Sebagaimana yang dimaklumkan oleh Perdana Menteri pada 16 September yang lalu, bayaran fasa 3 dan Rayuan BKM akan dikreditkan ke dalam akaun penerima mulai 20 September 2022 secara berperingkat.
Bayaran ini melibatkan semua penerima yang terdiri daripada penerima BKM sedia ada kategori isi rumah, warga emas bujang/tiada pasangan dan bujang serta mereka yang telah lulus Rayuan BKM.
Persoalannya, adakah bayaran bagi rayuan BKM ini adalah dari fasa 1 hingga fasa 3 atau hanya melibatkan fasa 3?
Ikuti penjelasan mengenai pembayaran Rayuan BKM yang akan diterima.
Semakan Status Kelulusan Rayuan BKM?
Sebelum itu, bagi mereka yang telah membuat permohonan rayuan BKM pada Mei yang lalu, semakan status rayuan boleh dibuat mulai 20 September 2022 (Selasa).
Semakan boleh dibuat di laman portal rasmi MyBKM melalui pautan berikut;
- Klik Log Masuk BKM
- Masukkan Nombor MyKad (12 Digit)
- Pengesahan Kata Kunci Keselamatan
- Masukkan kata laluan
- Klik Menu Semakan Status
- Maklumat yang akan dipaparkan
- Status Permohonan
- Lulus
- Tidak Lulus
- Maklumat Bayaran (Jika ada)
- Status Permohonan
Pemohon yang yang lulus akan dipaparkan maklumat berikut;
- Nombor Pengenalan Akaun dikredit
- Nama Penerima
- Fasa Pembayaran
- Jumlah dikredit
- Status Kredit
- Nama Bank
- Nombor Akaun Bank
Sekiranya anda terlupa password (kata laluan), sila rujuk di sini >>TERLUPA PASSWORD BKM<<
Jumlah Bayaran Rayuan BKM 2022
Berdasarkan pengumuman Perdana Menteri, lebih daripada 80,000 penerima telah diluluskan Rayuan BKM dan akan menerima sehingga RM2,350 mengikut kategori kelayakan masing-masing termasuk Bantuan Tunai Tambahan yang diumumkan Kerajaan pada Jun yang lepas.
Perincian jumlah sebenar telah di paparkan dalam laman portal MyBKM.
Berikut merupakan jumlah bayaran untuk penerima Rayuan BKM yang telah diluluskan;
Tarikh Bayaran
Taikh pembayaran rayuan BKM adalah sama seperti penerima BKM sedia ada iaitu mulai 20 September 2022 (Selasa).
Ia dibuat secara berperingkat dan dijangka selesai pada 27 September 2022 (Khamis).
Dengan 8.7 juta penerima dan pembayaran berjumlah RM2.2 bilion, sudah pasti ia akan mengambil sedikit masa sebelum dikreditkan ke dalam akaun masing-masing.
Sekiranya anda lewat menerima bayaran ini, diharapkan bersabar kerana pembayaran dibuat mengikut bank masing-masing.
Cara Bayaran
Pembayaran Rayuan BKM 2022 adalah seperti berikut:
- Ada Akaun Bank – Pengkreditan terus ke akaun bank yang didaftarkan / dikemas kini mulai 20 September 2022 secara berperingkat
- Tiada Akaun Bank – Penunaian di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai 20 September 2022
Pembayaran BKM Secara Tunai Di Kaunter BSN
Untuk pembayaran secara tunai ini, penerima perlu membawa kad pengenalan ketika hadir ke Cawangan BSN.
Hanya wakil yang didaftarkan sahaja dibenarkan untuk mewakilkan penerima bagi penunaian BKM. Rujuk laman sesawang BKM untuk maklumat lanjut.
Notis Pemakaian Pelitup Muka di premis BSN
Walaupun Kerajaan mengumumkan pemakaian pelitup muka di dalam bangunan adalah pilihan, namun pihak BSN memohon kerjasama para pelanggan untuk memakai pelitup muka ketika berada di premis BSN bagi melindungi pelanggan dan kakitangan mereka.
Kerjasama para pelanggan BSN adalah amat dihargai.
Info dan Maklumat Lanjut
Sebarang info terkini, anda dinasihatkan merujuk laman portal MyBKM https://bkm.hasil.gov.my/ atau lawati Facebook Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia untuk sebarang maklumat terbaharu mengenai bayaran rayuan BKM 2022.
Sebarang pertanyaan, bolehlah menghubungi Hotline BKM LHDNM di talian berikut;
1-800-88-2747
Soalan Lazim (FAQ)
Mulai 20 September 2022
Secara online https://bkm.hasil.gov.my/
Mulai 20 September 2022 secara berperingkat
Shingga RM2,350 mengikut kategori kelayakan masing-masing termasuk Bantuan Tunai Tambahan
1. Kredit ke akaun bank Pembayaran akan dikreditkan ke akaun bank pemohon / pasangan yang telah didaftarkan semasa permohonan rayuan BKM 2022 secara berperingkat.
2. Tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN)
a) Pembayaran akan dilakukan secara tunai sekiranya tidak melaporkan maklumat akaun bank semasa permohonan atau Rayuan BKM 2022.
b) Pembayaran Rayuan BKM 2022 berstatus Gagal Kredit.