Ini Kategori yang Dapat Amaun Tambahan BKM Fasa 3 RM500

Kategori yang dapat Amaun Tambahan BKM Fasa 3

Pembayaran Fasa 3 dan Rayuan BKM sedang dalam proses pengkreditan mulai 20 September 2022 sehingga 27 September 2022 secara berperingkat.

Untuk fasa 3 bayaran yang diterima adalah mengikut kategori masing-masing seperti Isi rumah, warga emas dan kategori bujang.

Namun, ada yang keliru mengenai amaun yang diterima masing-masing dalam fasa 3 BKM. Ada yang dapat RM100, RM150, RM600, RM800, RM900 dan lain-lain amaun.

Kadar Tambahan BKM

Untuk makluman, mereka yang layak akan menerima kadar bayaran tambahan antara RM300-RM500 untuk BKM 2022. Tambahan BKM ini di bayar  berdasarkan syarat dan kelulusan permohonan BKM.

Jadi kadar bayaran Tambahan BKM dalam fasa 3 dikira selepas di campur kelayakan asas yang diterima.

Sebagai contoh,

  • Kategori Isi Rumah Ibu Bapa Tunggal-IBT (ada anak)
    • Kelayakan Asas BKM Fasa 3 RM400 + Tambahan BKM RM500 = Jumlah RM900
  • Kategori Isi Rumah Kahwin (Warga Emas anak 1-2)
    • Kelayakan Asas BKM Fasa 3 RM300 + Tambahan BKM RM300 = Jumlah RM600

Siapa yang Dapat Kadar Tambahan BKM?

Kadar tambahan hanya diberikan kepada penerima isi rumah seperti berikut:

  1. Tambahan RM500 kepada penerima kategori isi rumah berstatus Ibu Bapa Tunggal (IBT) yang mempunyai anak menepati syarat; atau
  2. Tambahan RM300 kepada penerima kategori isi rumah berstatus Warga Emas. 
Kadar Tambahan Bantuan BKM Mengikut Kategori

Semakan BKM Dapat Atau Tidak Tambahan Ini?

Bagi mengetahui sama ada anda dapat atau tidak tambahan bayaran ini, boleh buat semakan status di portal My BKM melalui pautan berikut;

https://bkm.hasil.gov.my/

Status akan memaparkan;

  1. Amaun kelulusan asas BKM
  2. BKM Tambahan
Status dapat BKM Tambahan & tak dapat

Mereka yang dapat tambahan BKM ini jumlah yang diterima samaada RM300 atau RM500.

  • Yang dapat RM300 isi rumah berstatus Warga Emas.
  •  Yang dapat RM500 kategori isi rumah berstatus Ibu Bapa Tunggal (IBT) yang mempunyai anak.

Tarikh Bayaran BKM Tambahan

BKM tambahan ini di bayar dalam fasa 3 iaitu mulai 20 September 2022 hingga 27 September 2022.

Bayaran adalah secara berperingkat mengikut bank masing-masing.

Pembayaran Fasa 3 dan Rayuan BKM

Cara Bayaran

Pembayaran Rayuan BKM 2022 adalah seperti berikut:

  1. Ada Akaun Bank – Pengkreditan terus ke akaun bank yang didaftarkan / dikemas kini mulai 20 September 2022 secara berperingkat
  2. Tiada Akaun Bank – Penunaian di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai 20 September 2022 

Tuntutan BKM Tunai di BSN

Bagi bayaran secara  tunai BKM turut akan dilakukan mulai 20 September 2022 (Selasa) di seluruh Cawangan Bank BSN di seluruh Malaysia.

Untuk pembayaran secara tunai ini, penerima perlu membawa kad pengenalan ketika hadir ke Cawangan BSN.

Hanya wakil yang didaftarkan sahaja dibenarkan untuk mewakilkan penerima bagi penunaian BKM. Rujuk laman sesawang BKM untuk maklumat lanjut. 

Notis BKM Fasa 3 dan Rayuan BKM BSN

Notis Pemakaian Pelitup Muka di premis BSN

Walaupun Kerajaan mengumumkan pemakaian pelitup muka di dalam bangunan adalah pilihan, namun pihak BSN memohon kerjasama para pelanggan untuk memakai pelitup muka ketika berada di premis BSN bagi melindungi pelanggan dan kakitangan mereka.

Kerjasama para pelanggan BSN adalah amat dihargai.

Notis pemakaian pelitup muka di premis BSN

Soalan Lazim (FAQ)

Siapa Yang Dapat Kadar Tambahan BKM?

1.Kategori isi rumah berstatus Ibu Bapa Tunggal (IBT) yang mempunyai anak menepati syarat; atau
2) Kategori isi rumah berstatus Warga Emas.

Berapa Jumlah Kadar Tambahan?

Ibu Bapa Tunggal (yang mempunyai anak) RM500
Isi Rumah Warga Emas RM300

Bila Tarikh Bayaran?

Mulai 20 September 2022

Bagaimana Cara Semakan Tambahan?

https://bkm.hasil.gov.my/


Jadual Jangkaan Pembayaran BKM Fasa 3 Ke Akaun Bank Masing-Masing.

Scroll to Top