Friday, October 7, 2022
HomeBantuan Keluarga MalaysiaJangkaan BKM Fasa 3 Masuk Akaun Bank | BSN, Maybank, CIMB

Jangkaan BKM Fasa 3 Masuk Akaun Bank | BSN, Maybank, CIMB

Jadual Jangkaan Pembayaran BKM Fasa 3 Masuk Ke Akaun Bank Masing-Masing.

Sebagaimana yang dimaklumkan oleh Perdana Menteri pada 16 September yang lalu, Pembayaran Fasa 3 dan Rayuan BKM akan dikreditkan ke dalam akaun penerima mulai 20 September 2022 secara berperingkat dan dijangka selesai pada 27 September 2022.

Pembayaran dalam fasa ini melibatkan kategori isi rumah, warga emas dan individu bujang. Turut menerima bayaran adalah penerima Rayuan BKM.

Untuk BKM Fasa 3, setiap penerima BKM sedia ada bakal menerima sehingga RM900. Lebih daripada 80,000 penerima telah diluluskan Rayuan BKM dan akan menerima sehingga RM2,350 mengikut kategori kelayakan masing-masing termasuk Bantuan Tunai Tambahan yang diumumkan Kerajaan pada Jun yang lepas.

Pastinya penerima BKM tidak sabar untuk menunggu tarikh BKM masuk ke akaun masing-masing.

Semakan Bayaran

Semakan status pembayaran BKM  boleh dibuat mulai 20 September 2022 melalui laman portal rasmi My BKM iaitu;

https://bkm.hasil.gov.my/

  • Tekan log masuk MyBKM
  • Masukkan Nombor MyKad (12 Digit)
  • Klik Butang Semak
  • Pengesahan Kata Kunci Keselamatan yang telah didaftarkan
  • Masukkan Kata Laluan yang telah didaftarkan
  • Klik Log Masuk

Pemohon yang telah membuat semakan akan dipaparkan maklumat berikut;

  1. Nombor Pengenalan Akaun dikredit 
  2. Nama Penerima 
  3. Fasa Pembayaran 
  4. Jumlah dikredit 
  5. Status Kredit 
  6. Nama Bank 
  7. Nombor Akaun Bank
Semakan status terkini BKM Fasa 3 (Dalam Proses Pengkreditan)

Jadual Jangkaan Tarikh/Waktu Bayaran BKM Masuk Ke Akaun Bank

Untuk BKM Fasa 3, tarikh pembayaran adalah mulai 20 September 2022 (Selasa) hingga 27 September 2022 (Selasa) SECARA BERPERINGKAT masuk ke akaun bank masing-masing (bagi yang ada akaun).

Bank mana yang masuk dulu?

Berdasarkan pengalaman penerima BKM fasa 1 dan fasa 2 sebelum ini, penerima BKM yang daftar menggunakan akaun bank BSN akan terima dahulu bantuan kerana BSN adalah bank panel bagi Bantuan Keluarga Malaysia.

Ini diikuti secara BERPERINGKAT oleh beberapa bank yang lain seperti CIMB, Maybank, RHB, Bank Islam, Affin Bank, Bank Rakyat, Public Bank, Hong Leong Bank, Agro Bank dan lain-lain.

Untuk penerima BSN, jangkaan tarikh adalah pada 20 September (Selasa). Namun berkemungkinan juga akan masuk awal sehari (hanya jangkaan berdasarkan pengalaman BKM Fasa 1 dan 2). Manakala jangkaan bagi bank-bank yang lain akan masuk mulai 20 September 2022 (Rabu) BERPERINGKAT.

Maybank dah masuk kategori Isi Rumah
Maybank dah masuk kategori Isi Rumah

Berikut adalah jangkaan tarikh/waktu bayaran BKM Masuk Ke Akaun Bank masing-masing;

BankTarikh JangkaanWaktu Jangkaan
BSN20 September – Selasa
(secara berperingkat)
– 11:00 pagi
– 2:00 petang
– 5:00 petang
– 8:20 malam
– 11:00 malam
Maybank20 September – Rabu
(secara berperingkat)
– 11:00 pagi
– 2:00 petang
– 5:00 petang
– 8:20 malam
– 11:00 malam
CIMB Bank 20 September – Rabu
(secara berperingkat)
– 11:00 pagi
– 2:00 petang
– 5:00 petang
– 8:20 malam
– 11:00 malam
RHB Bank20 September – Rabu
(secara berperingkat)
– 11:00 pagi
– 2:00 petang
– 5:00 petang
– 8:20 malam
– 11:00 malam
Bank Islam 20 September – Rabu
(secara berperingkat)
– 11:00 pagi
– 2:00 petang
– 5:00 petang
– 8:00 malam
– 11:00 malam
Public Bank20 September – Rabu
(secara berperingkat)
– 11:00 pagi
– 2:00 petang
– 5:00 petang
– 8:20 malam
– 11:00 malam
Bank Rakyat20 September – Rabu
(secara berperingkat)
– 11:00 pagi
– 2:00 petang
– 5:00 petang
– 8:20 malam
– 11:00 malam
Agro Bank20 September – Rabu
(secara berperingkat)
– 11:00 pagi
– 2:00 petang
– 5:00 petang
– 8:20 malam
– 11:00 malam
Bank Muamalat20 September – Rabu
(secara berperingkat)
– 11:00 pagi
– 2:00 petang
– 5:00 petang
– 8:20 malam
– 11:00 malam
Public Bank20 September – Rabu
(secara berperingkat)
– 11:00 pagi
– 2:00 petang
– 5:00 petang
– 8:20 malam
– 11:00 malam
Lain-lain Bank20 September – Rabu
(secara berperingkat)
Sila rujuk jadual
IBG bank

Sebagai peringatan, jadual di atas adalah jangkaan sahaja bagi pembayaran BKM masuk ke akaun bank masing-masing berdasarkan Jadual IBG Transfer bank masing-masing.

Penerima BKM dinasihatkan untuk membuat semakan di internet banking masing-masing bagi mengesahkan penerimaan bayaran BKM fasa 3 sebelum membuat pengeluaran di mesin ATM.

Duit BKM Belum Masuk?

Dengan 8.7 juta penerima dan pembayaran berjumlah RM2.2 bilion, sudah pasti ia akan mengambil sedikit masa sebelum dikreditkan ke dalam akaun masing-masing. 

Jadi kalau belum masuk lagi pada 20 September tu, jangan risau kerana bayaran dibuat sehingga 27 September 2022. Ini kerana jumlah yang besar dan bilangan penerima yang ramai ini memerlukan sedikit masa pembayaran.

Sekiranya anda lewat menerima bayaran ini, diharapkan bersabar kerana pembayaran dibuat mengikut bank masing-masing.

Berapa Saya Dapat Untuk BKM Fasa 3?

Berdasarkan pengumuman terkini Perdana Menteri, jumlah bayaran bagi BKM fasa ketiga adalah sehingga RM900 berdasarkan kategori masing-masing.

Jumlah ini berbeza berdasarkan kelayakan setiap penerima yang merangkumi isi rumah, warga emas (bujang/tiada pasangan) dan individu bujang.

  • Isi rumah Berpendapatan RM5000 dan Ke Bawah – Jumlah bayaran bagi September 2022 adalah antara RM100-RM400
  • Warga Emas Berpendapatan RM5000 dan Ke Bawah  – Jumlah bayaran bagi September 2022 antara RM400 – RM700
  • Ibu Bapa Tunggal (IBT) Berpendapatan RM5000 ke bawah –  Jumlah bayaran bagi September 2022 antara RM600 – RM900
  • IBT dan  Bujang Berpendapatan RM2,500 ke bawah – Jumlah Bayaran Bagi September 2022 adalah RM150

Cara Bayaran

Pembayaran akan buat secara berperingkat mengikut jenis penerima.

Bagi isi rumah, warga emas dan individu bujang yang mempunyai akaun bank, pembayaran akan terus dikreditkan ke akaun bank masing-masing antara 20 September  hingga 27 September  2022.

Bagi penerima yang tidak mempunyai akaun bank (termasuk di Sabah & Sarawak), cara pembayaran adalah melalui cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai 20 September  2022.

FAQ (Soalan Lazim) Jadual Bayaran

BKM Masuk Bila Untuk Fasa 3?

Mulai 20 September 2022 (Selasa) secara berperingkat?

Bank Mana Masuk Dulu?

BSN diikuti bank-bank lain (Maybank, Cimb, RHB, dll)

Berapa Dapat Untuk BKM Fasa 3?

– Sehingga RM900 untuk penerima sedia ada
– Sehingga RM2350 penerima Rayuan BKM

Bagaimana cara semakan?

https://bkm.hasil.gov.my

Bantuan Terkini Keluarga Malaysia 2022

Info terkini bantuan semasa daripada Kerajaan, NGO dan lain-lain

RELATED ARTICLES

Most Popular

error: Sorry dah tak boleh copy!