus terpelihara.
Inisiatif ini diteruskan untuk fasa 2 yang dibuka selama 60 hari bermula 1 Ogos 2022.
Tempoh Permohonan Fasa 2 PerantiSiswa
Permohonan PerantiSiswa fasa kedua boleh dibuat secara online mulai 1 Ogos 2022 pautan https://perantisiswa.kkmm.gov.my/
Permohonan dibuka selama 60 hari iaitu sehingga 30 September 2022.
Syarat Permohonan
Pemberian satu (1) unit peranti untuk pemohon yang memenuhi syarat umum kelayakan PerantiSiswa seperti berikut:
- Warganegara Malaysia;
- Daripada kategori keluarga B40 iaitu pendapatan isi rumah RM4,850 dan ke bawah;
- Sedang mengikuti pengajian di peringkat Matrikulasi, Asasi, Diploma, Diploma Vokasional Malaysia, Diploma Lanjutan dan Ijazah Sarjana Muda di bawah Kementerian Pengajian Tinggi, Kementerian Pendidikan Malaysia atau Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia;
- Pelajar Tingkatan Enam di bawah KPM (2 semester);
- Bukan pelajar tahun akhir pada tahun 2022;
- Mengikuti pengajian secara sepenuh masa; dan
- Tidak pernah menerima bantuan peranti daripada mana-mana program di bawah Kerajaan.
Kaedah Pemberian
Dalam pengumuman terbaru Perdana Menteri, Kerajaan bersetuju untuk memberikan terus tablet PerantiSiswa ini kepada mahasiswa. Ia sebagai penghargaan dan pemangkin kepada pelajar untuk mendapat keputusan cemerlang.
Sebelum ini, inisiatif PerantiSiswa Keluarga Malaysia diberika secara Konsep Guna Pakai (KGP) di mana mahasiswa perlu serahkan semula peranti setelah digunakan.
Sebagai makluman, inisiatif ini hanya melibatkan pemberian peranti tanpa pelan data Internet.
Penerima peranti juga adalah tertakluk kepada terma dan syarat-syarat lain yang ditetapkan oleh Kerajaan dari semasa ke semasa.
Cara Memohon Tablet PerantiSiswa Keluarga Malaysia
1. Layari laman web https://perantisiswa.kkmm.gov.my dan klik Daftar Pengguna.
2. Lengkapkan maklumat yang dikehendaki untuk tujuan pendaftaran dan klik Daftar.
3. Skrin Daftar Pengguna Baharu akan dipaparkan setelah proses Daftar di hantar.
4. Notifikasi akan dihantar kepada emel pemohon untuk tujuan pengesahan Pendaftaran Akaun Baharu dan klik Aktifkan Akaun.
5. Log Masuk menggunakan Alamat Emel dan Kata Laluan yang telah didaftarkan dan klik Log Masuk.
6. Skrin Borang Permohonan Perantisiswa akan dipaparkan, semak dan lengkapkan Borang Permohonan Perantisiswa yang wajib di isi.
7. Pilih Perakuan Pelajar dan klik terma dan syarat
8. Pilih Perakuan Pelajar dan klik Hantar Permohonan.
9. Skrin notifikasi ini dikeluarkan secara pop-up bagi mengingatkan pemohon agar memastikan maklumat permohonan yang dimasukkan adalah tepat dan lengkap. Sila klik kotak Ya untuk meneruskan permohonan atau klik kotak Tidak untuk membuat pindaan permohonan.
10. Skrin pengesahan akan dipaparkan setelah permohonan didaftarkan. Klik Cetak/Simpan untuk simpanan.
11. Skrin notifikasi ini dikeluarkan secara pop-up untuk keluar dari Sistem https://perantisiswa.kkmm.gov.my. Sila klik kotak OK untuk keluar dari system atau klik kotak BATAL untuk kekal di skrin.
12. Layari laman web https://perantisiswa.kkmm.gov.my sekiranya ingin membuat semakan semula dan klik Log Masuk .
13. Log Masuk menggunakan Alamat Emel dan Kata Laluan yang telah didaftarkan dan klik Log Masuk.
14. Skrin semakan akan dikeluarkan sekiranya nama pemohon telah didaftarkan. Maklumat pemohon yang dipaparkan adalah berdasarkan kepada maklumat pendaftaran di laman web https://perantisiswa.kkmm.gov.my
Jenis Peranti
Peranti yang dibekalkan adalah sebuah tablet dengan jenama atau model Samsung Galaxy Tab A8 LTE
Maklumat penuh spesifikasi tablet, adalah sebagaimana berikut;
Jenama / Model | Samsung Galaxy Tab A8 LTE |
Paparan | TFT 10.5 inci WUXGA (1920 x 1200 piksel) |
Sistem Operasi dan UI | Android 11, One UI 3.1 |
Rangkaian | Wi-Fi 2.4Ghz dan 5Ghz, 4G LTE |
Processor | Octa-Core A75 2.0GHz |
RAM | 4GB |
Storan | 64GB |
Slot Micro SD Card | Sehingga 1TB |
Kamera Hadapan | 5MP |
Kamera Belakang | 8MP AutoFocus |
Pembesar Suara Terbina Dalam | Pembesar Suara Empat |
Bicu Audio 3.5mm Untuk Set Kepala | Ya |
Bluetooth | Bluetooth v5.0 |
Bateri | Integrated 7,040mAh |
Pengecas Berserta Kabel | Samsung 7.75W Travel Adaptor with Charging Cable |
Papan Kekunci Bluetooth | Samsung Smart Keyboard Trio 500 (EJ-B3400) |
Pen Stylus | Samsung ITFIT Stylus Pen (GP-JPU022SAASW) |
Casing / Sleeve Case | Samsung ITFIT TAB A8 Book Cover (GP-FBU022SAAJW) |
Dimensi dan Berat | 161.9 x 246.8 x 6.9mm, 508g |
Waranti | Tablet: Samsung Waranti 24 BulanBateri, Pengecas, Papan Kekunci & Stylus: Samsung Waranti 12 Bulan |
Berikut pula adalah gambar-gambar mengenai Tablet Samsung Galaxy Tab A8 LTE yang akan diperolehi.
Adakah pelajar matrikulasi layak untuk memohon bantuan Perantisiswa fasa 2?
Dalam kenyataan terkini Tan Sri Annuar Musa, kerajaan bersetuju untuk memperluas kelayakan bagi pemohon yang memasuki Institut Pendidikan Guru (IPG) dan Kolej Matrikulasi di bawah Kementerian Pendidikan, berbanding hanya untuk pelajar institusi pengajian tinggi awam dan swasta sebelum ini.
Info dan Maklumat Lanjut
Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan berkenaan permohonan PerantiSiswa, sila e-melkan ke [email protected] atau melalui talian berikut:
▪ 03-8911 5351
▪ 03-8911 5258
▪ 03-8911 5265
▪ 03-8911 5188
Waktu operasi:
8.00 pagi hingga 6.00 petang
Isnin hingga Jumaat (kecuali hari kelepasan am)
8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari
Sabtu dan Ahad
Sumber: Portal Perantisiswa Keluarga Malaysia
Soalan Lazim (FAQ)
Berikut adalah soalan lazim berkaitan Permohonan Tablet PerantiSiswa Keluarga Malaysia Fasa 2;
Inisiatif PerantiSiswa Keluarga Malaysia merupakan inisiatif untuk menyediakan peranti kepada mahasiswa Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) yang berada dalam kelompok keluarga B40 bagi memastikan proses pengajian para mahasiswa terus terpelihara.
Permohonan PerantiSiswa ditutup pada 30 September 2022. Permohonan boleh dibuat secara online melalui pautan https://perantisiswa.kkmm.gov.my/
Ya, layak memohon.
Mahasiswa tahun akhir pada tahun 2022 adalah tidak layak memohon.
Tidak. Pemohon mestilah mahasiswa yang mengikuti pengajian secara sepenuh masa.
Tidak perlu dikembalikan. Kerajaan bersetuju untuk berikan terus kepada Mahasiswa.
Pemakluman keputusan akan dibuat melalui e-mel dan semakan juga boleh dibuat diportal PerantiSiswa.
PENAFIAN: Semua yang “kami” kongsikan di halaman ini sekadar panduan dan rujukan para pembaca di laman web ini sahaja. Kami tidak ada kaitan dengan mana-mana agensi kerajaan atau syarikat yang berkaitan dengannya, segala rujukan adalah berpandukan sumber sebagaimana yang disebut.