Sunday, December 3, 2023
HomeBantuan Keluarga MalaysiaBKM Semakan Status Terkini Fasa 3 dan Rayuan BKM

BKM Semakan Status Terkini Fasa 3 dan Rayuan BKM

Semakan Status Terkini Pembayaran BKM Fasa 3 dan Status Rayuan BKM

Anda kini sudah boleh membuat semakan status bayaran BKM fasa 3 dan status kelulusan Rayuan BKM (lulus atau tidak).

Sebagaimana yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) dibayar secara berperingkat dengan bayaran Fasa Tiga dikreditkan mulai 20 September hingga 27 September 2022.

Pembayaran Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) Fasa 3 melalui pengkreditan ke dalam akaun akan bermula secara rasminya pada 20 September 2022 (Selasa) dan ia akan dilakukan secara berperingkat.

Bagi bayaran secara  tunai BKM turut akan dilakukan mulai 20 September 2022 (Selasa) di seluruh Cawangan Bank BSN di seluruh Malaysia.

Cara Semakan Status BKM Fasa 3

Status Semak Fasa 3 BKM boleh dibuat dengan 2 cara iaitu;

  1. Semakan secara dalam talian (online) https://bkm.hasil.gov.my  
  2. Semakan secara aplikasi mobile BKM 2022 iaitu dengan Muat turun di Play Store bagi platform Android dan di App Store bagi platform iOS

Sekiranya anda membuat semakan MyBKM melalui online https://bkm.hasil.gov.my;

  • Tekan log masuk MyBKM
  • Masukkan Nombor MyKad (12 Digit)
  • Klik Butang Semak
  • Pengesahan Kata Kunci Keselamatan yang telah didaftarkan
  • Masukkan Kata Laluan yang telah didaftarkan
  • Klik Log Masuk
  • Klik Semakan Status
    • Status Kelulusan
      • Lulus Rayuan
      • Tidak Lulus Rayuan
    • Maklumat Bayaran (jika ada)
status rayuan BKM lulus dan tidak lulus

Pemohon yang telah membuat semakan BKM fasa 3 dan rayuan BKM yang telah diluluskan akan dipaparkan maklumat berikut;

  1. Nombor Pengenalan Akaun dikredit 
  2. Nama Penerima 
  3. Fasa Pembayaran 
  4. Jumlah dikredit 
  5. Status Kredit 
  6. Nama Bank 
  7. Nombor Akaun Bank
Semakan status terkini BKM Fasa 3 (Dalam Proses Pengkreditan)

Terlupa Kata Laluan (Password) dan Tak Boleh Login

Sekiranya terlupa password BKM, tindakan adalah seperti berikut:

Anda boleh klik pada pautan Terlupa Kata Laluan dan tindakan adalah seperti berikut: 

  1. Mempunyai e-mel yang berdaftar pada Permohonan BKM 2022 
    • Masukkan Nombor MyKad (12 Digit)  
    • Masukkan e-mel yang berdaftar pada Permohonan BKM 2022 dan klik seterusnya  
    • Kata laluan baharu akan diemelkan pada emel yang didaftarkan berkenaan  
    • Semak e-mel dan log masuk semula MyBKM  
    • Masukkan Nombor MyKad (12 Digit) dan sahkan kata kunci keselamatan 
    •  Masukkan Kata laluan Sementara yang telah diemelkan dan juga set semula kata laluan baharu. 
  2. Tidak mempunyai e-mel / e-mel tidak sama seperti yang berdaftar pada BKM 2022 / e-mel tidak sah 
    • Set semula kata laluan melalui e-mel tidak boleh dibuat 
    • Pemohon perlu menjawab soalan keselamatan yang telah didaftarkan sebelum ini
Cara Reset ID Pemohon Bantuan Keluarga Malaysia

Untuk makluman, sekiranya anda terlupa jawapan bagi soalan keselamatan setelah 3 kali percubaan diberikan. Id permohonan akan disekat. 

Selepas 24 jam, anda boleh log masuk semula MyBKM dengan menjawab soalan keselamatan yang diberikan tanpa perlu menghubungi talian Hotline atau hadir ke LHDNM.

Tarikh Bayaran BKM Fasa 3

Dalam pengumuman Perdana Menteri pada 16 September yang lalu, pembayaran Fasa 3 dan Rayuan BKM akan dikreditkan ke dalam akaun penerima mulai 20 September 2022 secara berperingkat dan dijangka selesai pada 27 September 2022.

Tarikh bayaran BKM Fasa 3

Bank Mana Yang Masuk Dulu?

Berdasarkan pengalaman penerima BKM fasa 1 dan fasa 2 sebelum ini, penerima BKM yang daftar menggunakan akaun bank BSN akan terima dahulu bantuan kerana BSN adalah bank panel bagi Bantuan Keluarga Malaysia.

BSN dah Masuk (Fasa 3 BKM) RM400

Ini diikuti secara BERPERINGKAT oleh beberapa bank yang lain seperti CIMB, Maybank, RHB, Bank Islam, Affin Bank, Bank Rakyat, Public Bank, Hong Leong Bank, Agro Bank dan lain-lain.

Untuk penerima BSN, jangkaan tarikh adalah pada 20 September (Selasa). Namun berkemungkinan juga akan masuk awal sehari (hanya jangkaan berdasarkan pengalaman BKM Fasa 1 dan 2). Manakala jangkaan bagi bank-bank yang lain akan masuk mulai 21 September 2022 (Rabu).

Jumlah dan Kadar Bayaran BKM Fasa 3  (Penerima Sedia Ada)

Bagi penerima sedia ada, jumlah bayaran bagi fasa 3 sedikit berbeza berbanding sebelum ini.

Penerima yang lulus akan menerima bayaran antara RM100 hingga RM900 berdasarkan kelayakan setiap penerima masing-masing.

Untuk maklumat yang lebih jelas, anda boleh merujuk jadual yang disediakan di bawah;

i. Kategori Isi Rumah (Kahwin) – Pemohon berumur 59 tahun dan ke bawah umlah bayaran BKM Fasa 3
ii. Kategori Isi Rumah (Kahwin) - Pemohon berusia 60 tahun dan ke atas dengan amaun tambahan Isi Rumah Warga Emas (RM300) umlah bayaran BKM Fasa 3
iii. Kategori Isi Rumah [Ibu Bapa Tunggal (IBT) Mempunyai Anak] - Tiada had umur pemohon dengan amaun tambahan IBT mempunyai anak (RM500) umlah bayaran BKM Fasa 3
iii. Kategori Isi Rumah [Ibu Bapa Tunggal (IBT) Mempunyai Anak] - Tiada had umur pemohon dengan amaun tambahan IBT mempunyai anak (RM500) umlah bayaran BKM Fasa 3
Kategori Bujang dan Ibu Bapa Tunggal (IBT) tiada anak umlah bayaran BKM Fasa 3

Jumlah dan Kadar Bayaran Rayuan BKM

Sementara bagi penerima Rayuan BKM, jumlah bayaran adalah berbeza tidak seperti penerima sedia ada. 

Ini kerana, bayaran yang diterima adalah gabungan Bayaran September 2022 dan bayaran Bantuan Tunai Tambahan.

Perincian bagi bayaran ini boleh lihat jadual di bawah bagi setiap kategori penerima rayuan BKM;

Jumlah Bayaran rayuan kategori 1 (Isi Rumah) Gaji bawah 50000
Jumlah Bayaran rayuan kategori 2 (Isi Rumah warga emas) Gaji bawah 2500
Jumlah Bayaran rayuan kategori 3 (Ibu bapa tunggal)
Jumlah Bayaran rayuan kategori 4 dan 5 (Bujang dan Ibu Bapa Tunggal).jpg

Cara Bayaran

Kaedah pembayaran Fasa 3 BKM 2022 adalah seperti berikut: 

  1. Kredit ke akaun bank Pembayaran akan dikreditkan ke akaun bank pemohon / pasangan yang telah didaftarkan semasa permohonan BKM 2022 secara berperingkat. 
  2. Tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) 
    1. Pembayaran akan dilakukan secara tunai sekiranya tidak melaporkan maklumat akaun bank semasa permohonan BKM 2022. 
    2. Pembayaran Fasa 3 BKM 2022 berstatus Gagal Kredit.

Tuntutan BKM Tunai di BSN

Bagi bayaran secara  tunai BKM turut akan dilakukan mulai 20 September 2022 (Selasa) di seluruh Cawangan Bank BSN di seluruh Malaysia.

Untuk pembayaran secara tunai ini, penerima perlu membawa kad pengenalan ketika hadir ke Cawangan BSN.

Hanya wakil yang didaftarkan sahaja dibenarkan untuk mewakilkan penerima bagi penunaian BKM. Rujuk laman sesawang BKM untuk maklumat lanjut. 

Notis BKM Fasa 3 dan Rayuan BKM BSN

Notis Pemakaian Pelitup Muka di premis BSN

Walaupun Kerajaan mengumumkan pemakaian pelitup muka di dalam bangunan adalah pilihan, namun pihak BSN memohon kerjasama para pelanggan untuk memakai pelitup muka ketika berada di premis BSN bagi melindungi pelanggan dan kakitangan mereka.

Kerjasama para pelanggan BSN adalah amat dihargai.

Notis pemakaian pelitup muka di premis BSN

FAQ (Soalan Lazim) 

Berikut merupakan soalan lazim mengenai semakan status BKM Fasa 3 dan semakan status Rayuan BKM

Bagaimana Cara Semakan Semakan Secara Online?

https://bkm.hasil.gov.my/

Bilakah Tarikh Pembayaran BKM Fasa 3 dan Rayuan BKM?

Mulai 20 September 2022 (Selasa) secara berperingkat.

Berapa jumlah bayaran BKM Fasa 3 dan Rayuan BKM?

– Antara RM100 hingga RM900 berdasarkan kelayakan setiap penerima masing-masing.
– Sehingga 2350 bagi penerima rayuan BKM

Berapa jumlah bayaran untuk kategori Bujang Fasa 3?

RM150

Siapa yang dapat bayaran RM900?

Kategori Isi Rumah [Ibu Bapa Tunggal (IBT) Mempunyai Anak] yang berpendapatan RM0 – RM2500 serta mempunyai 3 anak & ke atas.

Bantuan Terkini Kerajaan Perpaduan 2023

Info terkini bantuan semasa daripada Kerajaan, NGO dan lain-lain

RELATED ARTICLES

Most Popular

error: Sorry dah tak boleh copy!