Friday, October 7, 2022
HomeBantuan Keluarga MalaysiaPembayaran BKM Fasa 3 & Rayuan Secara Tunai Melalui BSN

Pembayaran BKM Fasa 3 & Rayuan Secara Tunai Melalui BSN

Info mengenai pembayaran BKM Fasa 3 dan pembayaran rayuan secara tunai melalui kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) bagi mereka yang tiada akaun bank.

Sebagaimana yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) dibayar secara berperingkat dengan bayaran Fasa Tiga dikreditkan mulai 20 September hingga 27 September 2022.

Pembayaran Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) Fasa 3 melalui pengkreditan ke dalam akaun akan bermula secara rasminya pada 20 September 2022 (Selasa) dan ia akan dilakukan secara berperingkat.

Bagi bayaran secara  tunai BKM turut akan dilakukan mulai 20 September 2022 (Selasa) di seluruh Cawangan Bank BSN di seluruh Malaysia.

Semakan Status Kelayakan

Anda boleh menyemak status kelayakan mulai 20 September 2022 melalui cara-cara berikut:

  1. Layari laman sesawang https://bkm.hasil.gov.my  atau
  2. Hubungi Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) Hotline BKM melalui talian 1-800-88-2747

Pembayaran BKM Melalui Pengkreditan Akaun

Bagi pembayaran BKM fasa 3, penerima yang lulus akan menerima bayaran sehingga RM900 berdasarkan kelayakan setiap penerima yang merangkumi isi rumah, warga emas (bujang/tiada pasangan) dan individu bujang.

Sementara bagi penerima  yang telah diluluskan Rayuan BKM akan menerima sehingga RM2,350 mengikut kategori kelayakan masing-masing termasuk Bantuan Tunai Tambahan yang diumumkan Kerajaan pada Jun yang lepas.

Pembayaran BKM melalui pengkreditan akaun akan dilakukan berdasarkan maklumat penerima yang telah dikemukakan oleh LHDNM kepada BSN. 

Pelanggan dinasihatkan untuk membuat semakan akaun masing-masing melalui Perbankan Internet myBSN atau Mesin Teler Automatik (ATM) BSN.

Pembayaran BKM Fasa 3 Secara Tunai Di Kaunter BSN

Untuk pembayaran secara tunai BKM fasa 3 & Rayuan BKM ini, penerima perlu membawa kad pengenalan ketika hadir ke Cawangan BSN.

Hanya wakil yang didaftarkan sahaja dibenarkan untuk mewakilkan penerima bagi penunaian BKM. Rujuk laman sesawang BKM untuk maklumat lanjut. 

Notis Pemakaian Pelitup Muka di premis BSN

Walaupun Kerajaan mengumumkan pemakaian pelitup muka di dalam bangunan adalah pilihan, namun pihak BSN memohon kerjasama para pelanggan untuk memakai pelitup muka ketika berada di premis BSN bagi melindungi pelanggan dan kakitangan mereka.

Kerjasama para pelanggan BSN adalah amat dihargai.

Notis pemakaian pelitup muka di premis BSN

Info Lanjut dan Pertanyaan

Sila hubungi Pusat Perhubungan Pelanggan BSN melalui talian 1300-88-1900 sekiranya anda memerlukan bantuan lanjut.

Sumber: Bank Simpanan Nasional

Notis BKM Fasa 3 dan Rayuan BKM BSN

PENAFIAN: Semua yang “kami” kongsikan di halaman ini sekadar panduan dan rujukan para pembaca di laman web ini sahaja. Kami tidak ada kaitan dengan mana-mana agensi kerajaan atau syarikat yang berkaitan dengannya, segala rujukan adalah berpandukan sumber sebagaimana yang disebut.

Bantuan Terkini Keluarga Malaysia 2022

Info terkini bantuan semasa daripada Kerajaan, NGO dan lain-lain

RELATED ARTICLES

Most Popular

error: Sorry dah tak boleh copy!